Ruhanie Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Dr. Ruhanie Haji Ahmad pernah menjadi Pengerusi MARA dari 01.04.1998 - 02.04.2000. Beliau pernah menjadi ahli parlimen kawasan Parit Sulong, Johor.

Beliau memiliki Diploma Pentadbiran Awam (UiTM). Diploma Kewartawanan (Essex, England). Fellowship Kewartawanan (Jepun). 1972-1982: Wartawan NST.1982-1984: Setiausaha Akhbar Tun Musa Hitam. 1984-1986: Setiausaha Politik Tun Musa Hitam.1990-2004: Ahli Parimen Parit Sulong, Johor

Politik[sunting | sunting sumber]

Pada 1973, Ruhanie menjadi ahli UMNO Bahagian Damansara, Kuala Lumpur sebelum balik ke kampung asalnya Parit Sulong. Seterusnya menjadi AJK Pergerakan Pemuda UMNO dan AJK UMNO Bahagian Damansara. Beliau bertanggungjawab mewujudkan UMNO Cawangan Taman Tun Dr. Ismail.

Pada 1983, Ruhanie menjadi ahli UMNO Bahagian Semerah. Persempadanan kawasan Pilihan Raya pada 1985 Ruhanie mnejadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Parit Sulong mulai 1985. Seterusnya Naib Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong sehingga 2001 dan ahli biasa cawangan Danausari sehingga kini.

1990 - 2004 menjadi Ahli Parlimen Parit Sulong.

Beliau pernah menjadi Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) selama lima tahun dan Presiden BNBBC selama empat tahun. Kemudian menjadi AJK Persatuan Parlimen Komonwel (CPA) Malaysia sehingga 2002. Pernah menjadi AJK CPA pusat beribupejabat di London dan Setiausaha CPA Asia Tenggara. Ini memberi kesempatan kepada beliau untuk meninjau perkembangan demokrasi politik negara-negara komonwel di seluruh dunia, termasuk di Britain, Kanada, Trinidad Tobago, Afrika Selatan, Swaziland, India, Bangladesh, Australia dan New Zealand.

Ruhanie pernah menjadi AJK Organisasi Parlimen ASEAN (AIPO) dan menghadiri sidang tahunannya di semua rantau ASEAN. Selain itu, Ruhanie adalah AJK Badan Anti-genocide di Bosnia-Herzegovina di mana buku tulisan beliau berjaya mengutip lebih RM1 juta untuk Tabung Bosnia.

Selanjutnya Ruhanie pernah dilantik menduduki Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN II) dan menyumbangkan ide kepada kewujudan Dasan Ekonomi Nasional yang meneruskan semangat, dasar serta prinsip DEB. Di samping itu beliau mempengerusikan Majlis ICT Bumiputera dan menganggotai Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC) di Jabatan Perdana Menteri bagi sektor ICT.

Ruhanie dilantik menjadi Pengerusi MARA, Pengerusi Bernas, Timbalan Pengerusi KUB dan juga Ahli Lembaga Pengaran Utusan Malaysia Berhad.

Pelbagai pandangan kritis beliau terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi disiarkan dalam blog [www.kuda-kepang.blogspot.com|Kuda Kepang]. Semangat nasionalisme jelas tergambar dalam isu Pulau Batu Puteh dan jambatan bengkok antara Johor dengan Singapura serta Iskandar Malaysia.

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Patriotisme Malaysia : penangkis neoimperialisme ; Utusan Publications and Distributors, 2005.
  2. BOSNIA : voices of Malaysia / edited by Ruhanie Haji Ahmad ; Titian Klasik, 1994.
  3. Musa Hitam serena in the storm; Media Indah, 1987.
  4. Musa Hitam : tenang dalam gelora ; Media Indah, 1987.