Runtuhan lombong tinggal di Pantai Remis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Runtuhan lombong tinggal di Pantai Remis
Tarikh 21 Oktober 1993; 23 tahun yang lalu (1993-10-21)
Lokasi Pantai Remis, Perak
Penyebab Tanah runtuh
Kematian Tiada
Kecederaan Tiada

Runtuhan lombong tinggal di Pantai Remis berlaku pada 21 Oktober 1993, berdekatan Pantai Remis di Perak, Malaysia. Runtuhan ini berlaku di sebuah bekas lombong dedah timah berdekatan dengan pantai. Kawasan di Malaysia ini dikenali dengan industri perlombongan timah.[1] Sedutan video menunjukkan runtuhan kilat pada dinding yang paling hampir dengan laut, membanjirkan keseluruhan lombong dan membentuk satu teluk kecil berukuran kira-kira 0.5km kali 0.5km.

Video di You Tube[sunting | sunting sumber]

Satu video berkenaan kejadian ini telah dimuat naik ke dalam You Tube pada 17 Mei 2007. Perincian kejadian di dalam bahasa Kantonis berkenaan kejadian ini adalah seperti berikut:

Tahun itu, saya menerima satu panggilan dari pemilik lombong timah. Beliau mengatakan bahawa lombong beliau, yang mana telah diusahakan selama beberapa dekad, akan runtuh. Saya bergegas ke tempat kejadian bersama kamera video saya dan menunggu selama beberapa jam. Akhirnya, saya mengambil filem yang berharga ini. Meskipun filem ini hanya berlangsung selama beberapa minit, ia cukup mengujakan. Saya harap video ini boleh membuatkan anda semua menghargai akibat daripada memusnahkan alam sekitar kita.

Profesor Dave Petley, penyandang Kerusi Wilson Chair dalam Bahaya dan Risiko di Jabatan Geografi di Universiti Durham, England dan pengasas dan pengarah Pusat Tanah Runtuh Antarabangsa, memperincikan rakaman ini sebagai satu video tanah runtuh terbaik yang pernah beliau tonton, meskipun bermutu rendah. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "TED Case Studies: Tin Mining In Malaysia - Present And Future". Trade Environment Database. Dicapai pada 2008-09-14. 
  2. ^ "Sichuan - what does a landslide look like in reality?". Dave Petley. Dicapai pada 2008-09-14. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 4°25′18.85″N 100°36′21.32″E / 4.4219028°N 100.6059222°E / 4.4219028; 100.6059222