Rundingan terus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rundingan terus bermaksud pemberian tender diberi secara terus tanpa melalui undian, tidak diiklankan atau pura-pura diiklan tetapi diserah kepada syarikat yang biasa berturusan dengan agensi kerajaan tersebut.

Alasan rundingan terus[sunting | sunting sumber]

Tender diberi secara rundingan terus kerana :

  • Syarikat tersebut telah banyak berurusan dengan agensi kerajaan terbabit dan tahu mekanisme / peraturan / borang-borang yang diperlukan. Jika syarikat baru, mereka perlu diajar itu dan ini dan keyakinan tentulah semakin berkurang. Syarikat lama telah lama bertapak di sesuatu agensi kerajaan . Mereka telah berurusan lebih 10 tahun. Mereka mempunyai link dengan pelbagai syarikat dan dengan mudah mendapat harga yang rendah dan di mana boleh diperolehi walaupun untuk barang yang 'titik-bengik'.
  • Individu dalam syarikat terbabit kenal lama dengan individu dalam agensi kerajaan. Faktor ini memudahkan pegawai dalam agensi kerajaan membeli barang. Adakalanya hanya dibuat melalui telefon sahaja dan proses mengisi borang dibuat kemudian. Hal ini terjadi jika bahan yang diperlukan amat perlu. Contohnya 500 rim kertas peperiksaan.
  • Syarikat baru biasanya syarikat Bumiputera yang baru lulus kursus perniagaan seperti di MARA.Mereka belum kenal borang, resit, penyata akaun dan tempoh masa sesuatu tender. Kedai pembekal enggan memberi barangan tanpa bayaran kerana belum kenal benar. Jadi pusingan modal terhad dan bayaran dari kerajaan memakan masa 3 bulan.
  • Kadangkala tender diiklankan tetapi sekadar prosedur sahaja. Biasanya syarikat , anak syarikat atau syarikat sahabat berpakat-pakat menawarkan tender . Akhirnya syarikat yang 'biasa' juga yang dapat.

Langkah mengatasi penyelewengan[sunting | sunting sumber]

  • Pegawai kerajaan mestilah telus dan ada integriti. Tidak semua pegawai dapat dipantau kerana laporan , borang , resit dan sebagainya boleh dipinda untuk kesesuaian. Penerapan 'Bersih, Cekap dan Amanah' (BCA) haruslah diadakan semula.
  • Ketirisan program membantu Bumiputera biasanya berlaku di bahagian tender ini.
  • Syarikat Ali Baba dan syarikat 2 ringgit mestilah dihapuskan .