Rumput laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rimbunan Syringodium isoetifolium berdekatan Réunion di Lautan Hindi.

Rumput laut adalah satu-satunya tanaman berbunga yang tumbuh di persekitaran laut. Terdapat kira-kira 60 spesies lamun laut sepenuhnya yang tergolong dalam empat keluarga (Posidoniaceae, Zosteraceae, Hydrocharitaceae dan Cymodoceaceae), semuanya dalam urutan Alismatales kelas monokotiledon.[1]

Rumput-rumput ini tumbuh merimbun lebat di dasar laut membentuk antara ekosistem yang paling produktif di dunia. Rumput-rumput ini turut berfungsi sebagai penyerap karbon penting serta menyediakan habitat dan sumber makanan untuk pelbagai jenis hidupan laut yang setanding dengan terumbu karang.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Keluarga Imej Genera Gambaran
Zosteraceae
Phyllospadix 6 spesies  
Zostera 16 species  
Hydrocharitaceae
Enhalus 1 species  
Halophila 19 spesies  
Thalassia 2 spesies  
Posidoniaceae
Posidonia 2-9 spesies  
Cymodoceaceae
Amphibolis 2 spesies  
Cymodocea 4 spesies  
Halodule 6 spesies  
Syringodium 2 spesies  
Thalassodendron 3 spesies  
Jumlah:   

Ekologi[sunting | sunting sumber]

Padang rimbunan[sunting | sunting sumber]

Rumput-rumput laut tumbuh secara luas merimbun sehingga mampu meliputi suatu kawasan pesisir atau dasar laut; rimbunan ini boleh terbentuk oleh satu atau lebih jenis rumput (2-12 jenis tumbuh bersama pada satu substrat[2]) laut yang tumbuh baik padat atau jarang.

Pertumbuhan ini mewujudkan suatu hubungan saling bergantung timbal antara komponen abiotik (air dan mendapan) dan biotik (haiwan dan tumbuhan)[2] lalu menjadi ekosistem perairan pantai yang sangat penting, baik secara fizikal mahupun biologi kerana mewujudkan tempat mencari makan, membiak dan membesar dan berlindung berbagai-bagai biota laut seperti ikan, krustasea, moluska (Pinna sp., Lambis sp., dan Strombus sp.), ekinodermata (Holothuria sp., Synapta sp., Diadema sp., Arcbaster sp., Linckia sp.) dan cacing (Polichaeta)[3].

Padang-padang menyaring nutrien sungai atau laut, pemecah ombak arus, serta meningkatkan mutu air laut dengan membantu pengendapan substrat dan menstabilkan mendapan.[4] Ia turut memberi sokongan melindungi dasar perairan dari ancaman hakisan.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tomlinson and Vargo (1966). "On the morphology and anatomy of turtle grass, Thalassia testudinum (Hydrocharitaceae). I. Vegetative Morphology". Bulletin of Marine Science. 16: 748–761.
  2. ^ a b H. M. Azkab (2006). "Ada Apa dengan Lamun". Oseana. XXXI (3): 45–55.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :6 tidak disediakan
  4. ^ K. H. Purnomo; Y. Yusniawati; A. Putrika; W. Handayani; Yasman (2017). "Keanekaragaman Spesies Lamun pada Beberapa Ekosistem Padang Lamun di Kawasan Taman Nasional Bali Barat". PROS SEM NAS MASY BIODIV INDON. 3 (2): 236-240.
  5. ^ Fortes, M.D., 1989. Seagrasses: a resources unkown in the ASEAN region. ICLARM Education Series 5: 46 pp.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]