Pergi ke kandungan

Rumah Kedai (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rumah Kedai
GenreKomedi, drama, keluarga
Ditulis oleh
  • M. Jusoff Taib
  • Anwar Idris
  • Hamidaton Ariffin
  • Othman Zainuddin
  • Halim Awang
  • Nurhalim Ismail
  • Aliah Ahmad
  • Siti Rohani Ismail
  • Azie M.L
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Rumah Kedai"
Lagu penutup"Rumah Kedai"
PenggubahPeter Lim
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim6
Bilangan episod180
Penerbitan
Penerbit
  • Faridah Ishak
  • Ngu Chin Ho
  • Jefferi Haji Tik
  • Aida Fitri Buyung
  • Megat Saiful Bahari
  • Josephine Tan
  • Rohani Yousoff
Penyunting
  • Junaidah Md Din
  • Noraini Muhammad
Lokasi
Sinematografi
  • Mohd Nazri Zainal
  • Mohd Zakir Omar
  • Abd Rahman Zain
  • Azman Siran
  • Mohd Malek Said
  • Roy Low
  • Azmi Ismail
  • Chew Han Tah
Tempoh siaran23 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar576i (NTSC)
Format audioStereo
Siaran asal18 April 1988 – 24 Mac 1993

Rumah Kedai ialah sebuah siri drama televisyen komedi Malaysia yang disiarkan di TV3. Siri ini disiarkan setiap hari dalam bulan Ramadan pada jam 5.30 – 6.00 petang (Isnin – Jumaat) dan 4.40 – 5.00 petang (Sabtu & Ahad). Siri ini disiarkan sebanyak 6 musim yang bersiaran dari 1988 hingga 1993. Drama ini berjaya mengangkat jenama pelawak Sudiro Sukiman, Harun Salim Bachik dan Rosnah Mat Aris ke peringkat yang membanggakan dalam bidang seni lawak jenaka tanah air.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Yusof Mohamad sebagai Pak Halim (Musim 1-6), pesara tentera yang berpegang teguh ajaran Islam dan amalkan sikap positif
  • Kartina Aziz sebagai Halijah " Mak Lijah" (Musim 1-5),Isteri pertama Pak Halim.Namun beliau meninggal dunia kerana sakit jantung
  • Dian P. Ramlee sebagai Khadijah "Mak Jah" (musim ke-6),Isteri kedua kepada Pak Halim dan Ibu tiri kepada Habsah & Hanisah.Beliau mengahwini dengan Halim atas keinginan pak Imam dan anaknya
  • Sudiro Sukiman sebagai Tapa, pekerja kedai Pak Halim dan anak angkat #1 (Musim 1-6)
  • Harun Salim Bachik sebagai Remy,pekerja kedai Pak Halim dan anak angkat #2 (Musim 1-6)
  • Rosnah Mat Aris sebgai Mak Limah,peniaga kedai makan seorang naik angin (Rosnah direhatkan pada musim 2-3 hanya kembali musim akhir)
  • Fauziah Samad sebagai Mak Limah
  • Ros Mawar Mohd Aris sebagai Aisyah (musim pertama hingga ke-5)
  • Aliza Rafar sebagai Aisyah (musim ke-3)
  • Khatijah Tan sebagai Habsah,Anak sulung kepada Pak Halim,Mak Lijah dan Mak Jah
  • Rosnani Yusof sebagai Hanisah,Anak kepada Pak Halim, Mak Lijah dan Mak Jah & Isteri kepada Dr Sham
  • Asilah Rafar sebagai Hanisah (musim ke-2)
  • S. Sachithananthan sebagai Dr. Sham (musim pertama hingga ke-3)
  • Johan Abdullah sebagai Dr. Sham (musim ke-4 hingga ke-6)
  • Syed Hanasuddin Syed Yassin sebagai Rashid (musim ke-5)
  • Zarina Kamaruddin sebagai Murni
  • Chef Florence Tan sebagai Nyonya Ling
  • Zulkifli Zain sebagai Pak Imam
  • M. Rajoli sebagai Pak Imam (musim ke-6)

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Rumah Kedai mendapat sambutan hangat di kaca televisyen dan diteruskan sehingga musim keenam pada 1993. Ketika era kegemilangannya, drama ini begitu dinantikan terutama ketika menjelang waktu berbuka puasa. Drama ini membawa mesej kemasyarakatan dan dibawa dengan komedi santai.[3]

Menurut majalah Tele-skop, "siri ini lebih bertemakan soal-soal moral, keagamaan, politik dan keluarga".[perlu rujukan] Rumah Kedai telah disenaraikan sebagai salah satu rancangan TV tempatan 1980-an dan 1990-an yang masih diingati oleh Free Malaysia Today.[4]

Lokasi penggambaran[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah lokasi-lokasi penggambaran drama yang dijalankan:

Musim Tahun Lokasi Negeri
1 1988 Kampung Sungai Pusu, Gombak Selangor
2 1989 Persiaran Desa Ampang, Taman Seri Ampang, Ampang Selangor
3 1990 Jalan 12/10, Taman Koperasi Polis Fasa 1, Batu Caves Selangor
4 1991 Jalan 4/56 , AU3 Keramat Kuala Lumpur
5 1992 Jalan Rasmi 7, Taman Rasmi Jaya, Ampang Jaya Selangor
6 1993 Jalan 17/56, AU3 Keramat Kuala Lumpur

Pembikinan semula[sunting | sunting sumber]

Versi baru sitkom Rumah Kedai memulakan tayangan perdana di TV3 pada 2013 dibintangi oleh Didie Alias, Kazar Saisi, Nabil Ahmad, Iqram Dinzly, Miera Leyana, Nadiya Nisaa, Rozita Che Wan dan Talha Harith.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zainuri Misfar (17 Mac 2006). "Rumah Kedai popularkan Yusof". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2020.
  2. ^ Rumah Kedai (1988): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  3. ^ "Masih Ingatkah Anda 'Rumah Kedai'?". Orang Wangsa Maju. 13 Julai 2013. Dicapai pada 27 Mei 2014.
  4. ^ Nizha Periaswamy (9 Februari 2017). Program TV tempatan 80-an dan 90-an segar dalam ingatan Free Malaysia Today. Dicapai pada 29 Mei 2018.
  5. ^ Budiey (8 Julai 2013). "Sinopsis Drama Rumah Kedai Lakonan Rozita Che Wan". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 27 Mei 2014.