Rouge (album Yuna)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rouge
Album studio oleh
Dilancarkan pada12 Julai 2019
Dirakamkan pada2017–2019
TempatAmerika Syarikat Edit the value on Wikidata
Studio
  • Chalice Studios
  • Red Bull Studios
  • 10603 Studios
  • Arketek Studios
  • Sonic Element Studios
GenrePop dan R&B kontemporari Edit the value on Wikidata
Panjang41:30
BahasaBahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
Syarikat
  • Verve Forecast
  • UMG
Penerbit
  • Benjamin Willis (eksekutif)
  • Cardiak
  • Fisticuffs
  • J. LBS
  • Robin Hannibal
Kronologi Yuna
Chapters
(2016)
Rouge
(2019)
Single daripada Rouge
  1. "Forevermore"
    Dikeluarkan: 5 April 2019
  2. "Blank Marquee"
    Dikeluarkan: 16 Mei 2019
  3. "Pink Youth"
    Dikeluarkan: 30 Jun 2019
  4. "(Not) The Love of My Life"
    Dikeluarkan: 22 Ogos 2019
  5. "Castaway"
    Dikeluarkan: 16 Oktober 2019
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Rouge (Melayu: Merah) ialah album studio antarabangsa keempat oleh penyanyi Yuna, yang dikeluarkan pada 12 Julai 2019 oleh Verve Forecast Records dan Universal Music Group.[1] Lima lagu dalam album ini telah dikeluarkan sebagai single. Rouge ialah album studio ketujuh Yuna, dirakamkan antara 2017 dan 2019.[2][3][4]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Album ini mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.[5] Menurut Yuna dalam temu ramah eksklusif bersama, Kosmo!:

"Saya mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan album ini. Benar, tempoh tersebut agak lama untuk menghasilkan sebuah album studio. Tetapi, hal tersebut berlaku kerana saya bekerja dengan penerbit berlainan. Maklumlah, untuk mendapatkan bunyi yang sesuai bukan satu perkara mudah. Pada mulanya, saya tidak tahu lagu jenis yang apa sesuai untuk dimuatkan dalam album ini. Namun, selepas bertenang dan selesa dengan situasi muzik pada waktu itu, saya mula menulis".[5]

Pada 17 Mei 2019, Yuna mengumumkan keluaran rasmi album Rouge di akaun Instagram peribadinya, dan kulit hadapan album ini di mana beliau memakai gaun merah dan mengenakan sanggul lintang pada kepalanya, sekali gus menyerlahkan busana yang sememangya sudah sedia anggun. Dalam satu temuramah, Yuna berkata tajuk album ini berasal dari perkataan bahasa Perancis yang bermaksud "merah" yang melambangkan cinta, semangat dan kekuatan.[6] Yuna memilih tajuk album tersebut bagi mencerminkan ketebalan beliau.[7] Di dalam temuramah bersama Billboard, beliau berkata: "Saya merasakan warna merah ialah warna tebal dan saya rasa, 'Oh, mungkin ia bukan untuk saya. Bahkan warnanya, warna gincunnya mungkin bukan untuk saya. Itu yang selalu menjadi orang seperti saya".[a][8] Fotografi kulit album ini dirakamkan oleh Steven Taylor.[9]

Konsert jelajah[sunting | sunting sumber]

Bagi mempromosikan Rouge, Yuna mengadakan jelajah Amerika Syarikat, yang diadakan di Chicago pada 14 Julai dan seterusnya di Washington, New York City, Boston dan Los Angeles dan yang terakhir di Oakland pada 2 Ogos.[10][11]

Single[sunting | sunting sumber]

