Running Man

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Running man)
Lompat ke: pandu arah, cari
Running Man
RunningMan.jpg
Don't walk, run!
"Jangan berjalan, larilah!"
Genre Varieti, Komedi
Pencipta Jo Hyo-jin
Kim Joo-hyung
Im Hyung-taek
Dibintangi Yoo Jae-suk
Gary
Haha
Ji Suk-jin
Kim Jong-kook
Lee Kwang-soo
Song Ji-hyo
Song Joong-ki (bekas)
Lizzy (bekas)
Negara asal Korea Selatan
Bahasa Bahasa Korea
Bilangan episod 317 (sehingga 18 September 2016)
Penerbitan
Penerbit Kim Joo-hyung
Lee Hwan-jin
Jung Cheol-min
Lokasi Korea Selatan, Thailand, China, Hong Kong, Macau, Vietnam, Indonesia, Australia, Eropah, Taiwan, Emiriah Arab Bersatu
Tempoh siaran 60-95 minit setiap episod
Penyiaran
Saluran asal SBS
Format gambar 1080i (HDTV)
Format audio Stereo
Siaran asal 11 Julai 2010 – sekarang
Kronologi
Mengikuti Family Outing 2
Rancangan berkaitan Good Sunday

Running Man ialah sebuah rancangan varieti Korea Selatan yang disiarkan menerusi saluran SBS. Ia pertama kali ditayangkan pada 11 Julai 2010.

Ahli[sunting | sunting sumber]

Ahli asal Running Man adalah Yoo Jae-suk, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook, Haha, Lee Kwang-soo, Song Joong-ki dan Gary.[1] Song Ji-hyo pada awalnya adalah seorang tetamu untuk episod 2-5. Beliau secara rasmi menyertai program ini pada episod 6 tetapi tidak dapat hadir sehingga episod 7.[2] Pada bulan April 2011, Song Joong-ki merekodkan episod terakhir beliau (episod 41) dan meninggalkan rancangan ini untuk memberi tumpuan kepada kerjaya lakonan tetapi kembali pada episod 66 sebagai tetamu. Beliau kemudiannya membuat penampilan kameo dalam beberapa episod.[3] Lizzy pada awalnya merupakan seorang tetamu untuk episod 13 dan 14 tetapi kemudiannya secara rasmi menyertai rancangan ini bermula episod 18. Walau bagaimanapun, beliau meninggalkan rancangan ini sejak episod 26 kerana konflik penjadualan bersama After School. Beliau kemudiannya kembali sebagai tetamu pada episod 292 selepas 5 tahun tidak muncul dalam rancangan ini.

Ahli semasa[sunting | sunting sumber]

Nama Tempoh
Yoo Jae-suk Yoo Jae-suk in September 2013 02.jpg Episod 1 – sekarang
Gary Kang Gary.jpg Episod 1 – sekarang
Haha Haha Running Man.JPG Episod 1 – sekarang
Ji Suk-jin Ji Suk Jin at Malaysia for Running Man Fan Meeting Asian Tour 2014.jpg Episod 1 – sekarang
Kim Jong-kook Kim Jong Kook at Race Start in Shanghai 2015.jpg Episod 1 – sekarang
Lee Kwang-soo Lee Kwang-Soo at Malaysia for Running Man Fan Meeting Asian Tour 2014 - 2.jpg Episod 1 – sekarang
Song Ji-hyo Song Ji Hyo (3).jpg Episod 2 – 5 (tetamu)
Episod 7 - sekarang (tetap)

Bekas ahli[sunting | sunting sumber]

Nama Tempoh
Lizzy Lizzy at Samantha Thavasa event 2012 (2).jpg Episod 13 – 14, 292 (tetamu)
Episod 18 – 25 (tetap)
Song Joong-ki 121206 문화연예대상 송중기.jpg Episod 1 – 41 (tetap)
Episod 66 (tetamu)
Episod 71, 97, 251, 283 (kameo)

Format[sunting | sunting sumber]

Terkini[sunting | sunting sumber]

Seperti episod 48, ahli tetap dan tetamu mengambil bahagian dalam satu siri misi untuk menjadi pemenang di akhir perlumbaan. Format rancangan ini bertukar daripada format "misi perlumbaan + misi lain" kepada satu perlumbaan yang panjang dengan misi semasa perlumbaan.

