Ruhainies Farehah
Ruhainies Farehah | |
---|---|
![]() Ruhainies pada November 2015. | |
Kelahiran | Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas 27 Julai 1992 Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia |
Kediaman | Kuala Lumpur |
Nama lain | Ruhainies |
Pendidikan | Pelancongan |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Pelakon, model, duta |
Tahun aktif | 2014–kini |
Terkenal kerana | Hello, Mr. Perfect! |
Ibu bapa | Zainul Ilyas Zainul Abidin (Bapa) Che Bunga Salleh (Ibu) |
Saudara | Rahimah Sadrina (Kakak) Risteena Munim (Kakak) Riesha Sharmin (Adik) Nul Aiman (Adik) |
Nur Ruhainies Farehah Binti Zainul Ilyas (lahir 27 Julai 1992) ialah pelakon wanita Malaysia. Beliau mula dikenali ramai menerusi drama Hello, Mr. Perfect! yang mana beliau memegang watak sebagai Alya Adriana dan Nurul Ain.
Selain bergelar pelakon, Ruhainies juga merupakan duta kepada produk jenama Ruza dan Ruhainies Rosy Secret. Beliau juga ialah adik kepada pelakon Risteena Munim. Selain itu, wajahnya agak seiras dengan pelakon Nora Danish.[1]
Isi kandungan
Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]
Ruhainies dilahirkan pada Isnin, 27 Julai 1992 Masihi bersamaan 26 Muharram 1413 Hijrah di Kepala Batas, Pulau Pinang dan merupakan anak ketiga daripada lima beradik kepada pasangan Zainul Ilyas Zainul Abidin dan Che Bunga Salleh. Kakaknya, Nur Risteena Munim juga seorang pelakon yang mula mencipta nama menerusi siri drama Playboy Itu Suami Aku, bersama Fattah Amin.[2] Sama seperti kakaknya, Ruhainies juga menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di mana beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang pelancongan.[3]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Meskipun baru setahun jagung menceburi dunia lakonan, Ruhainies sudah mendapat kepercayaan daripada penerbit dan pengarah drama tempatan untuk menggalas watak utama dalam drama bersiri terbaharu berjudul Hello, Mr. Perfect! di Slot Akasia TV3, beliau bergandingan bersama Fattah Amin. Drama ini diadaptasi daripada novel karya Waniey Zakaria dengan tajuk sama.
Sebelum berlakon dalam Hello Mr. Perfect, Ruhainies terlebih dahulu berlakon dalam beberapa drama, antaranya ialah Si Montel[4][5] dan Sopeah Jin.
Pada tahun 2016, Ruhainies telah muncul dalam drama Menantu Ting Tong yang bersiaran di TV3. Ruhainies yang memegang watak utama dalam drama tersebut digandingkan dengan Azrel Ismail sebagai watak utama.[6]
Beliau juga membintangi drama Bagaikan Kelip-Kelip sebagai pelakon utama membawa watak Marlina dan turut sama menjayakan drama ini ialah Ben Amir, Aishah Azman serta barisan pelakon yang lain.[7]
Pada 2017, Ruhainies muncul dalam telefilem bertajuk Katakan Tidak Pada Cinta yang bersiaran di TV2 pada 7 Mac 2017. Ia juga dibintangi oleh Azrel Ismail, Syuk, Fatimah Az-Zahra dan artis-artis yang lain.[8] Pada Jun 2017, beliau muncul dengan drama bertajuk Menantu Bilal yang mula bersiaran pada 2 Jun 2017 di TV3 mengantikkan drama Cucu Tauke Beras. Drama terbitan Enuja Production Sdn Bhd ini juga dibintangi oleh Amar Asyraf, Syazwan Zulkifli, Nazeera Sardi, Talha Harith dan banyak lagi. [9]
Kontroversi[sunting | sunting sumber]
Perang mulut dengan Janna Nick[sunting | sunting sumber]
Pada April 2016, Ruhainies mengecam tindakan pelakon Janna Nick memuat naik video beserta kaspyen yang mencemuh dirinya di akaun Instagram pelakon itu dan menganggapnya sebagai kurang matang. Beliau mengakui terkilan apabila Janna masih ingin memanjangkan isu pergaduhan mereka biarpun dirinya pernah membuat kenyataan secara terbuka kepada media sudah memaafkan kesalahan pelakon itu.[10][11][12]
"Saya tidak mahu ada lagi salah faham antara kami dan memilih untuk berdamai. Industri hiburan kecil dan tidak mustahil, kami akan disatukan dalam produksi lain nanti. Sedapat mungkin, saya enggan mencari musuh kerana saya di sini untuk bekerja."Cuma, saya terkilan dengan tindakan kurang matang Janna (Nick) apabila memuat naik video di akaun Instagramnya untuk memburukkan nama saya. Apa yang pasti, baik Michael Ang sebagai pengarah dan pelakon pengganti saya untuk filem itu mengetahui kebenarannya.
