Roslan Md. Yusof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Roslan Md. Yusof (November 1953 - Oktober 2011) adalah seorang ahli politik Malaysia berketurunan Melayu dari parti BN-UMNO yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Johol, Negeri Sembilan pada 2004-2011. Beliau merupakan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Pilah.[1]

Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, dan sebelum menyertai politik, berkhidmat sebagai guru. Isterinya Datin Zawayah Marzuki, 53, dan lapan orang anak, tiga lelaki dan lima perempuan berumur 28 hingga 17 tahun.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Datuk Roslan dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-11 mewakili BN di Kerusi N 19 Johol pada 2004 dan menang menewaskan calon PAS Kamaruddin Md Tahir. Pada tahun 2008, beliau dipilih mempertahankan kerusinya dan menang sekali lagi menewaskan calon PAS yang sama dengan majoriti 1,263 undi.

Desas-desus letak jawatan akibat jatuh[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Oktober 2009, UMNO Kuala Pilah dan Seremban masing-masing menafikan desas-desus menafikan bahawa ada desas desus mengatakan bahawa Datuk Roslan ingin meletakkan jawatan akibat mengalami sakit tulang belakang selepas jatuh sewaktu bermain badminton kira-kira dua bulan sebelumnya.[2] Berikutan itu, beliau menjalani pembedahan dan fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur bagi membetulkan tulang belakangnya awal 2011.[3]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Oktober 201 jam 4 pagi1, Datuk Roslan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah selepas berhadapan komplikasi paru-paru. Beliau dimasukkan ke hospital itu selepas mengadu sesak nafas pada hari sebelumnya.[4] Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cabang Dua, Johol. Turut hadir ialah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad bin Hasan, ahli parlimen Kuala Pilah Datuk Hassan Malek dan Speaker DUN Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor.

Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan kerana sudah melepasi dua pertiga daripada penggalnya. Kekosongan kerusi akan diisi pada PRU13.

Rujukan[sunting | sunting sumber]