Terdahulu[sunting | sunting sumber]

Episod 1[sunting | sunting sumber]

Dalam episod ini, ahli dan tetamu telah dikurung di suatu tempat (contohnya seperti muzium atau pusat beli-belah) ketika waktu masuk bagi tempat itu telah di tutup dan mereka dikehendaki untuk meninggalkan tempat itu sebelum waktu tempat itu dibuka semula. Dalam episod ini juga, mereka telah dibahagi kepada dua pasukan untuk berlumba mencari kod yang tersembunyi di tempat tersebut bagi membuka kunci pintu utama tempat itu.[4]

Dengan sejumlah 5 nombor bagi kod itu, setiap nombor yang dijumpai, dua pasukan itu perlu bermain satu permainan bagi membolehkan mereka memulakan perlumbaan tersebut. Pasukan yang kalah perlu menerima hukuman dan pasukan yang menang pula boleh mendahului perlumbaan itu. Setelah semua nombor itu telah dijumpai oleh salah satu daripada dua pasukan itu, mereka perlu menghampiri pintu masuk utama tempat itu dan memasukkan kod berdasarkan kombinasi nombor yang mereka percaya ia adalah betul. Pasukan yang dapat menyelesaikan kod tersebut dahulu dianggap pemenang dan dibenarkan keluar dari tempat mereka berlumba manakala pasukan yang kalah perlu menjalani hukuman di dalam tempat itu.[5]

Episod 2-5[sunting | sunting sumber]

Bagi episod dua hingga lima, dua pasukan dibentuk dan mereka perlu bersaing bagi mencari tabung khinzir emas yang diisi dengan wang dimana ia disorokkan di dalam suatu tempat dan mereka perlu mengambil bahagian dalam permainan dalam usaha untuk memenangi lebih banyak wang. Pada akhir setiap episod, pasukan dengan duit yang lebih banyak diumumkan sebagai pemenang dan pasukan satu lagi pula perlu menjalani hukuman. Wang terkumpul oleh dua pasukan itu akan didermakan atas nama pasukan yang menang. Penonton juga boleh mengundi di laman sesawang rasmi Running Man bagi meneka antara pasukan yang manakah mereka percaya akan menjadi pasukan yang menang. Penonton bertuah yang menekanya dengan betul dibenarkan untuk mempunyai namanya di dalam pendermaan itu.[6]

Episod 6-10[sunting | sunting sumber]

Dalam episod 6 hingga 10, format permainan yang konsisten digunakan dimana dua pasukan bersaing untuk mendapatkan Running Man Balls ("Bola Orang Berlari") yang paling banyak (disingkatkan kepada Running Balls di episod berikutnya). Running Balls diberikan kepada pasukan yang menemui bola dan ia juga diberikan kepada individu yang memenangi suatu permainan, yang menerima bola itu dimana ia bersesuaian dengan warna pasukannya (sama ada biru atau merah).[7] Setiap permainan dan perlumbaan disebut sebagai misi dan ia adalah seperti yang berikut:

  • Misi 1 menampilkan permainan berkaitan dengan sesebuah tempat (tempat mereka bertanding). Sebelum ini, Permainan Zon Gambar diadakan di setiap tempat mereka beradu.
  • Misi 2 pula adalah misi perlumbaan.
  • Misi 3 dikenali sebagai Masa Senggang untuk Secawan Teh. Misi ini telah dihentikan selepas episod sepuluh disebabkan oleh kontroversi.[8]
  • Misi 4 adalah Sukan Pasukan Pagi. Misi ditayangkan sepenuhnya dalam episod enam dan hanya sorotan dipaparkan dalam episod tujuh disebabkan kekangan masa.

