Rozie Othman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rozie Othman
Kelahiran
Rasnah binti Othman

1962 (umur 61–62)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • Penerbit televisyen
Tahun aktif1983–kini
Terkenal keranaCik Embon dalam Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel
Datin Rocky dalam Astana Idaman
Anak-anak2

Rasnah binti Othman atau lebih dikenali sebagai Rozie Othman adalah pelakon dan penerbit televisyen wanita Malaysia. Kerjaya lakonannya bermula pada tahun 1983 melalui filem Di Ambang Kasih arahan Allahyarham M. Amin.[1]. Rozie juga pernah menjayakan watak empat janda bersahabat baik; bersama Uji Rashid, Khatijah Tan dan Raja Noor Baizura dalam sebuah slot cerekarama TV3 berjudul Abang Muda sekitar tahun 1996. Beliau turut berlakon dalam telefilem Numero Uno (1995) sebagai Datin Sofea.

Selain berlakon, Rozie turut menubuhkan syarikat produksinya sendiri, SRS Production pada 2005. Antara drama terbitan SRS Production ialah Di Saat Kau Ucapkan, Lara Maisara dan Hati Mengerti.[2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Rozie merupakan anak sulung daripada empat beradik dan dibesarkan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Dia mempunyai tiga (3) orang anak iaitu Farah Farina, Sofia Arshad dan Sofian Farok.

Beliau ialah nenek kepada salah seorang ahli kumpulan Dolla, Noor Syasya Afiqah Binti Shahrizal (Syasya).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Rozie Othman dulu pelakon kini produser". Utusan Melayu. 28 February 2007.
  2. ^ "Ujian besar buat Rozie Othman". Utusan Melayu. 26 September 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]