Single pertama yang dikeluarkan dari album ini ialah "Forevermore" pada 5 April 2019.[12] Muzik videonya diarahkan oleh suami Yuna, Adam Sinclair, yang berkisarkan tentang kerinduannya terhadap Malaysia, di mana beliau lahir dan membesar dan mempamerkan keindahan Malaysia.[13] Pada 16 Mei, "Blank Marquee" dikeluarkan sebagai single kedua, dengan muzik videonya difilemkan di Kuala Lumpur, menampilkan Amerul Affendi dan supermodel Malaysia yang berpangkalan di AS, Atikah Karim dan juga arahan Sinclair.[14] Single ketiga, "Pink Youth" menampilkan penyanyi rap Inggeris Little Simz dikeluarkan pada 30 Jun, dengan muzik video bertemakan futuristik arahan Esteban Valdez (yang juga menulis dan menyunting muzik video ini).[15][16] "(Not) The Love of My Life", single keempat album Rouge, dikeluarkan pada 22 Ogos dengan muzik videonya yang bertemakan Bollywood diarahkan oleh Yuna sendiri.[17] Single kelima album ini, "Castaway" dikeluarkan pada 16 Oktober.[18]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Sewaktu keluarannya, Rouge menerima ulasan positif dari pengkritik. Chris Malone dari Forbes menyifatkan "Rouge sebagai album Yuna yang paling dinamik sehingga kini, dan harus merangsang peminat yang baru dan lama tentang apa yang diharapkan dari masa depannya" dan merasakan bahawa kebanyakan senarai runut album "dipenuhi dengan R&B selepas waktu yang telah diketahui oleh projek terdahulu beliau".[19] Adriane Pontecorvo dari PopMatters berkata: "Rouge dalam beberapa cara, pembentukan semula apa yang dimaksudkan sebagai bintang di seluruh dunia. Faktor yang sama menjadikannya unik, juga menjadikannya lambang muzik pop yang berjaya; mudah untuk mendengar dan sengaja menarik penonton di mana-mana sahaja."[20] Kayleigh O'Malley dari Eleven PDX menggelar album ini sebagai "sebuah album musim panas untuk yang patah hati".[21] Skylar de Paul dari The Daily Californian menerangkan album sebagai "tidak mengejutkan, ia penuh tenaga, perang, kekuatan, penentuan, semangat, dan pada dasarnya setiap ciri lain yang terikat pada konotasi,".[22] Symphreona Clark dari YR menyifatkan album ini "menggabungkan pop dengan mengambil zaman moden di disko, mewujudkan sekeping pendarkilau yang sama-sama koheren dan menyeronokkan".[23]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukPenulisMasa
1."Castaway" (bersama Tyler, the Creator)
4:29
2."Blank Marquee" (bersama G-Eazy)
3:40
3."(Not) The Love of My Life"
  • Zara'ai
  • Alexandra Shungudzo Govere
  • Hannibal
3:37
4."Teenage Heartbreak" (bersama Miyavi)
  • Zara'ai
  • Jason Pounds
  • Takamasa Ishihara
4:16
5."Pink Youth" (bersama Little Simz)
  • Zara'ai
  • Angelides
  • Hannibal
  • Joel van Djik
  • Pounds
  • Simbiatu Ajikawo
4:00
6."Forget About You"
  • Zara'ai
  • Alexandra Shungudzo Govere
  • Hannibal
4:28
7."Likes" (bersama Kyle)
  • Zara'ai
  • Hannibal
  • Carl McComrick
  • Kyle Harvey
3:35
8."Amy" (bersama Masego)
3:21
9."Does She" (bersama Jay Park)
  • Zara'ai
  • Michelle Buzz
  • Hannibal
  • Samuel Farrar
  • Rami Samir Jrade
  • Park Jae-beom
3:22
10."Forevermore"
  • Zara'ai
  • Govere
  • Hannibal
3:53
11."Tiada Akhir"
  • Zara'ai
  • Hannibal
2:44
Jumlah masa: 41:30


Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Kredit diperoleh daripada catatan media album (diterjemahkan dari bahasa Inggeris).[25]

