Rosol Wahid
Yang Berhormat Dato' Haji Rosol Haji Wahid DPMT, PJK (Ter) | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Hulu Terengganu, Terengganu | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Jailani Johari |
Kawasan pilihan raya | Hulu Terengganu |
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Menteri | Yang Berhormat Datuk Alexander Nanta Linggi |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | Yang Berhormat Datuk Alexander Nanta Linggi |
Didahului oleh | Yang Berhormat Tuan Chong Chieng Jen |
Kawasan pilihan raya | Hulu Terengganu |
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Menteri Besar | Idris bin Jusoh |
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk Ajil | |
Dalam jawatan 1999–2013 | |
Didahului oleh | Othman Daud |
Digantikan oleh | Ghazali Taib |
Butiran peribadi | |
Lahir | ![]() | 10 Julai 1964
Parti politik | ![]() BEBAS (2018-2019) ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() ![]() ![]() |
Pasangan | To' Puan Halipah binti Ahmad |
Anak-anak | 6 orang |
Kediaman | ![]() |
Pekerjaan | Ahli politik |
Gaji | RM48,599.18 sebulan[1] |
Nilai bersih | RM1 ke 2.5 juta[1] |
Dato' Rosol Wahid ialah Ahli Parlimen kawasan P038 Hulu Terengganu dan pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada 10 Mac 2020 sehinggan parlimen dibubarkan pada Tahun 2022. Beliau pernah menjadi Setiausaha Badan Perhubungan UMNO di bawah kepimpinan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh.[2] Beliau juga menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan negeri Terengganu.[3]
Beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Ahmad Said.[4]
Pada Tahun 2019, Dato Rosol Wahid telah mengisytiharkan keluar daripada Parti UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama-sama dengan ahli parlimen UMNO lain yang turut berhijrah menyertai Parti Bersatu.
Setelah kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada tahun 2020, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dibawah kabinet Tan Sri Muhyidin Yaasin. Walaupun pada 2021, setelah Tan Sri Muhyidin Yaasin Meletakkan jawatan Perdana Menter Malaysia, Dato' Rosol Wahid masih lagi diberikan kepercayaan untuk mengemudi Kementerian KPDNHEP bersama-sama Menteri Dato' seri Alexander Nanta Linggi.
Pada PRU-15, Dato' Rosol Wahid telah menggunakan Lambang PAS untuk bertanding dan menang dengan majoriti selesa iaitu sebanyak 15734 Undi dan mengalahkan pencabarnya Dato Rozi Mamat.
Sekarang ini, Dato' Rosol Wahid diberi kepercayaan untuk menjadi ahli kabinet bayangan Perikatan Nasional dalam Bidang Hal Ehwal Dalam Neger, Pengguna dan Kos Sara Hidup.
Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Tahun | Kawasan Pilihan Raya | Kerajaan | Undi | Peratusan | Pembangkang | Undi | Peratusan | Jumlah undi | Majoriti | Peratus unjuran | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | Ajil | Rosol Wahid (UMNO) | N/A | |||||||||
2004 | Rosol Wahid (UMNO) | 7,386 | % | Mohd Razki (PAS) | 3,603 | % | 11,131 | 3,783 | 89% | |||
2008 | Rosol Wahid (UMNO) | 8,530 | % | Mohd Razki Alias (PAS) | 3,803 | % | 12,531 | 4,727 | 86% |
Tahun | Kawasan Pilihan Raya | Kerajaan | Undi | Peratusan | Pembangkang | Undi | Peratusan | Jumlah undi | Majoriti | Peratus unjuran | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Hulu Terengganu | Rosol Wahid (UMNO) | 30,925 | 49.60% | Muhyidin Abdul Rashid (PAS) | 28,057 | 45.00% | 63,428 | 2,868 | 86.31% | ||
Razali Idris (PPBM) | 3,364 | 5.40% |
Pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999, beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional dan menang dengan majoriti 125 undi sahaja. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004, beliau menang setelah mendapat 7386 undi. Calon lawan, Mohd Razki Alias (PAS) mendapat 3603. Beliau mendapat majoriti 3783 undi.Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, Rosol Wahid (BN) mendapat 8,530 undi berbanding Mohd. Razki Alias (PAS) mendapat 3,803. Rosol mendapat majoriti 4,727 undi.
