Room On Fire

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Room on Fire
Album studio oleh
Dilancarkan padaOktober 28, 2003
Dirakamkan pada2003
TempatAmerika Syarikat Edit the value on Wikidata
GenreRock garaj, kebangkitan post-punk, rock indie
Panjang33:05
BahasaBahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
SyarikatRCA
PenerbitGordon Raphael
Kronologi The Strokes
Is This It
(2001)
Room on Fire
(2003)
The Observer
(2003)
Single daripada Room on Fire
  1. "12:51"
    Dikeluarkan: November 4, 2003
  2. "Reptilia"
    Dikeluarkan: Februari 9, 2004
  3. "The End Has No End"
    Dikeluarkan: November 1, 2004
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Room on Fire merupakan album studio kedua daripada kugiran The Strokes yang berasal dari Amerika Syarikat . Dilancarkan pada Oktober 2003, album ini mengadungi tiga single: "12:51", "Reptilia", dan "The End Has No End". Nigel Godrich pada mulanya memikul tugas sebagai penerbit muzik tetapi The Strokes kemudiannya merasakan yang beliau telah membuatkan lagu-lagu di dalam album kedengaran "suram".[1] Rakaman album kemudian diteruskan bersama penerbit Is This It, Gordon Raphael. Secara keseluruhan, album ini menampilkan bunyian yang lebih lembut dan lancar berbanding album terdahulu. Gitar bes juga kurang kedengaran kecuali pada suatu ketika di mana ia menjadi tunjang di dalam sesetengah lagu. Tajuk album ini diambil dari lirik lagu "Reptilia": "The room is on fire as she's fixing her hair."

Proses Rakaman[sunting | sunting sumber]

Sebaik sahaja selesai jelajah bagi album Is This It, kugiran ini kembali ke studio bagi merakamkan lagu-lagu baru, pada mulanya bersama penerbit Nigel Godrich. Malangnya, sesi rakaman tidak menjadi seperti yang diharapkan dan mereka kembali bersama Gordon Raphael. Pada ketika itu, The Strokes mempunyai baki hanya tiga bulan untuk menyiapkan keseluruhan album. Gitaris Nick Valensi menyatakan, "album ini pasti akan menjadi lebih baik jika kami mempunyai beberapa minggu lagi."[2]

Senarai Lagu[sunting | sunting sumber]

Semua lagu ditulis oleh Julian Casablancas, kecuali yang dinyatakan. *Dalam kurungan merupakan terjemahan tajuk lagu dalam Bahasa Melayu.

No.TajukMasa
1."What Ever Happened? (Apa Pun Yang Terjadi?)"2:54
2."Reptilia"3:41
3."Automatic Stop (Hentian Automatik)" (Casablancas, Albert Hammond, Jr.) 3:26
4."12:51"2:33
5."You Talk Way too Much (Kau Bercakap Terlalu Banyak)"3:04
6."Between Love & Hate (Antara Cinta & Benci)"3:15
7."Meet Me in the Bathroom (Jumpa Aku Di Bilik Mandi)"2:57
8."Under Control (Dalam Kawalan)"3:06
9."The Way It Is (Begini Caranya)"2:22
10."The End Has No End (Penghujungnya Tidak Berpenghujung)"3:07
11."I Can't Win (Aku Tak Boleh Menang)"2:34


Anggota[sunting | sunting sumber]

Kugiran
Pemuzik tambahan
  • Richard Martin - dram
Produksi
  • Gordon Raphael - penerbit muzik
  • The Strokes - susunan
  • William Kelly - jurutera bunyi
  • Toshikazu Yoshioka - jurutera
  • Greg Calbi - pembaikan bunyi
Penampilan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Matthew McKinnon (July 24, 2006). Everything In Its Right Place cbc.ca. Retrieved 10 December 2011.
  2. ^ Jonathan Garrett (7 March 2011). Is This It: Ten Years of the Strokes Pitchfork Media. Retrieved 10 December 2011.