"Ketika ini, saya memilih untuk tidak membalas semula perbuatan Janna itu kerana tidak mahu bertindak mengikut emosi. Namun, saya tidak teragak-agak untuk mengemukakan mesej yang dihantar Janna kepada saya apabila tiba masanya kelak,"[10][11]
— Ruhainies mengulas mengenai tindakan pelakon drama Kau Aku Kita semasa ditemuramah oleh Berita Harian.[10][11]
Perselisihan antara Ruhainies dan Janna mula menjadi bualan apabila Janna dikatakan menghasut Michael untuk menyingkirkannya sebagai salah seorang pelakon filem sulung arahannya, Kimchi Untuk Awak yang turut dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong.[10] Salah faham itu bagaimanapun, terlerai apabila Ruhainies memilih untuk berdamai. Namun, tindakan Janna memuat naik video penjelasan Michael itu menghangatkan semula isu berkenaan. Mengukuhkan lagi andaian itu apabila Janna menulis kapsyen yang dianggap memalukannya.[10][11]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
![]() |
Menunjukkan filemografi yang belum dikeluarkan |
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Musyrik ![]() |
Farah | Arjin Uppal | Filem pertama, pos-produksi |
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Siaran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Si Montel | HyppTV | HyppSensasi: Web Drama | |
Hello, Mr. Perfect! | Alya Adriana / Nurul Ain | TV3 | Slot Akasia | |
2016 | Menantu Ting Tong | Marsha | ||
Bagaikan Kelip-Kelip | Marlina | TV9 | ||
Jejak Karmila | Nonie | TV3 | Slot Zehra | |
2017 | ||||
Menantu Bilal | Normala | Slot Dahlia | ||
2018 | ||||
Cinta Lemon Madu | Haida | TV3 | Slot Lestary |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Siaran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Sopeah Jin | TV3 | Slot: Cerekarama | |
2016 | Karlisa [13] | Karmila | ||
Pujaan Malaya | Lisa | TV9 | Skrin Di9 | |
Bedah Motor | ||||
Luna Elvira | Luna | |||
Cikgu Dina Pakai Prada | Cikgu Dina | |||
Jatuh Cinta Buta | Melissa | Astro Ria/ Ria HD | ||
2017 | Katakan Tidak Pada Cinta | Diyana | TV2 | |
Cik Misi | Diana | TV9 | ||
Oops Terlajak Nikah | Astro Citra | Slot Citra Exclusive | ||
2018 | Matilahnak | Hannah Delicious | Astro Citra | Slot Citra Exclusive |
Televisyen[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2016 | Ketuk-Ketuk Ramadan | TV1 | Artis jemputan |
2019 | Curi-Curi Ramadan | TV Okey | Pengacara |
Muzik video[sunting | sunting sumber]
Tahun | Lagu | Artis |
---|---|---|
2015 | "Sorry-Sorry Sayangku" | Nomad |
2016 | "Masih Cinta" | Kim Dong Gyun |
2016 | "Bukan Untukku" | Hyper Act |
Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2016 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 | Artis Baru Wanita Popular | Dicalonkan |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Ruhainies Dapat 'Habuan' Wajah Iras Nora Danish mStar Online. 5 September 2015.
- ^ Biodata Nur Ruhainies Farehah Pelakon Hello Mr Perfect Melvister. September 2015.
- ^ Gambar dan Biodata Ruhainies JiwaRosak.
- ^ Wanita Berbadan Besar Perlu Tonton Drama 'Si Montel' Mstar.Com
- ^ HYPPTV'S NEW DRAMA SERIES 'SI MONTEL', MAKES ITS CHARM ON HYPPSENSASI TM.Com
- ^ Drama Menantu Ting Tong (TV3) InfoTaip.
- ^ Drama Bagaikan Kelip-Kelip (TV9) Info Taip
- ^ Hiburan (27-2-2017). Rahsia Jodoh Ruhainies & Azrel Ismail Dalam Telemovie KATAKAN TIDAK PADA CINTA (Dicapai 28 Februari 2017)
- ^ Menantu Bilal (TV3) My Info Taip
- ^ a b c d e Ruhainies anggap Janna Nick tidak matang Farhana Ab Rahman. Berita Harian . 23 April 2016.
- ^ a b c d ‘Perang’ Janna-Ruhainies terus hangat Zaidi Mohamad. Berita Harian . 24 April 2016.
- ^ Kontroversi dengan Janna tak jejas tawaran berlakon Ruhainies. Astro Gempak. 1 Jun 2016.
- ^ Karlisa (Cerekarama TV3) Info.Taip