Roti jala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Roti Jala)
Roti jala
Roti jala makanan kegemaran di Malaysia
Nama alternatifRoti renjis , Roti Kirai
JenisPencuci mulut, crêpe Sunting ini di Wikidata
Tempat asalMalaysia
Kawasan/rantauMalaysia, Singapura , Indonesia
Dicipta olehJohor
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Roti jala (Jawi: روتي جالا) merupakan makananan kegemaran di Malaysia yang berasal daripada Johor, juga terdapat di negara-negara ASEAN seperti Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan Sumatera.[1] Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat roti jala ialah tepung gandum, gula, garam dan santan. Namun, untuk membuat roti jala yang tahan hingga ke petang, elakkan menggunakan Santan.[2] Roti jala ialah sejenis hidangan berbentuk jala. Roti jala dimakan bersama kuah. Bekas khas yang mempunyai beberapa lubang biasanya digunakan bagi menghasilkan roti jala yang dimasak di atas kuali leper.

Roti jala sering kali menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan dihidangkan dengan kari atau gulai ayam atau daging.[3] Roti jala dinamakan sedemikian kerana bentuknya semasa dibuat seperti jala menangkap ikan.

Terdapat dua jenis kuah, iaitu kuah manis (terkenal di negeri-negeri pantai timur), dan kuah gulai, terutama gulai ayam (terkenal di pantai barat).

Kisah roti jala sebenarnya berasal daripada sungai Johor. Roti Jala terinspirasi daripada Jala nelayan masyarakat di sungai Johor. Warna roti jala yang berwarna kuning itu diilhamkan daripada Jala yang di pakai nelayan zaman dulu, kerana jala nelayan zaman dahulu di Johor menggunakan benang berwarna kuning ataupun benang berwarna jingga. Jala zaman dahulu tidak sama dengan zaman sekarang kerana zaman dahulu menggunakan benang manakala jala zaman sekarang menggunakan tali tangsi. Roti jala juga di beri nama sedemikian kerana cara pembuatan seolah sedang menjala.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Gulai ayam.
  1. ^ "How to Make Roti Jala/Net Pancake". The Huffington Post.
  2. ^ "Resepi Roti Jala Cantik yang lembut sampai petang/". Mongna Resources.
  3. ^ "Roti jala: Like a lace doily". www.themalaymailonline.com/. The Malay Mail. 18 March 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]