Rozita Izlyn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rozita Izlyn
Nama lahirRozita Azlin binti Mohd Radzi
Kelahiran (1975-12-05) 5 Disember 1975 (umur 45)
Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
GenrePop, balada
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1995-kini
Syarikat rakaman
NSR Records
Pengkarya berkait
Dayangku Intan, Aju Success

Rozita Izlyn (lahir Rozita Azlin Mohd Radzi; 5 Disember 1975) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1][2] Beliau telah dicalonkan sebagai Artis Baru Terbaik (Wanita) di Anugerah Industri Muzik ke-4 pada tahun 1997, tetapi tewas di tangan Siti Nurhaliza yang ketika itu sedang berada di puncak populariti. Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Gegar Vaganza 2020[sunting | sunting sumber]

Rozita Izlyn ialah salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh yang turut disertai oleh Mus May, Yantzen, Ashira, Cliff Umar dan Noraniza Idris. Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2020
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Grand Konsert "Dunia Kita berbeza" Dirinya sendiri Ke-6
Minggu 2 Sama Naik "Hajat" Haida Ke-6
Minggu 3 Cuba Try Best "Di Dadaku Ada Kamu" Amelina Ke-3

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Rozita merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik. Beliau mendapat pendidikan dalam pengajian muzik di Institut Teknologi Mara (ITM; kini Universiti Teknologi MARA atau UiTM).[4]

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Banyjin Abdul Rashid oleh Imam Rasa Martijo, juru nikah Zon 17, Shah Alam di surau Ir-Shaadiah selepas Maghrib, Sabtu.[5] Beliau dikurniakan dua anak.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Angkara Cinta.
  2. Cabaran Cinta.
  3. Dunia Kita Berbeza.
  4. Hanya Satu Cinta.
  5. Kirimkan Senyum.
  6. Mimpi Di Musim Indah.
  7. Nostalgia Cinta.
  8. Sangkar Madu.
  9. Sedari Wujudku.
  10. Tak Seindah Mimpi.
  11. Kuala Deli,
  12. Kasihnya Ibu,
  13. Sirih Pinang,
  14. Air Mata Kasih,
  15. Mega Mendung,
  16. Sayang Sarawak
  17. Anak Udang.
  18. Wajah Si Dia,
  19. Joget Melayu
  20. Anggerik Rimba
  21. Cintaku Mekar Selamanya
  22. Mengapa Sukar Melafazkan Maaf (bersama Aju Success)
  23. Berbalam Cintaku
  24. Aku Yang Ketinggalan
  25. Selamat Jalan Kekasih
  26. Berpaut Di Dahan Cinta (nyanyian asal Dayangku Intan)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Teater[sunting | sunting sumber]

  • Tikar Mengkuang (2001)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Rozita Izlyn tukar kerjaya". Malaysians Artist. 29 Mei 2010. Dicapai pada 22 Oktober 2010.
  2. ^ Khai Azfar (23 Oktober 2018). "Throwback! 7 penyanyi ini pernah popular suatu ketika dahulu". Murai.my. Dicapai pada 23 Oktober 2018.
  3. ^ Khadijah Ibrahim (7 Oktober 2020). "Rozita Izlyn sertai GV7, penuhi hasrat peminat". Bebas News. Dicapai pada 22 Oktober 2020.
  4. ^ "Rozita Izlyn semakin berubah". Utusan Malaysia. 18 April 1999. Diarkib daripada yang asal pada 29 Oktober 2013. Dicapai pada 19 Oktober 2009.
  5. ^ "Rozita Izlyn belum mahu ucap `sayonara'". Utusan Malaysia. 1 Januari 2003. Diarkib daripada yang asal pada 29 Oktober 2013. Dicapai pada 19 Oktober 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]