Royston Valentine
YB Tuan Royston Bin Valentine (lahir 1986) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melanau beragama Kristian (RC) berasal dari Mukah, Sarawak. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian. Beliau juga adalah diantara ADUN termuda di Sarawak. Di peringkat Akar Umbi Parti, beliau merupakan Ketua Cawangan Parti PBB N57 Tellian manakala di peringkat negeri beliau telah dilantik sebagai Ketua Penerangan bagi Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak bagi penggal 2025-2027.
YB Tuan Royston Bin Valentine adalah pemenang Anugerah Belia Negeri Sarawak 2017 bagi kategori Individu & Pemenang Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Negeri Sarawak bagi tahun 2018. Pada tahun 2020, beliau telah memimpin Pertubuhan Belia Parlimen Mukah sehingga dinobatkan sebagai Johan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) bagi kategori Pertubuhan.
Sebelum diberi mandat sebagai wakil rakyat, beliau merupakan seorang aktivis belia yang terlibat dalam pelbagai pelaksanaan aktiviti di kawasannya.
YB Tuan Royston Valentine JBK , MLA | |
|---|---|
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Tellian | |
| Menyandang jawatan 18 Disember 2021 | |
| Didahului oleh | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1986 (38 tahun) |
| Parti politik | |
| Kediaman | Mukah, Sarawak |
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]
Sarawak :
Johan Bintang Kenyalang (JBK), 2024- Ahli Bintang Sarawak (ABS), 2021
- Pingat Peringatan Jubli Intan (Perak) Kerajaan Sarawak, 2024
- Honorable Black Belt Degree 2nd Dan (No.Siri 7519) Malaysian Global Taekwon-Do Federation (MGTF) Tahun 2016
- Honorable Black Belt Degree 3rd Dan Malaysian Global Taekwon-Do Federation (MGTF) Tahun 2025