Petisyen terhadap PAS[sunting | sunting sumber]
Selepas PRU12 2008, Rosol Wahid selaku memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. Beliau tidak puas hati terhadap salah laku aktivis PAS menghalang pengundi membuang undi, merampas kad pengenalan pengundi dan menakutkan pengundi daripada keluar mengundi di kawasan DUN Rhu Rendang dan parlimen Marang. Petisyen itu ditujukan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ; Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta pegawai pengurusan pilihan raya Parlimen Marang, Rahman Che Ali ; AdunManir Datuk Harun Taib dan SPR dan pegawai pengurusan pilihan raya Parlimen Hulu Terengganu, Rozali Salleh.UMNO Terengganu mahu memohon pemeriksaan rapi dan pengiraan semula dibuat ke atas 127 undi pos bagi kerusi DUN Ladang yang ditolak oleh SPR pada hari pengundian.[5]
Krisis Menteri Besar Terengganu[sunting | sunting sumber]
Pada 28 Ogos 2009, Rosol Wahid menafikan laporan The Malaysian Insider bahawa beliau dan lapan rakan-rakannya mahu keluar dari Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha menstabilkan politik negeri Terenganu.[6] [7]
Namanya pernah disebut-sebut menggantikan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Nama lain ialah Datuk Ahmad Said (Kijal); Adun Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera.Dalam PRU12, BN memenangi 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUN) selain mengekalkan tujuh kerusi Parlimen manakala satu kerusi Parlimen jatuh kepada PAS iaitu di Marang.[8] Selaku Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu, Rosol Wahid telah menghantar surat peringatan kepada Ahmad Said jika menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar yang baru. Beliau dan 23 Adun lain menghantar memorandum menyokong Idris Jusoh kepada Sultan Terengganu di Istana Tetamu pada 24 Mac 2008.Namun rombongan Rosol tidak dibenarkan masuk ke Istana Tetamu Kuala Terengganu. [9]
Rosol Wahid menerima SMS ugutan bunuh daripada Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir. Turut menerima SMS itu ialah ADUN Paka, Mohd. Ariffin Abdullah; ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009. Kes itu dibicarakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 .Jika kesalahan, Ahmad Ramzi boleh dihukum maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.[10]
Nasib tulisan jawi[sunting | sunting sumber]
Pada 1 November 2007, Rosol menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengambil inisiatif bagi memperkasakan tulisan jawi. Jawi hendaklah dimasukkan dalam sukatan pelajaran dalam kalangan pelajar Melayu supaya tulisan jawi tidak hilang ditelan zaman.Setakat ini hanya Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) yang masih menggunakan tulisan jawi dalam buku terbitannya iaitu Al-Fikrah. Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan Terengganu, beliau kecewa kerana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah-sekolah agama di Terengganu dikenal pasti kurang mahir menulis serta membaca jawi. Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) hendaklah memberi penekanan serius terhadap perkara tersebut kerana tulisan jawi merupakan skrip budaya Melayu yang wajar terus dibudayakan.[11]
Pembatalan pembalakan di Hulu Terengganu[sunting | sunting sumber]
Pada 26 April 2010, Rosol Wahid menjadi saksi kedua plaintif dalam kes pembatalan konsesi balak melalui Perjanjian Mengambil Hasil Hutan yang ditandatangani antara Syarikat Riyapadu Sdn. Bhd. (Riyapadu) dengan kerajaan negeri Terengganu pada 2003.Akibatnya Riyapadu menanggung hutang RM8 juta dengan kontraktor dan pembeli kayu balak . Riyapadu juga rugi bayaran premium RM25 juta dan kehilangan keuntungan hampir RM1 bilion. Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika itu, Datuk Awang Adek Hussin (kini Timbalan Menteri Kewangan) mengumumkan bahawa projek Empangan Hulu Terengganu 2 ditunda atau dibatalkan.Perbicaran itu berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Terengganu, Datuk Abd. Rahin Uda. Menteri Besar ketika itu ialah Datuk Seri Abdul Hadi Awang (1999-2004).[12]
Banglo terbakar[sunting | sunting sumber]
Pada 8 Ogos 2012, beberapa media melaporkan rumah banglo dua tingkat milik beliau di Kampung Baru 23, Hulu Terengganu hangus terbakar. Kerugian dianggarkan RM100,000 . Kejadian pukul 10.15 malam itu berlaku ketika beliau dan keluarganya sedang sembahyang tarawih di tempat lain.[13] Isterinya , To' Puan Halipah Ahmad.
Pada 2007, beliau pernah kemalangan jalan raya apabila kereta rasminya terlanggar tiang lampu di Sungai Rengas, Jalan Kuala Berang.[14]
Anugerah[sunting | sunting sumber]
Terengganu :
Dato' Paduka (DPMT) - Dato' (2005)[15]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
- ^ [Isu MB Terengganu tiada keputusan]
- ^ Imam dipecat -- Kita ada bukti dia terlibat dalam rusuhan itu Rosol
- ^ Idris Jusoh tolak jawatan Exco
- ^ UMNO Terengganu fail tiga petisyen
- ^ Najib wants fast resolution of MCA to avoid negative impact
- ^ Sembilan ADUN UMNO Terengganu nafi sertai PKR
- ^ Isu Idris: ADUN temui MPPR Terengganu
- ^ Akan dipecat sejurus angkat sumpah
- ^ Ahmad Ramzi dakwa SMS ugutan dilakukan musuh politik
- ^ Guru agama tidak kuasai jawi
- ^ Saksi: Projek bina empangan ditangguh
- ^ Banglo ADUN Ajil hangus
- ^ Exco Terengganu rempuh tiang lampu
- ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 25 October 2018.