Rumah Kedai (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Rumah Kedai (TV))
Jump to navigation Jump to search

Siri TV Rumah Kedai ialah sebuah rancangan drama bersiri komedi sebanyak 30 episod yang disiarkan khas pada setiap hari dalam bulan Ramadan. Musim pertama rancangan sukaramai itu telah disiarkan pada 1988 dan berterusan selama 6 musim pada tahun 1993. Ia mula disiarkan oleh saluran TV3 pada pukul 5.30-6.00 petang (Isnin-Jumaat) atau 4.40-5.00 petang (Sabtu-Ahad). Menurut majalah Tele-skop, "siri ini lebih bertemakan soal-soal moral, keagamaan, politik dan keluarga". Drama ini berjaya mengangkat jenama pelawak Harun Salim Bachik dan Rosnah Mat Aris ke peringkat yang membanggakan dalam bidang seni lawak jenaka tanah air.

Barisan Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama Rumah Kedai ialah seperti berikut:

Pelakon utama Rumah Kedai musim ketiga ialah seperti berikut:

Tenaga Produksi[sunting | sunting sumber]

Antara penerbit yang menghasilkan Rumah Kedai musim ketiga ialah Faridah Ishak, Ngu Chin Ho, Jefferi Haji Tik, Aidi Fitri Buyung, Megat Saiful Bahari dan Josephine Tan. Manakala penulis skrip pula terdiri daripada M. Jusoff Taib , Anwar Idris , Hamidaton Ariffin , Halim Awang , Nurhalim Ismail, Aliah Ahmad , Siti Rohani Ismail, Azie M.L dan lain-lain.

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Drama bersiri ini mendapat sambutan hangat di kaca televisyen dan diteruskan sehingga tahun 1993 (musim keenam). Ketika era kegemilangannya, drama ini begitu dinantikan terutama ketika menjelang waktu berbuka puasa. Drama ini membawa mesej kemasyarakatan dan dibawa dengan komedi santai/