Rusnah Aluai
Prof. Madya Rusnah Aluai (lahir 20 Februari 1962) adalah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau adalah bekas Ahli Parlimen Tangga Batu dari PH-PKR. Kini berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Amanah Yayasan Amanah dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Beliau sebelum ini merupakan ahli akademik Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Undang-Undang dengan jawatan terakhir sebagai Profesor Madya.
Rusnah binti Aluai | |
|---|---|
| Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka | |
| Menyandang jawatan 2024 | |
| Ketua Wanita PKR Melaka | |
| Dalam jawatan 2022–2025 | |
| Ketua Wanita | Fadhlina Sidek |
| Ketua PKR Cabang Tangga Batu | |
| Menyandang jawatan 2022 | |
| Ketua PKR Melaka | Mohd Rafee Ibrahim (2024-kini) Aminuddin Harun (2022-2024) |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Tangga Batu, Melaka | |
| Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 4,659 (PRU-14) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 20 Februari 1962 Melaka, Malaysia |
| Parti politik | |
| Tempat belajar | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sarjana Muda) The London School of Economics and Political Science (LSE) (Sarjana) |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
| Bidang pengkhususan | Ahli Akademik Peguam Bertauliah |
Beliau menang pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 (PRU-14) menewaskan calon dari parti BN-UMNO Datuk Zali Mat Yasin dengan undian majoriti 4,659 .
Peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada tahun 1962 (62 tahun). Rusnah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.M) dari London's School of Economics and Political Science (LSE), United Kingdom.
Merupakan bekas pensyarah Undang-Undang selama 26 tahun di Universiti Teknologi MARA dan memegang jawatan sebagai Profesor Madya dari tahun 2001.
Politik
[sunting | sunting sumber]Beliau sebelum ini pernah bertanding bagi kerusi Rembia di Dewan Undangan Negeri Melaka pada Pilihan raya umum Malaysia 2013 (PRU-13) namun tewas kepada calon BN-UMNO.
Selain daripada memenangi kerusi parlimen Tangga Batu pada tahun 2018, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Tangga Batu. Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah serta Pengarah Undang-Undang Pakatan Harapan Melaka sehingga tahun 2018. Rusnah juga pernah memegang jawatan Ketua Wanita KEADILAN Melaka dari tahun Ogos 2013 hingga April 2014.
Keputusan Pilihan Raya
[sunting | sunting sumber]| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2013 | N06 Rembia | Rusnah Aluai (PKR) | 4,521 | 39.66% | Norpipah Abdol (UMNO) | 6,879 | 60.34% | 11,617 | 2,358 | 86.62% | ||
| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2018 | P136 Tangga Batu | Rusnah Aluai (PKR) | 32,420 | 46.89% | Zali Mat Yasin (UMNO) | 27,761 | 40.15% | 70,453 | 4,659 | 84.67% | ||
| Zulkifli Ismail (PAS) | 8,961 | 12.96% | ||||||||||
| 2022 | Rusnah Aluai (PKR) | 28,557 | 31.03% | Bakri Jamaluddin (PAS) | 37,406 | 40.65% | 92,027 | 8,849 | 80.19% | |||
| Lim Ban Hong (MCA) | 25,095 | 27.27% | ||||||||||
| Ghazali Abu (PUTRA) | 702 | 0.76% | ||||||||||
| Shahril Mahmood (Bebas) | 267 | 0.29% | ||||||||||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 6 Jun 2010. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ↑ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017. Keputusan hanya tersedia daripada pilihan raya 2004.
- ↑ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 Mac 2017.
- ↑ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
- ↑ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Percentage figures based on total turnout.
- ↑ "N.14 KELEBANG". SPR Dashboard. 7 November 2021. Dicapai pada 8 November 2021.
