Rubberband

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Rubberband
Genre
Ditulis olehAsraf Zain
PengarahSabri Yunus
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kita Yang Satu" oleh Sani Sudin
Lagu penutup"Kita Yang Satu" oleh Sani Sudin
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod18
Penerbitan
PenerbitSyahid Johan
Penyunting
  • Khairul Amrey
  • Chris Khoo
  • Sivaraman Subramaniam
Lokasi
Tempoh siaran20–21 minit
Syarikat penerbitan
Balang Rimbun
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal18 Mei 2015 – 8 Jun 2015

Rubberband ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Sabri Yunus dibintangi oleh Beto Kusyairy, Sara Ali, Pian Kepoh dan Bil Azali.[2] Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 18 Mei 2015 hingga 8 Jun 2015 menggantikan Suami Sebelah Rumah.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan mengenai Rahim (Beto Kusyairy) lelaki buta yang gemar bermain gitar dan menyanyi. Rahim tinggal di kampung bersama ibunya, Mak Nah. Satu hari, Alimin (Ezany Nizariff) iaitu rakan sekampung Rahim telah pulang ke kampung dan mengajak Rahim untuk bekerja di Kuala Lumpur. Rahim dijanjikan pekerjaan sebagai penyanyi. Pada mulanya Mak Nah keberatan apabila memikirkan keselamatan Rahim lebih-lebih lagi anaknya itu berbeza dengan orang lain. Tetapi setelah didesak dan dipujuk, Mak Nah benarkan.

Setelah tiba di Kuala Lumpur, rupa-rupanya Rahim menjadi penyanyi jalanan. Alimin mengambil kesempatan atas kekurangan Rahim untuk mengaut keuntungan tetapi masih lagi menjaga Rahim dengan baik. Satu hari, Rahim telah ditinggalkan dengan sengaja oleh orang-orang suruhan Alimin yang sering mengenakannya. Rahim akhirnya sedar, dia telah dipergunakan Alimin dan akhirnya melarikan diri. Rahim tidak tahu hendak menuju ke mana dia hanya menurut gerak hatinya untuk melangkah demi mencari rezeki yang akhirnya menemukannya dengan Basir (Suffian).

Basir seorang lelaki yang gagap dan bekerja di sebuah kedai makan. Basir sering sahaja dimarahi oleh majikannya sehingga dia diberhentikan kerja. Setelah itu, Basir mengikuti Rahim menjadi penyanyi jalanan sambil menjual ubat. Oleh kerana kecatatan mereka, mereka dipandang rendah oleh masyarakat. Namun, kecacatan tersebut tidak melemahkan azam mereka untuk menjadi seseorang yang dikenali dalam masyarakat. Menyedari hakikat bahawa kecacatan merupakan satu-satunya batu penghalang bagi kejayaan mereka, mereka mengambil keputusan untuk bergabung tenaga bagi menubuhkan sebuah kumpulan musik dengan bantuan Jelita (Sara Ali), seorang penerbit yang telah melihat bakat mereka menyanyi.

Jelita ingin membantu mereka dan membuka mata masyarakat walaupun mereka cacat, mereka masih punya sesuatu yang istimewa untuk dikongsikan. Dari situ, mereka mula membina strategi bagaimana untuk menjadi terkenal meskipun mempunyai kekurangan fizikal. Mereka menamakan kumpulan mereka sebagai “Rubber Band”. Dalam perlahan-perlahan mendaki tangga kemasyuran, satu-persatu kisah lucu terjadi dan menduga persahabatan Rahim dan Basir. Adakah mereka akan terus kekal bersatu dan berjaya melalui rintangan demi untuk populariti yang diangankan?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Ezany Nizariff sebagai Aliman
  • Saidi Sabri sebagai Along
  • Sani Suddin sebagai Jabir
  • Din Glamour sebagai Reza
  • Nor Azifah Ariffin sebagai Kak Nah
  • Hashimah Md Zaki sebagai Ramlah
  • Sura Sojangi sebagai Ana
  • Muhamad Syaffiq Mahmood sebagai Razis
  • Hadi Nawawi sebagai Azman
  • Puteri Amelia Nor Farihin sebagai Rozie
  • Rahim Kidol sebagai Tuan Kedai
  • Awan Kiko sebagai Omar
  • Rashid Jaafar sebagai Imam

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norhayati Nordin (1 Jun 2015). "Pelawak jadi gagap". Harian Metro. Dicapai pada 1 Jun 2015.
  2. ^ Budiey (14 Mei 2015). "Beto Kusyairy cari rezeki di jalanan dalam Rubberband". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Jun 2015.
  3. ^ Rubberband (2015): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 21 Februari 2019.