Episod 11-25[sunting | sunting sumber]

Pada episod 11, ahli Running Man dan tetamu tidak lagi berpecah kepada dua pasukan utama kecuali semasa misi perlumbaan, dengan pasukan yang lebih kecil atau bermain secara individu bagi misi yang lain. Setiap orang secara individu memperoleh Running Balls di sepanjang misi dan bola dipilih selama segmen mesin loteri yang mewakili individu yang merupakan pemenang malam ini. Format misi juga diubah dan ia adalah seperti berikut:

  • Misi 1 adalah Cabaran 1 lawan X.
  • Misi 2 adalah Mencari Pencuri. Dari episod lima belas, misi ini diubah kepada permainan yang berbeza berkaitan dengan sesuatu tempat.
  • Misi 3 adalah misi perlumbaan iaitu Sorok-sorok Loceng.

Bagi episod lapan belas, hanya mereka yang tidak memperoleh Running Balls sama sekali dihukum sepanjang malam.

Episod 26-43[sunting | sunting sumber]

Bermulanya episod 26, misi perlumbaan Sorok-sorok Loceng telah diganti dengan misi Mencari Tetamu. Para ahli dan tetamu dikunci dalam suatu tempat dan mereka perlu mendapatkan Running Balls untuk mengelakkan daripada dikenakan hukuman. Melalui satu siri misi, ahli Running Man dibahagi kepada beberapa pasukan dan/atau secara individu yang memperoleh Running Balls. Format misi untuk episod 26 hingga 43 ialah:

  • Misi 1 merupakan misi perlumbaan, Mencari Tetamu. Bagi episod 39 hingga 41 pula ialah Mengejar Running Man.
  • Misi 2 pula menampilkan permainan yang berkaitan dengan tempat mereka bermain.
  • Misi 3 adalah cabaran Satu Peluang, dimana ia dimainkan pada episod 27 hingga 31.

Jika ramai anggota Running Man tidak mempunyai Running Balls, mereka secara automatik dihukum dan undian tidak dilakukan. Jika mereka berjaya dalam misi Satu Peluang, mereka kesemuanya terlepas daripada hukuman tanpa mengira berapa banyak Running Balls yang mereka peroleh.

Episod 44-47[sunting | sunting sumber]

Dari episod 44 hingga 47, pekerja tempat ahli Running Man berlawan mengundi yang mereka percaya akan menjadi pemenang dalam keseluruhan permainan dan menjadi penyokong kepada pasukan/ahli yang mereka pilih. Pasukan ditentukan oleh pemenang misi perlumbaan, yang menerima Running Ball pertama dan dua pasukan kemudiannya berlawan untuk mendapatkan lebih banyak Running Balls melalui misi yang berjalan selama dua hari (dua episod). Format misi adalah seperti berikut:

  • Misi 1 adalah misi perlumbaan iaitu Mencari Tetamu.
  • Misi 2 memperkenalkan misi yang berkaitan pekerja tempat mereka bermain.
  • Misi 3 pula adalah misi perlumbaan yang kedua.
  • Misi 4 menampilkan misi berkaitan dengan tempat.

Pasukan dengan Running Balls terbanyak diumumkan sebagai pemenang dan penyokong mereka (pekerja yang mengundi) pula menerima bonus daripada bos mereka.

Tetamu jemputan[sunting | sunting sumber]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Ahli Running Man di Malaysia

Pada bulan November 2011, hak untuk menyiarkan rancangan ini telah dijual kepada sembilan negara di Asia, Taiwan, Thailand, Indonesia, China, Hong Kong, Jepun, Singapura, Kemboja dan Malaysia.[9] Pada bulan Januari 2013, SBS mengumumkan Running Man in Asia sebagai salah satu projek besar untuk tahun 2013. Penerbit Jo Hyo-jin, menyatakan bahawa program ini akan menjelajah dua negara Asia semasa separuh pertama tahun 2013. Program ini sebelum ini telah pergi ke Thailand, China dan Hong Kong untuk penggambaran.

