Rozaidah Talib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Dr. Rozaidah Talib merupakan bekas ahli parlimen Ampang dan Ketua Wanita UMNO Ampang. Beliau menang bertanding atas tiket Barisan Nasional/UMNO dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 dengan majoriti 19,732 undi.

Dalam pilihan raya 2008 beliau tidak lagi bertanding. Sebaliknya Zuraida Kamarudin dari PKR menang dan mendapat 26,995 undi, sementara Cikgu Azman Wahid dari BN hanya mendapat 23,319 undi.[1]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Pada 23 November 2007, Dr Rozaidah disahkan cerai talak tiga[2] dengan suaminya Radzmi Othman mulai 8 Julai 2007. Hakim Syarie, Mohd. Yunus Mohamad Zindi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur memutuskan perkara itu mengikut undang-undang syariah keluarga Islam Wilayah Persekutuan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Maklumat calon Parlimen Ampang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-19. Dicapai pada 2018-08-19.
  2. ^ Ahli Parlimen sah bercerai talak tiga