Pemuzik
  • Yuna - vokal
  • Tyler, the Creator - vokal
  • G-Eazy - vokal
  • Little Simz - vokal
  • Kyle - vokal
  • Jay Park - vokal
  • Miyavi - gitar
  • Masego - vokal latar, saksofon
  • Robin Hannibal - vokal latar, keyboard, organ, pensintesis, bes, gitar, kalimba, dram, perkusi
  • Brooke de la Rosa - vokal latar
  • Cardiak - piano, dram
  • August Rosenbaum - piano
  • Julian-Quan Viet Le - keyboard
  • Joel van Dijk - gitar
  • Danny McKinnon - gitar
  • Thomas Drayton - bes
  • Todd Simon - trumpet
  • Ibrahim Maalouf - trumpet
  • Simon Huber - cello
  • Ginny Luke - violin
Teknikal
  • Gubahan oleh Robin Hannibal
    • Gubahan tambahan oleh August Rosenbaum (trek 11)
  • Vokal dirakamkan oleh Davey Donaldson di Independently Popular dan Robin Hannibal di Hannibal’s House
    • Rakaman tambahan oleh Joshua Sellers, Josh Flores dan Thomas Cullison di Chalice Studios (trek 10)
    • Rakaman tambahan oleh Fisticuffs dan Christian Plata (trek 8)
  • Instrumen dirakamkan di Hannibal's Room
    • Instrumen tambahan dirakamkan oleh J.LBS di 10603 Studios (trek 4)
    • Piano tambahan dirakamkan oleh Chris Tabron di Red Bull Studios (trek 11)
  • Penerbitan vokal oleh Robin Hannibal
    • Penerbitan vokal tambahan oleh Rex Rideout (trek 1, 3 & 4-8)
    • Penerbitan vokal tambahan oleh Robert Castillo (trek 2 & 3)
  • Diadun oleh Stan Greene di Arketek Studios (trek 1, 3-8 & 11) dan Eric Madrid di Sonic Element Studios (trek 2, 9 & 10)
  • Pembantu pengadun oleh William Binderup
  • Mastering oleh Chris Gehringer di Sterling Sound, New York
  • Semua trek diterbitkan oleh Robin Hannibal kecuali "Likes" diterbitkan bersama oleh Cardiak, "Teenage Heartbreak" diterbitkan oleh J.LBS dan "Amy" oleh Fisticuffs.
  • Robbin Hannibal & Benjamin Willis - penerbit eksekutif
  • Indie-Pop - pengurusan
  • Dahlia Ambach-Chaplin & Benjamin Willis - A&R
  • Natalie Weber - pengurus A&R
  • Melody Ewing & Femi Onafowokan - pentadbiran A&R
  • Adam Lekach - pemasaran
  • Tom Arndt - penerbitan
  • Julie Johantgen - penyelaras keluaran
  • Yunalis Zara'ai & KyleDidThis - pengarah kreatif
  • Steven Taylor - fotografi
  • Jacob Lerman - reka bentuk

Carta[sunting | sunting sumber]

Carta (2019) Kedudukan
tertinggi
US Heatseekers Albums (Billboard)[26] 18

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh keluaran Format Label
Seluruh dunia 12 Julai 2019 CD,[27] LP,[28] Muat turun digital[29] Verve Forecast, UMG

