Ruslan Kassim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ruslan Kassim merupakan Ketua Penerangan Perkasa.

Tahanan ISA[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berikutan penangkapan dan penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998. Ketika itu beliau Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan. Dia ditahan bersama Anwar , ditumbuk dan ditendang oleh dua anggota polis yang menyerbu rumah Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni ,Damansara.

Beliau mempersoalkan penerbitan dan pengedaran buku 50 Dalil mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM tulisan Khalid Jafri dalam Perhimpunan Agung UMNO 1998 di PWTC.[1] Penerbit buku itu dikaitkan dengan Abdul Rahim Thamby Chik dan isterinya Zabedah Abdullah. Sementara Setiausaha Agung UMNO ialah Datuk Sabaruddin Chik.

PKR[sunting | sunting sumber]

Ruslan Kassim dilantik menjadi Ketua Penerangan PKR apabila PKR ditubuhkan. Beliau menyatakan Anwar Ibrahim sebagai mangsa fitnah.

Sertai semula UMNO[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Februari 2004, Ruslan meninggalkan PKR dan menyertai semula UMNO bersama 11 pemimpin lain.[2] Mereka termasuklah Muhammad Zahid Mohamed Arip ,Hamdan Taha,Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie,Mohamed Hanafiah Man,Fakhrul Azman Abu Bakar,Shamsul Bahari Shamsuddin,Rosli Mohamed Johar,Zainuddin Awang,Datuk Bujang Ulis,Rusli Mohamed Shariff dan Jeffry Nizam. Mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya.

Perkasa[sunting | sunting sumber]

Kini beliau menjadi Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Bagi Ruslan, sosok Anwar tidak lagi relevan. Marina Mahathir yang menyokong Bersih 2.0 dicop sebagai 'Melayu mudah lupa' - sebuah sajak oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ruslan memperlekeh hasrat Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Mat mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU13, bagai Musang Berjanggut lakonan Tan Sri P. Ramlee .[3]

Ruslan juga mencabar Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa menyaman penulis blog, Kickdefella atau Syed Azidi Abdul Aziz mengenai wang RM350,000 . Husam mendakwa memberi RM350,000 kepada Syed Azidi untuk menjelaskan kos tertunggak dan pampasan selepas kontraknya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ditamatkan pada 10 November 2009. [4] Pada 19 September 2011, Husam menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu terhadap Kickdefella sebanyak RM5 juta berhubung dakwaan fitnah ke atasnya.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]