Rules Don't Apply

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rules Don't Apply
PengarahWarren Beatty
Lakon layarWarren Beatty
Cerita oleh
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiCaleb Deschanel
Disunting oleh
Diedarkan oleh20th Century Fox
Tarikh tayangan
  • 10 November 2016 (2016-11-10) (AFI Fest)
  • 23 November 2016 (2016-11-23) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
126 minit
NegaraAmenka Syarikat
Bajet$25 juta[2]
Pecah panggung$3.9 juta[2]

Rules Don't Apply (Melayu: Takdir Yang Tidak Terkecuali) merupakan sebuah filem romantik Amerika Syarikat pada tahun 2016 bergenre filem komedi-drama yang ditulis, dihasilkan dan diarahkan oleh Warren Beatty. Ini berdasarkan kehidupan sebenar seorang hartawan dan juga penerbit filem popular Howard Hughes. Beatty membawakan watak penting sebagai Howard, termasuk Annette Bening, Matthew Broderick, Lily Collins dan Alden Ehrenreich. Berlatarbelakangkan pada tahun 1958 di Hollywood, filem ini mengikuti perhubungan romantik antara seorang pelakon muda, Marla Mabrey dan pemandunya, Frank Forbes yang dilarang oleh majikan mereka, Howard Hughes.[3]

Filem ini mendapat tayangan perdana sebagai filem pembukaan Festival Institut Filem Amerika (AFI Fest) pada 10 November 2016, dan dilancarkan secara umum di Amerika Syarikat pada 23 November 2016, oleh 20th Century Fox. Ia mendapat ulasan yang beragam dan merupakan sebuah filem gagal pecah panggung, hanya menjana $3.9 juta berbanding anggaran $ 25 juta. Collins juga mendapat pencalonan untuk Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Wanita Terbaik – Filem Muzikal atau Komedi.[4][5]

Plot[sunting | sunting sumber]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Pecah panggung[sunting | sunting sumber]

Filem ini tidak berjaya dari segi kewangan, ditayangkan serentak bersama filem Moana, Allied dan Bad Santa 2, dan pada awalnya dijangka menjana $ 3–5 juta pada hujung minggu pembukaannya dan $ 7–9 juta selama lima hari pertama, dari 2,382 panggung wayang terpilih. Walau bagaimanapun, filem ini hanya menghasilkan $65,000 dari tayangan malam Selasa di 1,100 panggung, dan hanya $315,000 pada hari pertamanya (dengan harga rata-rata per panggung $129), dan unjuran lima hari diturunkan kepada $2.2 juta. Filem ini akhirnya hanya mampu menghasilkan $1.6 juta pada hujung minggu pembukaannya (dengan jumlah lima hari sebanyak $2.2 juta), dan menduduki tempat ke-12 di box office. Ia menandakan debut Thanksgiving terburuk yang pernah dilancarkan dan pembukaan ke-6 terburuk untuk filem yang ditayangkan di lebih daripada 2,000 panggung. Pada hujung minggu kedua, filem ini memperoleh $543,058 (penurunan sebanyak 65.8%), dengan rata-rata per-panggung $233 dari 2,386 skrin, menduduki tempat ke-17 di box office dan menandakan salah satu penurunan akhir minggu kedua terbesar sepanjang masa. Pada hujung minggu ketiga filem ini, filem itu menjana pendapatan $37,215 (penurunan 93.1%), dengan purata per-teater $209. Filem ini ditutup pada 22 Disember 2016, mengakhiri tayangan domestiknya dengan $3.7 juta.[6][7][8][9][10][11][12]

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Melalui Rotten Tomatoes, filem ini dinilai dengan skor 55% berdasarkan 177 ulasan dan memperoleh skor purata 5.76 / 10. [13] Metacritic pula, filem ini mempunyai skor purata 60 / 100, berdasarkan 40 pengkritik filem.[14] Penonton yang disurvei oleh CinemaScore pula memberikan skor "B–" dari skala A + hingga F.[15] The Guardian melalui pengkritiknya, Jordan Hoffman memberikan skor 3 / 5.[16] Simon Thompson dari IGN memberikan skor 6 / 10.[17] Manakala, David Palmer dari The Reel Deal memberikan skor 3 / 10.[18]