Catatan penjelasan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Asal: "I've always felt like red is such a bold colour and I felt like, ‘Oh, maybe it’s not for me.’ Even the colour, the lipstick colour is maybe not for me. That’s always been the person that I am".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Yuna's New LP ROUGE Is Out Today via Verve Forecast". Broadway World. July 12, 2019. Dicapai pada July 12, 2019.
  2. ^ Joseph, George (May 16, 2019). "Yuna duet dengan G-Eazy". Harian Metro (dalam bahasa Malay). Dicapai pada May 16, 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Mohan, Chris (October 29, 2018). "Yuna on her brand, a fourth album and her love for music festivals". Malay Mail. Dicapai pada May 16, 2019.
  4. ^ Ken Hamm (May 17, 2019). "Yuna To Go 'Rouge' On New Album & Shakes Off The Clout Chasers With G-Eazy On 'Blank Marquee'". SoulBounce. Dicapai pada May 17, 2019.
  5. ^ a b "Tinta muzik Yuna". Kosmo!. 20 Julai 2019. Dicapai pada 24 Julai 2019.
  6. ^ Isabelle Leong (18 May 2019). "Kreativiti tahap maksima! Yuna gayakan sanggul lintang pada kulit album 'Rouge'". Astro Awani. Dicapai pada 19 May 2019.
  7. ^ Gordon Kho (16 Julai 2019). "A bolder Yuna goes 'Rouge'". The Star Online. Dicapai pada 17 Julai 2019.
  8. ^ Tamar Herman (12 July 2019). "Yuna on New 'Rouge' Album, Working With Collaborators & Representation". Billboard. Dicapai pada 17 July 2019.
  9. ^ Yuna Rouge album artwork Dayreps. Retrieved on July 24, 2019.
  10. ^ Jennifer Velez (23 May 2019). "Yuna Announces U.S. Headlining Tour In Support Of 'Rouge'". Grammy. Dicapai pada 30 Jun 2019.
  11. ^ Chloe Gilke (23 May 2019). "Yuna Announced A North American Tour Ahead Of Her New Album 'Rouge'". UPROXX. Dicapai pada 30 Jun 2019.
  12. ^ Milica P. (7 April 2019). "Yuna Retreats To Her Malaysian Roots On "Forevermore"". Hotnewhiphop. Dicapai pada 15 April 2019.
  13. ^ Michael Chiang (5 April 2019). "Yuna sings an ode to Malaysia in new single 'Forevermore'". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-08. Dicapai pada 15 April 2019.
  14. ^ Tahir Alhamzah (16 May 2019). "#Showbiz: Yuna, G-Eazy team up for 'Blank Marquee'". New Straits Times. Dicapai pada 17 May 2019.
  15. ^ Milica P. (30 June 2019). "Little Simz Joins Yuna On "Pink Youth"". Hotnewhiphop. Dicapai pada 1 July 2019.
  16. ^ Asyraf Roslan (30 June 2019). "'Pink Youth' buah tangan terbaharu Yuna, kolaborasi bersama Little Simz". Astro Awani. Dicapai pada 1 July 2019.
  17. ^ Shaad D’Souza (August 22, 2019). Watch Yuna's gorgeous, self-directed video for "(Not) The Love of My Life" The Fader. Retrieved on August 23, 2019.
  18. ^ Feleg Tesema (15 Oktober 2019). Yuna & Tyler, the Creator release melancholic visuals for "Castaway" video Highs Nobiety. Dicapai pada 18 Oktober 2019.
  19. ^ Chris Malone (12 Julai 2019). "Yuna's 'Rouge' Album Is Her Most Dynamic Piece Of Work Yet". Forbes. Dicapai pada 13 Julai 2019.
  20. ^ Adriane Pontecorvo (12 July 2019). "Yuna Embraces Her Global Pop Superstar Status on 'Rouge'". PopMatters. Dicapai pada 13 July 2019.
  21. ^ Kayleigh O'Malley (7 July 2019). "Album review: Yuna - Rouge". Eleven PDX. Dicapai pada 14 July 2019.
  22. ^ Skylar de Paul (19 July 2019). "Yuna's 'Rouge' is sophisticated story of empowerment, reflection, class". The Daily Californian. Dicapai pada 20 July 2019.
  23. ^ Symphreona Clark (25 July 2019). "5 new albums to listen this week". YR. Dicapai pada 17 August 2019.
  24. ^ "CDJapan: Rouge Yuna CD Album". Cdjapan.co.jp. Dicapai pada May 16, 2019.
  25. ^ Rouge (catatan media). Yuna. Verve Forecast Records. 2019.CS1 maint: others (link)
  26. ^ "Yuna Chart History (Heatseekers Albums)". (dalam bahasa Inggeris) Billboard. Dicapai pada August 2, 2019.
  27. ^ "Rouge CD + Digital Album". Merchbar. Dicapai pada 21 July 2019.
  28. ^ "Rouge LP + Digital Album". Yuna Music. Dicapai pada 21 July 2019.
  29. ^ "Rouge". iTunes. 16 Mei 2019. Dicapai pada 16 Mei 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]