Rudolf Schmidt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rudolf Schmidt
Rudolf Schmidt pada Mac 1942
Kelahiran(1886-05-12)12 Mei 1886
Meninggal dunia7 April 1957(1957-04-07) (umur 70)
Kesetiaan Empayar Jerman
 Republik Weimar
 Jerman Nazi
PerkhidmatanArmy
Tahun perkhidmatan1906–45
Pangkat Generaloberst
UnitPanzer
Arahan1 Divisyen Panzer
Kor XXXIX Panzer
Tentera Darat Ke-2 Panzer
PertempuranPerang Dunia II
AnugerahKnight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak
HubunganHans-Thilo Schmidt (adik)

Rudolf Schmidt (12 Mei 1886 – 7 April 1957) adalah seorang Jeneral dalam Wehrmacht Jerman Nazi semasa Perang Dunia II yang memerintah Tentera Darat Ke-2 Panzer di Barisan Timur. Beliau adalah penerima pingat Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Schmidt menyertai Tentera Darat Imperial Jerman pada tahun 1906 dan berkhidmat dalam Perang Dunia I. Beliau dikekalkan dalam Reichswehr dimana beliau bertugas sebagai pegawai staf. Pada Oktober 1936 beliau telah dinaikkan pangkat ke Generalmajor dan dilantik Panglima 1 Divisyen Panzer. Pada tahun 1939 Schmidt memimpin divisyen ini dalam pencerobohan Poland.

Pada 1 Februari 1940 beliau dilantik Panglima Kor XXXIX Panzer. Beliau memimpin Kor ini di Perancis dan telah dikurniakan pingat Knight Cross of the Iron Cross kerana pencapaiannya dalam Pertempuran Perancis pada 3 Jun 1940. Beliau telah dinaikkan pangkat ke General der Panzertruppe dan menjadi pemangku Panglima Tentera Darat Ke-2 yang mengambil bahagian dalam Pertempuran Moscow. Pada 25 Disember 1941 beliau telah dilantik Panglima Tentera Darat Ke-2 Panzer (menggantikan General Guderian yang dipecat).

Pada 1 Januari 1942 Schmidt telah dinaikkan pangkat ke Generaloberst. Pada 10 April 1943 beliau telah diberhentikan dari jawatannya selepas Gestapo menangkap adiknya kerana mengintip bagi pihak Perancis dan menemui surat-surat yang ditulis Schmidt dimana beliau didapati sangat mengkritik cara Hitler mengurus peperangan dan Parti Nazi. Beliau muncul dihadapan mahkamah tentera tetapi telah dibebaskan dan ditukar ke Führerreserve (pegawai simpanan) pada 30 September 1943. Beliau tidak pernah diberi tugas semula.

Adiknya Hans-Thilo Schmidt menjual butiran mesin Enigma Jerman dan maklumat sensitif tentera yang lain kepada Deuxieme Bureau Perancis dari tahun 1931 sehingga pencerobohan Jerman ke atas Perancis pada 1940.[1]

Pada 16 Disember 1947 Schmidt telah ditangkap oleh tentera Soviet dalam perjalanan ke rumahnya di Weimar. Dibawa ke Moscow, beliau pada mulanya dipenjarakan di Penjara Pusat Vladimir dan Penjara Butyrka. Pada tahun 1952, beliau dijatuhi hukuman penjara 25 tahun oleh sebuah tribunal tentera. Pada 30 September 1955, Schmidt adalah antara tahanan terakhir yang dibebaskan. Beliau meninggal dunia pada 1957.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Paillole, Paul (2016). The Spy in Hitler's Inner Circle. Oxford: Casemate UK. ISBN 9781612003719.
  2. ^ Thomas 1998, p. 270.
  3. ^ a b Scherzer 2007, p. 671.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives [The Knight's Cross Bearers 1939–1945 The Holders of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939 by Army, Air Force, Navy, Waffen-SS, Volkssturm and Allied Forces with Germany According to the Documents of the Federal Archives] (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Militaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Thomas, Franz (1998). Die Eichenlaubträger 1939–1945 Band 2: L–Z [The Oak Leaves Bearers 1939–1945 Volume 2: L–Z] (dalam bahasa German). Osnabrück, Germany: Biblio-Verlag. ISBN 978-3-7648-2300-9.CS1 maint: unrecognized language (link)
Pegawai tentera
Didahului oleh
Panglima XXXIX. Panzerkorps
1 Februari 1940 – 10 November 1941
Diikuti oleh:
Generaloberst Hans-Jürgen von Arnim
Didahului oleh
Generaloberst Heinz Guderian
Panglima 2. Panzerarmee
25 Disember 1941 – 10 April 1943
Diikuti oleh:
General der Infanterie Heinrich Clößner