Pergi ke kandungan

Rubah merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rubah merah
Julat zaman: Pertengahan Pleistosen–Kini
Rubah merah di Pusat Hidupan Liar British, Surrey
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
V. vulpes
Nama binomial
Vulpes vulpes
Subspesies

45 ssp., lihat teks

Taburan rubah merah seluruh dunia
hijau - asli
lembayung - diperkenalkan
jingga - tidak tentu
Sinonim

Canis vulpes Linnaeus, 1758

Rubah merah (nama saintifik: Vulpes vulpes)[3][4] ialah sejenis rubah bertaburan ke serata Hemisfera Utara dari Garisan Artik ke Afrika Utara, Amerika Utara, dan Asia, IUCN menyenaraikannya sebagai spesies spesies kurang membimbangkan.[1] Ia juga diperkenalkan ke benua Australia sebagai spesies ceroboh paling berbahaya.[5]

Spesies rubah ini berasal daripada leluhur bersaiz lebih kecil dari Eurasia semasa zaman Villafranca Pertengahan,[6] dan tersebar ke Amerika Utara tidak lama selepas pengglasieran Wisconsin.[7] Empat puluh lima subspesies setakat ini diakui,[3] yang dibahagikan kepada dua kategori: rubah utara besar, dan rubah selatan basal kecil dari Asia dan Timur Tengah.[8] Badan rubah merah yang besar sesuai gaya hidupnya sebagai pemangsa karnivor.[9] Selain itu, badannya boleh membiasakan diri kepada apa jua persekitaran baharu dengan cepat.[10]

Badannya lonjong dengan kaki-kaki dan ekor yang panjang. Ukuran ekornya lebih panjang daripada separuh panjang badannya atau 70 peratus.[11][12] Ekornya berbulu lebat dan hampir seluruh bahagiannya berwarna merah kecuali hujungnya yang berwarna putih.[11]

Kepala dan tengkorak rubah merah bermuncung panjang[13] terutamanya pada tahap dewasa;[14] Anak-anak matanya berbentuk bujur.[15] Belakang telinganya berbulu hitam.[11] Ia mempunyai daya pendengaran yang tajam mengesan decitan tikus dari sejauh 100 meter dan bunyi kibasan kepak burung gagak dari sejauh 0.25–0.5 km.[16]

Bulu badan pada populasi-populasi rubah merah di Amerika Utara lebih lembut dan panjang daripada bulu badan pada populasi-populasi di Eurasia.[15][17] Sungguhpun namanya, spesies ini kerap menghasilkan individu dengan warna lain, termasuk balar dan melanis.[10]

Rubah merah biasanya bersama-sama berpasangan atau dalam kelompok kecil sama ada dalam satu keluarga dengan pasangan dan anak-anak, atau seekor jantan dengan beberapa ekor pasangan betina yang bersaudara. Anak daripada pasangan pengawanan kekal dengan induknya untuk membantu penjagaan anak baharu.[18]

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Spesies ini terutamanya memakan rodensia kecil, tetapi juga boleh menyasarkan arnab, burung-burung kecil, reptilia, invertebrat[19] dan ungulat muda.[20] Ia juga kadang-kadang makan tumbuhan termasuk buah-buahan.[21] Sungguhpun rubah merah cenderung untuk membunuh pemangsa lebih kecil, ia rentan terhadap serangan daripada pemangsa lebih besar, seperti serigala, koyote, jakal keemasan dan felin bersaiz sederhana dan besar.[22]

Spesies ini mempunyai sejarah panjang bagi perkaitan dengan manusia, kerana telah diburu dengan meluas sebagai haiwan perosak dan pembawa bulu selama berabad-abad, serta diwakili dalam cerita rakyat dan mitologi manusia. Oleh sebab taburan meluasnya dan populasi besarnya, rubah merah merupakan salah satu haiwan pembawa bulu paling penting yang hasilnya diperoleh untuk perdagangan bulu.[23]

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Rubah betina baligh pada usia 7-9 bulan, kitaran estrusnya bermula bulan Disember apabila peranakannya mula membengkak. Buah zakar rubah jantan mula membesar dan menghasilkan sperma dari antara bulan-bulan Ogos–September hingga antara bulan-bulan Disember–Februari.[24]

  1. ^ a b Hoffmann, M.; Sillero-Zubiri, C. (2021). "Vulpes vulpes". m/s. e.T23062A193903628. doi:10.2305/IUCN.UK.2021-1.RLTS.T23062A193903628.en. Dicapai pada 2 Oktober 2025.
  2. ^ Linnæus, Carl (1758). Systema naturæ per regna tria naturæ, secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis. Tomus I (dalam bahasa Latin) (ed. 10). Holmiæ (Stockholm): Laurentius Salvius. m/s. 40.
  3. ^ a b Wilson, Don E.; Reeder, DeeAnn M. (2005). Mammal Species of the World: A Taxonomic and Geographic Reference. JHU Press. m/s. 585–586. ISBN 978-0-8018-8221-0.
  4. ^ Heptner & Naumov 1998, m/s. 469.
  5. ^ "100 of the World's Worst Invasive Alien Species". Kumpulan Pakar Spesies Invasif.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama k115
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama k96
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama s473
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama s480
  10. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama s475
  11. ^ a b c Heptner & Naumov 1998, m/s. 471.
  12. ^ Larivière, Serge & Pasitschniak-Arts, Maria (1996). Vulpes vulpes (PDF). American Society of Mammalogists. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 31 October 2005. Dicapai pada 9 July 2016.
  13. ^ Heptner & Naumov 1998, m/s. 478.
  14. ^ Heptner & Naumov 1998, m/s. 480.
  15. ^ a b Heptner & Naumov 1998, m/s. 472.
  16. ^ Heptner & Naumov 1998, m/s. 561.
  17. ^ Bachrach 1953, m/s. 231, 235.
  18. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama h413
  19. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama s513
  20. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama USSR2
  21. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama f529
  22. ^ Fedriani, J.M.; Palomares, F.; Delibes, M. (1999). "Niche relations among three sympatric Mediterranean carnivores". Oecologia. 121: 138–148. doi:10.1007/s004420050915. JSTOR 4222449.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  23. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama b229
  24. ^ Heptner & Naumov 1998, m/s. 537–538.

Sumber-sumber

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]