Rostam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran Rostam bergusti dengan Div-e-Sepid, dalam manuskrip Shahnameh tahun 1619.

Rostam atau Rustam (Parsi: رستم) ialah seorang pahlawan disebutkan dalam sajak hebat Shahnameh dikarang Firdausi Tusi yang menghimpunkan banyak kisah lagenda bangsa Parsi sebelum kedatangan Islam ke tanah Iran. Menurut kisah ini, Rostam diceritakan dalam perjalanan hebat menyelamatkan rajanya Kay Kāvus yang diculik gergasi-gergasi atau div (دیو‎) Mazandaran.[1] Setelah Rostam berjaya menumpaskan ketua gergasi ini, beliau dijadikan pembantu diraja Kay Kāvus.

Beliau dijadikan perlambangan kebangsaan seberapa negara yang mempunyai warisan budaya Parsi sepunya iaitu Iran, Afghanistan dan Tajikistan.[2][3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Connell Monette, The Medieval Hero: Christian and Muslim Traditions. (Saarsbruck: 2008), pp. 227-28.
  2. ^ https://www.academia.edu/17124620/Rostam_A_Complex_Puzzle_A_New_Approach_to_the_Identification_of_the_Character_of_Rostam_in_the_Iranian_National_Epos_Sh%C4%81hn%C4%81me
  3. ^ Dallmayr, Fred (25 August 1999). Border Crossings: Toward a Comparative Political Theory. ISBN 9780739152546.
  4. ^ https://papyrus.bib.umontreal.ca/xmlui/bitstream/handle/1866/14232/Heck_Isabel_2003_memoire.pdf?sequence=1&isAllowed=y

Sumber utama[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Rostam - Encyclopædia Iranica]