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Senarai anugerah dan pencalonan
Anugerah Tarikh Kategori Penerima Keputusan Ruj.
Anugerah Pilihan Pengkritik Filem 11 Disember 2016 Lagu Terbaik "The Rules Don't Apply" – Eddie Arkin dan Lorraine Feather Tercalon [19]
Anugerah Alliance of Women Film Journalists EDA 2016 31 Julai 2017 Most Egregious Age Difference Between The Lead and The Love Interest Warren Beatty (b. 1937) and Lily Collins (b. 1989): 52 years Menang [20]
Anugerah Golden Globe 8 Januari 2017 Best Actress in a Motion Picture – Musical or Comedy Lily Collins Tercalon [21]
Anugerah Filem Hollywood 6 November 2016 Anugerah Hollywood Baharu Menang [22]
Anugerah Rekaan Kostum Hollywood Albert Wolsky Menang
Anugerah Muzik dan Media Hollywood 17 November 2016 Lagu Terbaik "The Rules Don't Apply" – Eddie Arkin dan Lorraine Feather Tercalon [23][24]
San Diego Film Critics Society 12 Disember 2016 Breakthrough Artist Alden Ehrenreich (dan juga untuk Hail, Caesar!) Tercalon [25]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Debruge, Peter (November 11, 2016). "Film Review: 'Rules Don't Apply'". Variety. Dicapai pada December 18, 2017.
  2. ^ a b "Rules Don't Apply (2016)". Box Office Mojo. Dicapai pada December 21, 2016.
  3. ^ Chitwood, Adam (January 15, 2015). "Lily Collins Says Warren Beatty's Howard Hughes Film Is About "the Trials and Tribulations" of 1950s Hollywood". Collider.
  4. ^ Hammond, Pete (August 30, 2016). "Warren Beatty's 'Rules Don't Apply' To World Premiere As AFI Fest Opening Night". Deadline Hollywood. Dicapai pada August 30, 2016.
  5. ^ Busch, Anita (July 14, 2016). "'Rules Don't Apply' Trailer: First Look At Warren Beatty's Star-Studded Film". Deadline Hollywood. Dicapai pada July 14, 2016.
  6. ^ Over schedule, over budget and overly ambitious: how Warren Beatty became the king of Hollywood flops
  7. ^ D'Alessandro, Anthony (November 21, 2016). "Will 'Moana' Slay 'Fantastic Beasts' Over The Thanksgiving Stretch?". Deadline Hollywood.
  8. ^ Ford, Rebecca (November 23, 2016). "Box Office: 'Moana' Hooks Record $2.6 Million Tuesday". The Hollywood Reporter. Dicapai pada November 24, 2016.
  9. ^ McClintock, Pamela (November 23, 2016). "Box Office: 'Moana' Owns Thanksgiving Holiday; Warren Beatty's 'Rules Don't Apply' Bombs". The Hollywood Reporter. Dicapai pada November 24, 2016.
  10. ^ D'Alessandro, Anthony (November 24, 2016). "'Moana' Rings Up $81M+ & Ranks As 2nd Best Thanksgiving Debut After 'Frozen'". Deadline Hollywood. Dicapai pada November 27, 2016.
  11. ^ D'Alessandro, Anthony (December 4, 2016). "'Moana' Keeps Fire Going in Chilly December Weekend; 'Manchester' & 'Jackie' Bask in Awards Season Rays". Deadline Hollywood.
  12. ^ D'Alessandro, Anthony (December 11, 2016). "'Moana' Shuts 'Office Christmas Party' Out of No. 1, But Raunchy Comedy Loud With $17M+ – Sunday Update". Deadline Hollywood. Dicapai pada December 23, 2016.
  13. ^ "Rules Don't Apply (2016)". Rotten Tomatoes. Fandango Media. Dicapai pada June 30, 2020.
  14. ^ "Rules Don't Apply reviews". Metacritic. Dicapai pada June 15, 2017.
  15. ^ Brevet, Brad (November 22, 2016). "'Moana' Sets Sights on $80+ Million 5-Day Thanksgiving Debut". Box Office Mojo. Dicapai pada November 24, 2016.
  16. ^ Hoffman, Jordan (November 11, 2016). "Rules Don't Apply review – Warren Beatty as Howard Hughes: a strangely compelling vanity project". The Guardian. Dicapai pada November 22, 2016.
  17. ^ Thompson, Simon (November 16, 2016). "Rules Don't Apply Review". IGN. Dicapai pada November 22, 2016.
  18. ^ Palmer, David (November 24, 2016). "'Rules Don't Apply' a Boring, Disappointing Return for Warren Beatty". The Reel Deal.
  19. ^ Coggan, Devan (December 1, 2016). "Critics' Choice Awards 2017: La La Land, Moonlight, Arrival lead movie nominees". Entertainment Weekly. Dicapai pada December 2, 2016.
  20. ^ "2016 AWFJ EDA Award Winners". Alliance of Women Film Journalists.
  21. ^ "Golden Globe Nominations: Complete List". Variety. December 12, 2016. Dicapai pada December 12, 2016.
  22. ^ "Nicole Kidman, Hugh Grant, Naomie Harris and Lily Collins to be Honored". Hollywood Film Awards. October 21, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-03. Dicapai pada November 2, 2016.
  23. ^ McNary, Dave (November 2, 2016). "'La La Land' Scores Three Hollywood Music in Media Nominations". Variety. Dicapai pada November 3, 2016.
  24. ^ Pedersen, Erik (November 18, 2016). "Justin Timberlake & Alexandre Desplat Among Winners at Hollywood Music in Media Awards". Deadline Hollywood. Dicapai pada November 18, 2016.
  25. ^ Adams, Ryan (December 9, 2016). "San Diego Film Critics Society Nominations 2016". AwardsDaily.com. Dicapai pada December 10, 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]