Royal Canin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Royal Canin
Jenis/bentuk sahAnak syarikat
IndustriMakanan haiwan
Ditubuhkan1968; 56 tahun yang lalu (1968)
Gard, Perancis
PengasasJean Cathary Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatAimargues, Gard, Perancis
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
KeluaranMakanan anjing dan kucing
PemilikMars
Syarikat indukMars, Incorporated Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.royalcanin-world.com
Facebook: royalcaniniberica Instagram: royalcaninbrasil Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Royal Canin (divisi Mars Inc) ialah sebuah syarikat yang menghasilkan dan memasarkan produk makanan anjing dan kucing, serta mengeksportnya ke seluruh dunia. Syarikat ini juga menjalankan penyelidikan mengenai perumusan dan pengujian keperluan pemakanan anjing dan kucing.

Syarikat ini diasaskan oleh seorang doktor bedah haiwan setelah berjaya mengendalikan sejumlah keadaan kulit dan bulu haiwan peliharaan dengan memberi haiwan tersebut sejenis bijirin yang dobuat sendiri di garaj rumahnya. Setelah mengimport penyemperit dari Amerika Syarikat, syarikat ini merupakan yang pertama untuk menghasilkan makanan kering di Perancis. Khususnya ditujukan untuk penjaga haiwan, hasil pengeluaran syarikat ini meningkat dan pengedarannya berkembamg luas hingga ke serata Eropah. Dijual kepada Guyomarc'h Group pada tahun 1972, syarikat ini kemudian berkembang, terutama di bidang penyelidikan dan pembangunan, sebelum kemudian dibeli oleh Paribas Bank pada tahun 1990. Syarikat ini pernah tersenarai di Bursa Saham Perancis, namun tidak lama kemudian menarik diri dari bursa setelah dibeli oleh Mars, Incorporated.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Syarikat ini diasaskan oleh seorang doktor bedah haiwan Perancis bernama Jean Cathary pada tahun 1968. Beliau membuka amalannya di sebuah desa di wilayah Gard dan mendapati bahawa banyak haiwan peliharaan yang dibawa ke amalannya mengalami pelbagai masalah kesihatan, terutama pada kulit dan bulunya. Percaya bahwa puncanya ialah pemakanan, Cathary lalu memberi pesakitnya resipi berasaskan bijirin yang dibuat sendiri di garajnya.[1][2]

Resepi itu terbukti berjaya meredakan masalah yang terjadi pada haiwan peliharaan, sehingga pada tahun 1968, Cathary mendaftarkan makanan tersebut dengan jenama dagangan “Royal Canin”. Beliau kemudian menutup amalannya agar dapat lebih fokus pada pengeluaran dan pengedaran makanan tersebut. Sebuah penyemperit kemudian diimport dari Amerika Syarikat dan Royal Canin menjadi pengeluar makanan kering pertama di Perancis dan menjadi syarikat pertama di Eropah yang menggunakan penyemperit.[2] Sasaran pasaran Royal Canin terutamanya ialah penjaga haiwan dan persatuan anjing gembala Jerman. Royal Canin juga memasang iklan di televisyen, sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh pesaingnya.[2]

Makanan anjing Royal Canin Medium Junior

Pengeluaran terus meningkat dan pada tahun 1970, syarikat ini didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah syarikat awam dengan nama "Royal Canin S.A.". Kilang yang lebih besar kemudian dibuka di Aimargues dan Royal Canin mula mengedarkan produknya ke seluruh Eropah. Ketika itu, syarikat ini mempekerjakan 40 kakitangan untuk menghasilkan 5.500 tan makanan haiwan setahun. Syarikat ini kemudian menubuhkan sebuah anak syarikat bernama Royal Canin Iberica di Spanyol. Pada Mac 1972, Cathary menjual syarikat ini kepada Guyomarc'h Group,[1][3][4] sebuah pengeluar makanan haiwam yang diasaskan pada tahun 1954 oleh Jean Guyomarc’h.[5][a]

Di bawah pemilikan Guyomarc'h, syarikat ini mula berkembang, terutama dalam sektor penyelidikan dan pembangunan. Sebuah pusat penyelidikan dibuka di Saint-Nolff, Brittany, pada 1973. Sehingga 1982, syarikat ini membuka sejumlah anak syarikat di negara Eropah yang lain, seperti di Itali, Sweden, Belgium, Sepanyol, Jerman, dan Denmark. Kilang lain juga dibangunkan di utara Perancis untuk menguruskan penjualan di utara Eropah.[4]

