Pergi ke kandungan

Ruminah Sidek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ruminah Sidek
رومينة سيدك
Kelahiran
Ruminah binti Sidek

(1946-12-07) 7 Disember 1946 (umur 79)
Nama lainMak Mah
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1965–kini
Terkenal keranaNorma dalam filem Anak Bapak (1968)
Karya
Filemografi
Pasangan
  • Mohd. Taib (k. 1969)
  • A. R. Tompel (k. 1970; m. 1973)
  • Ahmad Sapari Yunos (k. 1975; m. 1980)
  • Al Fatah Rahim Ismail (k. 2014)
Anak-anak6 (termasuk Adlin Aman Ramlie)

Ruminah Sidek (lahir 7 Disember 1946), atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, merupakan seorang seniwati legenda dan pelakon veteran Malaysia yang mula aktif dalam dunia seni lakonan sejak era 1960-an."

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1946 di Klang, Selangor dan merupakan ibu kepada Adlin Aman Ramlie dan balu kepada pelakon dan pengarah A. R. Tompel.[1] Ruminah mula menggiat dalam bidang lakonan pada awal tahun 1960-an. Hasil perkahwinannya dengan lima orang suami termasuk pelakon A. R. Tompel, dia dikurniakan enam orang anak, 14 orang cucu dan seorang cicit.

Beliau ialah pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pada 2011, Ruminah terpaksa keluar dari rumah yang dibinanya atas tapak tanah ibu mertua gara-gara masalah hak milik tanah di Meru, Klang.[2] dia berkahwin sebanyak empat kali.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Videografi

[sunting | sunting sumber]

Muzik video

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2025 "Poyorono" Sepah & Ahmad Ahmad

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2025 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 Aktres Pembantu Filem Popular Dirinya sendiri Tercalon
2017 Anugerah Skrin Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Kapur Kuning Buat Puteh Tercalon
2013 Festival Filem Malaysia ke-26 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Kolumpo Tercalon
2012 Anugerah Skrin Pelakon Wanita Terbaik Parit Jawa Menang
2008 Festival Filem Malaysia ke-21 Pelakon Wanita Terbaik Pensil (Watak: Mak Nek) Menang
2007 Festival Filem Malaysia ke-20 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Jangan Pandang Belakang Tercalon
2007 Anugerah Skrin Pelakon Wanita Terbaik Filem Jangan Pandang Belakang Tercalon
1998/99 Anugerah Bintang Popular Anugerah Khas — Menang
1967/68 Festival Filem Malaya Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anak Bapak Tercalon

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]