Rumah bujang barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rumah bujang barat merupakan salah satu rumah yang sering terdapat pada rumah Melayu, iaitu seni binaan orang-orang Melayu. Seni bina rumah Melayu Tradisional sering dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang sangat erat dengan alam sekitar. Antara faktor yang mempengaruhi senibina rumah Melayu ialah faktor iklim, agama Islam, sosial dan alam sekitar.

Binaan Rumah bujang barat ini mempunyai rekabentuk bumbung yang hampir sama dengan rumah berpeleh tetapi pemelehnya lebih kecil. Di samping itu, terdapat juga bentuk rumah seakan-akan rumah limas Belanda di mana pemelehnya memcecah ke kaki atap dan sesetengahnya mempunyai buah guntung. Rumah tersebut juga besar saiznya dan biasanya dibina dengan kawasan berlaman. Keistimewaan reka bentuk rumah tersebut kerana ia lebih etnik dan ringkas

Rumah bujang barat banyak terdapat di Terengganu, dan juga di Kelantan, di kawasan berhampiran dengan sempadan. [1]

Rumah bujang barat banyak dibina pada tempoh selepas Perang Dunia Kedua, tetapi selepas Merdeka, ia semakin berkurangan.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan lima[sunting | sunting sumber]