Rumah Biru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rumah Biru
Nama Korea
Hangul 청와대
Hanja
Perumian Semakan Cheong(-)wadae
McCune–Reischauer Ch'ŏngwadae

Hangul:'청와대' atau Cheongwadae (terjemahan: Rumah Beratap Biru atau Rumah Biru) ialah pejabat Presiden Korea Selatan dan kediaman rasmi Ketua Kerajaan Korea Selatan. Rumah Biru merupakan satu kompleks bangunan yang dibina mengikut tradisi dan gaya Korea dengan unsur moden.

Pada masa sekarang, Rumah Biru terdiri daripada bangunan pejabat utama, kediaman Presiden, '영빈 관' (Yeongbin-gwan) atau Rumah Tetamu, dan '춘추관' (Chunchugwan) atau Dewan Media dan Bangunan Sekretariat. Keseluruhan kompleks ini merangkumi kawasan seluas 76,685 pyeong (lebih kurang 250,000 m²).