Rosnah Jasni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Roseyatimah)
Jump to navigation Jump to search
"Roseyatimah" dilencongkan di sini.
Roseyatimah
Roseyatimah.jpg
Roseyatimah pada 1960an.
KelahiranRosnah binti Jasni
17 November 1943
Negeri-negeri Selat (kini Singapura)
Meninggal dunia14 Disember 1987(1987-12-14) (umur 44)
Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianKanser payudara
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia
WarganegaraSingapura
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1959-1968
MajikanMalay Film Productions
Cathay-Keris Film Productions
Merdeka Film Productions
PasanganDatuk Mustapha Maarof (1967-1987)
Anak3
Ibu bapaNeng Yatimah
Jasni Ahmad

Allahyarhamah Datin Rosnah Jasni atau lebih dikenali sebagai seniwati Roseyatimah (17 November 1943–14 Disember 1987) merupakan salah seorang pelakon filem Melayu yang terkenal pada era 1960an. Nama beliau adalah gabungan nama Rose dan Yatimah iaitu nama ibunya seniwati Neng Yatimah oleh P. Ramlee), beliau dikenali oleh jutaan rakyat Malaysia melalui filem-filem lakonannya sebagai seorang seniwati yang cantik, lemah lembut dan berbakat besar.

Kerjaya filem[sunting | sunting sumber]

Pembabitannya dalam dunia seni bermula dengan kejayaan dalam satu ujibakat yang diadakan oleh P. Ramlee untuk filem Pendekar Bujang Lapok termasuk Aziz Sattar yang turut bertindak sebagai salah seorang penilai bakat. Beliau adalah salah seorang dari 10 peserta yang dipilih.

Selepas menjayakan filem komedi arahan dan lakonan P Ramlee bersama Aziz dan S. Shamsudin, kerjaya Roseyatimah terus melambung dan beliau terus tidak menoleh ke belakang untuk bergelar anak wayang. Bakat lakonannya di Cathay Keris menerusi beberapa filem lain seperti Tunang Tok Dukun, Seri Mersing, Rumah Itu Duniaku, Jula Juli Bintang Tujuh, Lanchang Kuning, Cucu Datuk Merah, Muda Mudi semakin menyerlahkan lagi namanya.

Namun selepas berlakon dalam filem Anak Bapak yang diarahkan P. Ramlee pada 1965 di Studio Merdeka, Roseyatimah mengucapkan selamat tinggal kepada bidang lakonan dengan alasan untuk memberikan tumpuan kepada rumah tangga selepas bergelar isteri dengan suami yang dikenalinya semenjak sejak sekitar tahun 1950-an lagi iaitu seniman Datuk Mustapha Maarof sewaktu mempelajari seni silat di Boon Teck Road, Singapura bersama guru silat bernama Pak Awang, yang juga merupakan rakan baik kepada Pak Jasni (bapa kepada Roseyatimah). Dari situlah Mustapha mengenali Roseyatimah sehinggalah mereka sama-sama berpindah ke Cathay Keris. Pada 1960, Datuk Mustafa Maarof kemudian berpindah ke Studio Merdeka di Kuala Lumpur manakala Roseyatimah pula masih lagi di Cathay Keris. Selepas itu, barulah beliau digandingkan bersama suaminya di dalam filem Seri Mersing arahan Salleh Ghani. Filem Udang Di Sebalik Batu adalah filem terakhir lakonan beliau bersama suaminya dan kemudian disusuli dengan perkahwinan mereka pada 1967.[1]

Keuzuran dan kematian[sunting | sunting sumber]

Selepas 10 hari menjalani radioterapi di hospital, Roseyatimah meminta sangat-sangat supaya beliau dibawa pulang ke rumah. Beliau dibawa pulang bersama seorang jururawat dan tangki oksigen. Roseyatimah dibawa kembali dari hospital tiga hari sebelum beliau meninggal dunia, selang tujuh bulan selepas bapanya meninggal.

Roseyatimah menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 1987 di rumahnya di Subang Jaya, Selangor akibat penyakit barah payudara ketika berusia 44 tahun, meninggalkan tiga orang cahaya mata iaitu Azlynna, Mohammed Khairuddin (meninggal dunia pada usia empat tahun) dan Mohamad Rezainuddin.[2][3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1959 Pendekar Bujang Lapok Rose Filem pertama
1960 Tunang Pak Dukun Tijah
1961 Sri Mersing Siti Payung
Jalak Lenteng Kemuning
1962 Lancang Kuning
Badang Tengku Manis
Jula Juli Bintang 7
Tun Fatimah Lela Sari
1963 Rumah Itu Dunia Aku
Cucu Datuk Merah Siti Molek
1964 Dua Pendekar
Panglima Besi
1965 Muda Mudi
Jiran Sekampung
Mata Dan Hati
1966 Udang Di Sebalik Batu
1968 Anak Bapak Halimah Filem terakhir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Roseyatimah cinta sejati Mustapha
  2. ^ Wahida Asrani (10 November 2006). "Roseyatimah: Hilang di mata, tidak di hati". mStar Online. Dicapai 24 Februari 2014. 
  3. ^ "ROSEYATIMAH - Karier Bermula & Berakhir Di Tangan P. Ramlee". Nostalgia. Cinema Malaysia. 09 Mar 2007. Dicapai 24 Februari 2014.  Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]