Penerbit Im Hyung-taek mengesahkan bahawa program ini akan menjalani penggambaran di Macau, China dan Hanoi, Vietnam pada awal bulan Februari[10] dan episod berikut disiarkan pada lewat bulan Februari dan awal bulan Mac. Pada bulan Februari 2014, Jo Hyo-jin mengumumkan bahawa program ini telah dijemput oleh Suruhanjaya Pelancongan Australia untuk menjalani penggambaran di Australia. Mereka menjalani penggambaran di sana pada pertengahan bulan Februari dan episod berikut ditayangkan pada bulan Mac.[11][12]

Pada bulan Mei 2014, ia telah diumumkan bahawa Running Man versi China bergelar Hurry Up, Brother akan ditayangkan pada tahun 2014 menerusi Zhejiang Television. Ahli dari versi Korea juga mengambil bahagian dalam versi China.[13] Ia juga dilaporkan bahawa krew sedang mempertimbangkan untuk penggambaran di Dubai.

Episod antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Populariti Running Man di Asia membuka peluang untuk membawa rancangan ini ke luar Korea Selatan. Running Man telah menjelajah pelbagai negara termasuk China, Thailand, Vietnam, Australia, Indonesia, Taiwan dan Emiriah Arab Bersatu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Official Good Sunday page.Running Man members. SBS. Retrieved 29 November 2010
  2. "송지효 ‘런닝맨’ 예능감 작렬 "고정출연 해달라" 시청자 요구 봇물". Newsen. 16 Ogos 2010. Dicapai pada 29 November 2010. 
  3. "송중기 '런닝맨' 하차…5월 1일 마지막 방송". Sports Chosun. 27 April 2011. Dicapai pada 27 April 2011. 
  4. "첫방 '런닝맨', 독특한 포맷은 '글쎄' 그래도…". Asia Economics. 11 Julai 2010. Dicapai pada 1 Februari 2011.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  5. "베일벗은 '런닝맨'의 기대 셋, 우려 셋". TV Report. 12 Julai 2010. Dicapai pada 1 Februari 2011.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  6. "런닝맨, 동전이 가득 든 '황금돼지저금통'을 찾아 떠난 멤버들". Arts News. 18 Julai 2010. Dicapai pada 1 Februari 2011.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  7. "'런닝맨', 게임+추격전 업그레이드…재미찾았다!". Osen. 22 Ogos 2010. Dicapai pada 2 Februari 2011.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  8. "‘런닝맨’ 뜨거운 쌍화차 언제까지 원샷? ‘여유 아닌 안쓰러움’". Newsen. 6 September 2010. Dicapai pada 1 Februari 2011.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  9. "<런닝맨> 대만•태국•중국•일본 등 亞 9개국 수출... "한류 예능으로 우뚝"". SBS Entertainment News. 10 November 2011. Dicapai pada 13 November 2011. 
  10. "런닝맨 마카오 하노이 떠난다 "보안상 극비촬영"". Newsen. 30 Januari 2013. Dicapai pada 30 Januari 2013.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  11. "'런닝맨', 호주 간다..PD "새로운 그림 담을것"". Star News. 5 Februari 2014. Dicapai pada 5 Februari 2014.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  12. "‘Running Man’ to Continue the Chase in Australia". MWAVE. 6 Februari 2014. Dicapai pada 6 Februari 2014.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  13. "‘런닝맨’ 중국판 제작확정…中 절강위성 우선 협상". TV Report. 30 Mei 2014. Dicapai pada 30 Mei 2014.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  14. "‘Korean variety/game show 'Running Man' to shoot in Taiwan". Focus Taiwan. 5 Ogos 2014. Dicapai pada 5 Ogos 2014.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  15. "′Running Man′ Confirms 2PM′s Taecyeon, miss A′s Fei, Shoo, Yeon Jung Hoon and More for Lunar New Year Special". MWAVE. 2015-02-03. Dicapai pada 2016-01-17. 

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]