Ruby (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ruby
GenreDrama
Cinta
Dendam
Konflik
PenciptaPanel MIG (konsep dan idea asal)
Ditulis olehPanel MIG
PengarahAzhari Zain
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Cerita Dia" oleh Drama Band
Lagu penutup"Cerita Dia" oleh Drama Band
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
PenerbitDavid Teo
PenyuntingMIG Sound Factory
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Metrowealth Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal2 Januari 2013 – 5 Februari 2013
Kronologi
MengikutiPutera Rayyan
Diikuti olehSurat Dari Langit Biru

Ruby ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Azhari Zain dengan skrip oleh Panel MIG. Dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Siti Saleha dan Shukri Yahaya, drama ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 2 Januari 2013 hingga 5 Februari 2013, menggantikan Putera Rayyan dan digantikan oleh Surat Dari Langit Biru.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang percintaan Syuhara dan Benjamin yang mulanya benci tetapi bertukar menjadi sayang. Walaupun Syuhara dan Benjamin berbeza kedudukan pangkat dan kekayaan, namun demi cinta sejati, mereka menempuhi pelbagai dugaan bersama. Benjamin yang kematian ibunya sejak kecil telah mengganggap ibu saudaranya, Datin Afifah (kakak tiri Dato’ Kamal) seperti ibu kandung sendiri. Datin Afifah juga nampak begitu lembut dan penyayang dalam menjaga hal ehwal keluarga mereka.

Namun, Nek Mariam terus menerus menyangsi niat Datin Afifah yang sebenar. Kali ini, dia menuduh Datin Afifah cuba mensabotaj ubat-ubatannya. Dato’ Kamal terpaksa menjadi orang tengah, akibat tekanan, penyakit jantungnya bertambah serius. Tepat sekali sangkaan Nek Mariam kerana Datin Afifah sememangnya menyimpan niat jahat untuk menghancurkan keluarga adiknya, Dato’ Kamal. Datin Afifah telah mempergunakan Danny untuk mendapatkan formula rahsia kosmetik milik kilang Dato’ Kamal. Danny yang terlalu mencintai Nadia (anak kepada Datin Afifah) sanggup menjadi buah catur Datin Afifah asalkan dia dapat memiliki Nadia.

Syuhara dan Benjamin sentiasa bertengkar setiap kali bertembung. Benjamin tidak mengambil sikap serius atas urusan rasmi kilang milik keluarganya kerana percayakan ibu saudaranya, Datin Afifah. Syuhara berjaya memohon untuk kerja separa masa di kilang Benjamin, Benjamin terus menggunakan peluang ini untuk membuli Syuhara.

Nadia berasa cemburu melihat kemesraan Syuhara dan Benjamin. Nadia yang menyimpan perasaan terhadap Benjamin terpaksa menghabiskan masa bersama Danny kerana desakan ibunya. Kawan baik Syuhara, Diana terserempak dengan seorang pekerja yang cuba menyelongkar fail pejabat ketika waktu rehat. Bimbang rancangannya tergendala, Datin Afifah telah memfitnah dan memecat Diana. Syuhara mula mengesyaki satu konspirasi yang mungkin ada kaitan dengan Datin Afifah. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Maklumat am[sunting | sunting sumber]

Ini merupakan projek drama pertama Shukri Yahaya dan Siti Saleha, mereka berdua kemudiannya digandingkan dalam Asmara Luna (2013), 7 Hari Mencintaiku (2016), 7 Hari Mencintaiku 2 (2020) dan 7 Hari Mencintaiku 3 (2022).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (14 Januari 2013). Sinopsis Drama Bersiri Ruby Sensasi Selebriti. Dicapai pada 20 Jun 2013.