Rumelihisarı

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rumelihisarı dilihat daripada arah selat Bosphorus.

Rumelihisarı (juga dikenali sebagai Istana kota Rumelian dan Istana kota Roumeli Hissar[1]) atau Istana kota Boğazkesen (literalnya bermaksud "Istana kota Pemotong-Selat") adalah sebuah kubu kota yang terletak di daerah Sarıyer di Istanbul, Turki, di sebuah bukit, selat Bosphorus di sebelah benua Eropah. Namanya juga digunakan bagi merujuk kuarter kediaman yang terdapat di sekelilingnya. Ia telah dibina oleh Sultan Uthmaniyyah, Mehmed II antara tahun 1451 hingga 1452, sebelumnya pasukan tentera beliau berjaya menakluk Constantinople.[1] Terdapat tiga buah menara besar yang dinamakan bersempena dengan nama-nama wazir Mehmed II: Sadrazam Çandarlı Halil Pasha, yang membina sebuah menara besar bersebelahan pintu; Zağanos Pasha, yang membina menara selatan dan Sarıca Pasha, yang membina menara utara.

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Rumelihisarı dilihat daripada selat Bosphorus.

Senibina[sunting | sunting sumber]

Pelan
Pandangan umum daripada Rumelihisarı, berlatarbelakangkan Jambatan Fatih Sultan Mehmet.

Kegunaan di masa lepas[sunting | sunting sumber]

Menara Halil Pasha, Rumelihisarı.

Satu batalion seramai 400 orang tentera Janissari telah ditempatkan di kubu ini, dan sejumlah besar meriam telah diletakkan di dalam Menara Halil Pasha, sebuah menara utama di tebing. Selepas menyiapkan kubu ini, Mehmed mengenakan levi tol kepada kapal-kapal yang melalui selat ini yang berada dalam lingkungan tembakan meriam mereka. Sebuah kapal Venice mengabaikan isyarat untuk berhenti telah karam terkena sebuah tembakan meriam dan kesemua kelasi yang terselamat telah dipancung,[2] kecuali kaptennya, yang mana telah disula dan dijadikan orang-orangan bagi memberi amaran kepada para pelayar lain di selat ini.[3] Meriam-meriam ini kemudian digunakan sehingga separuh kedua kurun ke-19 untuk menyambut sultan apabila beliau menyeberangi laut.

Selepas kejatuhan Constantinople, kubu ini digunakan sebagai tempat pemeriksaan kastam. Rumelihisarı, yang mana digunakan untuk mengawal lalulintas kapal yang melalui selat, akhirnya hilang kepentingan strategiknya apabila kubu kedua dibina jauh di hadapan Bosphorus, di mana selat bertemu dengan Laut Hitam. Pada kurun ke-17, ia diguanakan sebagai penjara, untuk memenjarakan tahanan perang warga asing. Sebahagian Rumelihisarı musnah dalam satu gempa bumi pada tahun 1509, tetapi kemudian dibaiki. Pada tahun 1746, satu kebakaran memusnahkan kesemua bahagian berkayu di dua buah menara utama. Kubu ini kemudian dibaiki oleh Sultan Selim III (1761–1807). Bagaimanapun, sebuah kejiranan kediaman baharu telah dibina di dalam kubu selepas ini ditinggalkan pada kurun ke-19.

Kini[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1953, atas perintah Presiden Celal Bayar, penduduk di dalam kubu dipindahkan dan kerja-kerja ekstensif pemuliharaan mula dilakukan pada 16 Mei 1955, yang mana berlanjutan sehingga 29 Mei 1958. Sejak tahun 1960, Rumelihisarı telah dijadikan sebagai sebuah muzium dan panggung terbuka untuk pelbagai konsert perayaan dalam bulan-bulan semasa musim panas.

Jambatan Fatih Sultan Mehmet yang merentangi selat Bosporus terletak berdekatan dengan kubu ini di arah utara.

Rumelihisarı dibuka untuk orang awam pada setiap hari kecuali Rabu bermula pada jam 9:00 pagi sehingga 04:30 petang.

Kubu ini digunakan dalam pelbagai not matawang Turki antara tahun 1939-1986.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Bosphorus (i.e. Bosporus), View from Kuleli, Constantinople, Turkey". World Digital Library. 1890–1900. Dicapai pada 2013-10-20.
  2. ^ Silburn, P. A. B. (1912).
  3. ^ http://www.bbc.co.uk/programmes/b03l2shc
  4. ^ The fortress was depicted in the following Turkish banknotes: Central Bank of the Republic of Turkey. Banknote Museum. – Links retrieved on 20 April 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 41°05′05″N 29°03′22″E / 41.08472°N 29.05611°E / 41.08472; 29.05611