Ruam Thai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ruam Thai (รวมไทย Ruam Mue, Ruam Jai, Ruam Thai, Ruam Dhamma) adalah sebuah gabungan tidak rasmi pemuda-pemudi keturunan Siam rakyat Malaysia. Mereka merupakan sekumpulan pemuda-pemudi yang menjalankan pelbagai aktiviti murni untuk membangunkan rakyat keturunan Siam di Malaysia dari sudut pendidikan, kebudayaan dan keagamaan. Ruam Thai bukanlah sebuah organisasi yang rasmi walaupun mereka telah mrmberikan pelbagai bentuk sumbangan kepada masyarakat Siam di Malaysia.

Ruam Thai ditubuhkan atas dasar persefahaman, persaudaraan dan semangat setia kawan di kalangan pemuda-pemudi Siam rakyat Malaysia. Dengan ini, mereka bukanlah sebuah pergerakan politik mahupun badan perniagaan. Gabungan ini ditubuhkan sekadar untuk mengongsikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat Siam-Malaysia kesayangan mereka. Segala sumbangan yang diberikan adalah pemberian yang ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]