Ruslan Kasim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ruslan Kasim merupakan ahli politik UMNO dari Negeri Sembilan . Beliau pernah berdiri teguh di belakang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dipecat dari kerajaan pada 2 November 1998.Sebelum ini beliau adalah pemuda UMNO Negeri Sembilan tetapi dipecat keluar oleh UMNO. Selepas itu beliau bersama-sama Dato' Seri Anwar Ibrahim menubuhkan Parti Keadilan Rakyat(PKR). Di peringkat akar umbi beliau merupakan Pengerusi Perhubungan Keadilan (PKR) Negeri Sembilan.

Beliau bertanding di Pilihan raya kecil Teluk Kemang 2000 yang diadakan pada 10 Jun 2000. Beliau mewakili parti Keadilan, sementara S. Sothinathan dari Barisan Nasional - MIC.Akhirnya parlimen P.119 Teluk Kemang dimenangi oleh S. Sothinanthan dengan majoriti 5972 undi. Sothi mendapat 24500 sementara Ruslan mendapat 18528 undi sahaja.[1]

Tahanan ISA[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berikutan penangkapan dan penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998. Ketika itu beliau Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan. Dia ditahan bersama Anwar, ditumbuk dan ditendang oleh dua anggota polis yang menyerbu rumah Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni, Damansara.

Beliau mempersoalkan penerbitan dan pengedaran buku 50 Dalil mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM tulisan Khalid Jafri dalam Perhimpunan Agung UMNO 1998 di PWTC.[2] Penerbit buku itu dikaitkan dengan Abdul Rahim Thamby Chik dan isterinya Zabedah Abdullah. Sementara Setiausaha Agung UMNO ialah Datuk Sabbaruddin Chik.

Kemasukan semula ke UMNO[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Februari 2004, beliau masuk kembali ke UMNO bersama-sama 12 pemimpin parti PKR yang lain.[3] Pada 12 Februari 2004, Ruslan meninggalkan PKR dan menyertai semula UMNO bersama 11 pemimpin lain.[4] Mereka termasuklah Muhammad Zahid Md Arip, Hamdan Taha, Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie, Mohamed Hanafiah Man, Fakhrul Azman Abu Bakar, Shamsul Bahari Shamsuddin, Rosli Mohamed Johar, Zainuddin Awang, Datuk Bujang Ulis, Rusli Mohamed Shariff dan Jeffry Nizam. Mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya.

Perkasa[sunting | sunting sumber]

Kini beliau menjadi Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Bagi Ruslan, sosok Anwar tidak lagi relevan. Marina Mahathir yang menyokong Bersih 2.0 dicop sebagai 'Melayu mudah lupa' - sebuah sajak oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ruslan memperlekeh hasrat Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU13, bagai Musang Berjanggut lakonan Tan Sri P. Ramlee .[5]

Ruslan juga mencabar Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa menyaman penulis blog, Kickdefella atau Syed Azidi Abdul Aziz mengenai wang RM350,000 . Husam mendakwa memberi RM350,000 kepada Syed Azidi untuk menjelaskan kos tertunggak dan pampasan selepas kontraknya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ditamatkan pada 10 November 2009. [6] Pada 19 September 2011, Husam menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu terhadap Kickdefella sebanyak RM5 juta berhubung dakwaan fitnah ke atasnya.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]