Rumah Api Raffles

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rumah Api Raffles
Raffles Lighthouse.jpg
Lokasi Pulau Satumu, Singapura
Koordinat 1°09.606′N 103°44.405′E / 1.160100°N 103.740083°E / 1.160100; 103.740083
Tahun pertama dibina 1855
Bentuk menara Menara bulat putih
Ketinggian 29 meter
Ketinggian fokal 32 meter
Julat Terlihat sejauh 20 batu nautika
Cirian Tiga pancaran putih setiap 20 saat
Nombor admiralti F1693
Nombor NGA 21500
Nombor ARLHS SIN-004
Rumah api ini terletak di Pulau Satumu yang ditanda dengan anak panah, di selatan Singapura

Rumah Api Raffles (Cina: 莱佛士灯塔; Bahasa Inggeris: Raffles Lighthouse) merupakan sebuah rumah api yang terletak di Selat Singapura yang sejauh 14 kilometer ke selatan pulau utama Singapura.

Rumah Api Raffles telah pertama kali diilhamkan pada tahun 1833, tetapi batu asasnya diletakkan pada tahun 1854 apabila William John Butterworth menjadi Gabenor bagi Negeri-negeri Selat dari tahun 1843 hingga 1855. Batu yang menjadi tapak berdirinya Rumah Api Raffles datangnya daripada granit kuari di Pulau Ubin. Rumah api ini dinamakan sempena Sir Stamford Raffles, pengasas Singapura moden pada tahun 1819.