Rumah Api Tanjung Tuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rumah Api Tanjung Tuan
Lokasi Tanjung Tuan, Daerah Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Koordinat 2°24′26″N 101°51′8″E / 2.40722°N 101.85222°E / 2.40722; 101.85222Koordinat: 2°24′26″N 101°51′8″E / 2.40722°N 101.85222°E / 2.40722; 101.85222
Tahun pertama dibina ~Abad ke-16, ~1817 dan 1863[1]
Bentuk menara Menara bulat
Penandaan / pola Tiada—semua putih
Ketinggian 24 m (79 kaki)[1]
Ketinggian fokal 118 m (387 kaki) (satah fokus)[1]
Lensa terkini Lensa Fresnel[1]
Julat 23 nm[2]
Cirian Tiga kilat putih setiap 15 saat[1]
Nombor admiralti F1626[1]
Nombor NGA 21748[1]
Nombor ARLHS WMA-003[1]

Rumah Api Tanjung Tuan yang terletak di Daerah Alor Gajah, Melaka merupakan rumah api antara yang tertua di Malaysia. Selain itu, rumah api ini dilancarkan pada tahun 1958.

Rumah api ini dibina pada tahun 1819 oleh kerajaan British, khususnya semasa Stamford Raffles. Ia kemudian dibina semula pada tahun 1860 setelah menara yang asal termusnah, akibat perang. Dari puncak Tanjung Tuan akan kelihatan pusaran air yang ganas yang menenggelamkan sekurang-kurangnya empat buah kapal perang Belanda dan Portugis pada tahun 1605.

Rumah api ini berfungsi untuk membantu kelasi, kapal-kapal dagang dan nelayan untuk singgah ke pelabuhan. Ia dikawal dan diselenggarakan oleh Shahbandar Melaka. Sebuah radar untuk tujuan pengawalan laluan kapal-kapal besar di Selat Melaka baru saja dipasang di stesen rumah api ini pada awal tahun 1990.

Rumah api ini asalnya daripada bangunan kayu sahaja tetapi kini telah diganti dengan bangunan batu dan dilengkapi dengan sistem lampu yang memenuhi piawai antarabangsa. Kos pembinaannya lebih daripada sejuta ringgit. Di tepi rumah api ada lorong denai menuju ke Tok Keramat Lela dan medan tinjau Pulau Intan. Laluan denai daripada batu telah dibina oleh Jabatan Perhilitan Melaka. Disebabkan faktor-faktor keselamatan, rumah api ini tidak dibuka kepada orang ramai.

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

  • Kedudukan: garis lintang 2.24º utara dan 101.51º timur.
  • Tinggi dari aras laut: 118 meter.
  • Tinggi bangunan: Tinggi bangunan 24 meter.
  • Bilangan tangga: 66 menuju ke rumah api.
  • Sudut penglihatan: 23 batu nautika.
  • Ciri-ciri lampu: PJ(8) 15 saat.
  • Jarak dari pintu masuk ke rumah api Cape Ricahardo: 870 meter. Pintu masuk terletak berdekatan dengan Ilham Resort.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h Templat:Cite rowlett
  2. ^ "Rumah Api Cape Rachado". Marine Department of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-28. Dicapai pada 2008-05-28.