Guyomarc'h kemudian dibeli oleh Paribas Bank pada tahun 1990.[6] Royal Canin mengalami kerugian pada tahun 1993, dan setahun kemudian, Guyomarc'h dibubarkan menjadi empat syarikat bebas, salah satunya ialah Royal Canin. Paribas Bank sebenarnya ingin menjual Royal Canin, namun pengerusinya berjaya memujuknya untuk memperdagangkan saham Royal Canin di Bursa Saham Paris sahaja, dan akhirnya berlaku pada tahun 1997.[7] Sebanyak 43% saham syarikat ini telah diperdagangkan di bursa saham dan meningkatkan nilai syarikat menjadi 4,5 biliom franc. Syarikat ini kemudian membeli Crown Pet Foods pada tahun 1999 dan jenama James Wellbeloved pada tahun 2000.[1][8][9]

Paribas Bank kemudian menjual Royal Canin kepada Mars, Incorporated pada Julai 2001 dengan harga 1.5 bilion euro. Suruhanjaya Eropah meluluskan penjualan ini, menjual sejumlah asetnya ke Agrolimen.[4][10] Royal Canin kemudian menarik diri dari bursa saham setelah dibeli oleh Mars.[11]

Pada Mac 2004, Royal Canin memperolehi jenama IVD, Medi–Cal, dan Techni–Cal dari Del Monte Foods dengan harga $82,5 juta.[12]

Sehingga 2008, sebanyak 80% dari jumlah pendapatan Royal Canin berasal dari penjualan di luar Perancis. Jumlah pegawainya di seluruh dunia mencapai 4.500 orang.[13]

Penyelidikan[sunting | sunting sumber]

Royal Canin menumpukan pengeluaran makanan haiwannya dalam sains penyelidikan[14] dan menubuhkan pusat penyelidikan untuk keperluan tersebut di St-Nolff pada tahun 1973. Pusat penyelidikan lain kemudian juga ditubuhkan di Missouri pada akhir dekad 1980-an, dan juga di Brazil. Produk Royal Canin diuji oleh lapan kucing dan 250 anjing. Dr Daniel Cloche merupakan salah seorang ahli sains pertama yang bekerja di Royal Canin dan disebut sebagai "salah satu pelopor dalam penyelidikam mengenai gangguan dan penyakit yang berkaitan dengan tulang pada anjing". Penyelidikan menunjukkan bahawa masalah tulang pada anjing besar akibat pemakanan, sehingga resipi khas dapat dibangunkan untuk menangani masalah itu. Pada tahun 1980, Royal Canin melancarkan makanan haiwan baru bernama AGR khas untuk anak anjing besar. Pada masa itu, syarikat ini juga menumpukam perhatiannya ke pengeluaran makanan kucing untuk memenuhi keperluan pemakanan tertentu.[1][4]

Penyelidikan menyeluruh membolehkan syarikat ini menghasilkan makanan haiwan sesuai dengan keperluan, keadaan kesihatan, usia, dan peningkatan aktiviti. Henri Laguarde menjadi pengerusi perusahaan ini sepanjang dekad 1990-an dan merupakan salah seorang pendorong pelaksanaan tiga dasar utama, iaitu fisiologi dan biologi dari haiwan peliharaan harus dipelajari untuk meningkatkan pengetahuan syarikat, kemudian semua produk harus mensasarkan pada keperluan tertentu, dengan pembahagian penyelidikan dan pembangunan mewajibkan bahawa "tiada doktor haiwan atau universiti yang dapat membantah hujahan pemakanan Royal Canin"; dan yang terakhir, haiwan dan keperluan pemakanannya diuruskan dengan "pengetahuan dan penghargaan", bukannya dimanusiakan.[15] Tema syarikat ini juga "pengetahuan dan penghargaan".[14]

Kepakaran veterinar dan hubungan dengan penternak haiwan[sunting | sunting sumber]

Sepanjang 1994, Laguarde memutuskan bahawa syarikat ini harus bertindak sebagai "pakar". Sehingga meminta agar istilah "tradisional" tidak lagi digunakan dan dihapuskan dari semua dokumen dan fail elektronik, digantikan dengan istilah "pakar'.[15]

Syarikat ini memiliki sekumpulan pakar veterinar bertauliah yang bersedia membantu dan menasihati para penternak haiwan dan profesional lain. Syarikat ini mencipta sebutan baru bagi pasukan jualannya, iaitu "cynotechnician", yang bersemangat tentang dunia anjing. Sejumlah ahli dari pasukan itu merupakan juri pertandingan haiwan atau yang keahlian ternakan haiwannya telah diiktiraf antarabangsa.[16] Syarikat ini juga menaja dan mengambil bahagian dalam ribuan pertandingan anjing dan kucing setiap tahun.[17] Syarikat ini tidak lagi menaja acara UK Contest of Champions bermula 2009, dan mengatakan bahawa ingin lebih fokus menaja pertandingan anjing.[18]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Guyomarc'h bertukar namanya menjadi Evialis pada awal tahun 2001.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bibliografi

Pautan luar[sunting | sunting sumber]