Rozlindah binti Onn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Linda Onn" dilencongkan di sini.
Linda Onn
KelahiranRozlindah binti Onn
(1977 -11-26) 26 November 1977 (umur 41)
Singapura
KediamanKuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaanpenyampai radio, pelakon, ahli perniagaan
Tahun aktif1998–kini
PasanganUngku Azhar (berkahwin 2014)

Rozlinda Onn atau lebih dikenali sebagai Linda Onn (lahir 26 November 1977) merupakan seorang penyampai radio, pengacara televisyen, pelakon dan usahawan Malaysia. Beliau merupakan bekas penyampai radio Era dari 1998 hingga 2008 dan Sinar dari 2009 hingga 2010. Beliau juga mengusahakan perniagaan nasi ayam, My Mom Chicken Rice. Setakat ini MMCR telah mempunyai empat cawangan. Selain berniaga, berlakon, dan DJ, Linda juga berjinak-jinak dalam nyanyian dan pengacaraan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Linda memulakan kerjaya sebagai penyampai radio Era yang ketika itu memulakan siaran pada 1 Ogos 1998. Beliau yang ketika itu berusia 21 tahun, merupakan salah seorang penyampai terawal Era termasuk Kudsia Kahar, Halim Othman, Faizal Ismail, Khairil Rashid, Nadira Azizan, David Low, Seelan Paul, Jamal Jamaluddin, Subarma Mokhtaruddin dan Najman Mohamed. Sewaktu tempoh khidmatnya di Era, Linda pernah mengacarakan segmen Urban @ Era yang menyiarkan lagu-lagu berentak hip hop.

Kerjaya filem beliau termasuk Soal Hati (2000) dan Biar Betul (2004). Beliau juga mengacarakan rancangan bual bicara Tanya Linda dan Malam Ini... Linda Onn yang kedua-duanya bersiaran di Astro Ria. Linda melangkah ke bidang muzik, dengan merakamkan lagu "Bahu Ke Bahu" bersama Fara Fauzana, Nana Mahazan dan Nila Kurnia.

Kes saman[sunting | sunting sumber]

Linda Onn bertegas enggan memohon maaf daripada Fahrin Ahmad berikutan kata dua yang diberikan bekas kekasihnya itu. Kenyataan yang diberikan pada wartawan akhbar Sinar Harian itu adalah perkara yang sebenar. Linda masih bertugas di konti Suria FM dan bersiap sedia dengan peguam Datuk Hazman Ahmad untuk menangkis saman Fahrin. Fahrin memberi kata dua kepada Linda agar membuat kenyataan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu hingga Jumaat , 29 Januari 2010 atas dakwaan Linda yang mengatakan Fahrin seorang yang panas baran dan kaki pukul. Fahrin bimbang dengan tuduhan itu kerana beliau seorang pelakon, pengacara serta duta produk.[1] Dia masih tercari-cari suami yang sesedap mata dipandang.[2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2000 Soal Hati Soraya
2002 Soalnya Siapa
2003 Gila Bola Lisa
2004 Biar Betul Inspektor Nija
2008 Cicakman 2 - Planet Hitam Amar Kemunculan khas

Drama[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Iklan[sunting | sunting sumber]

  • Power Root

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Nyanyian[sunting | sunting sumber]

  • Buat Hal Lagi- berduet dengan KRU
  • Tipah Tertipu Remix- Ruffedge
  • Bahu ke Bahu - DJ Era (Nana, Nila, Fara Fauzana) (2005)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]