Runtuhan salji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Serbuk runtuhan salji di Himalaya berdekatan Gunung Everest.
Runtuhan salji di Fiord Kenai, Alaska.
Runtuhan salji

Runtuhan salji merupakan pergerakan salji yang laju dan secara tiba-tiba menuruni cerun, terjadi disebabkan faktor semula jadi atau aktiviti manusia. Biasanya terjadi di pergunungan, runtuhan salji dapat mencampurkan udara dan air dengan salji yang turun.

Pembentukan[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan runtuhan salji berlaku secara spontannya semasa ribut disebabkan penambahan salji yang turun. Sebab-sebab semula jadi yang lain termasuk hujan, gempa bumi, runtuhan batu and runtuhan ais. Pencetus runtuhan buatan manusia termasuk aktiviti meluncur salji sama ada dengan kenderaan atau individu, dan kerja letupan terkawal. Terdapat tanggapan di kalangan orang ramai mengenai cetusan runtuhan salji disebabkan bunyi kuat, namun perkara ini tidak benar kerana tekanan yang dihasilkan daripada gelombang bunyi adalah terlalu kecil.[1]

Pencegahan[sunting | sunting sumber]

Terdapat langkah-langkah pencegahan yang dilakukan di kawasan di mana runtuhan salji boleh mengancam nyawa penduduk seperti di resort ski, bandar-bandar di pergunungan, jalan raya serta landasan kereta api. Bahan letupan digunakan secara meluas untuk tujuan ini dengan mencetuskan runtuhan salji kecil di kawasan salji termampat yang tidak stabil serta meringankan beban alji berlebihan yang boleh menyebabkan runtuhan yang berbahaya; bahan letupan biasanya akan dihidupkan melalui beberapa cara seperti hantaran bom tangan, jatuhan bom daripada helikopter serta projektil balistik lancaran meriam dan senjata udara. Pagar-pagar khas juga digunakan sebagai cara yang pasif dengan mengalihkan salji yang turun jauh daripada pendudukan manusia. Penanaman atau pemuliharaan pokok-pokok juga dapat membantu mengurangkan kekuatan runtuhan yang mara dengan mencengkam salji tanah serta memperlahankan kelajuan runtuhan apabila ia mengenai pokok-pokok tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Based on order of magnitude estimates of the pressure amplitude of various sources that cause elastic or pressure (sound) waves it can be ruled out that shouting or loud noise can trigger snow slab avalanches. The amplitudes are at least about two orders of magnitude smaller than known efficient triggers. Triggering by sound really is a myth." Reuter B. & Schweizer J. (2009). Avalanche triggering by sound: myth and truth. Davos, Switzerland:WSL Institute for Snow and Avalanche Research SLF. Dicapai pada 18 Oktober 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Media berkenaan Avalanche di Wikimedia Commons Media berkenaan Avalanche chute di Wikimedia Commons