Rusuhan Moldova 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rusuhan Moldova 2009
Protes selepas pilihan raya Moldova 2009
LokasiMoldova Chișinău, Cahul, Orhei, Bălți
Romania 13 bandaraya Romania, termasik Bucharest
Amerika Syarikat Washington, D.C., Boston
United Kingdom London
Tarikh6 April - 12 April 2009
Kematian4[1][2][3][4]
Kecederaan270[5]
PesalahAnti-komunis[6] bantahan selepas pilihan raya 2009 [7]
Jumlah pesertaPenunjuk Perasaan: 50,000[8]

Rusuhan Moldova 2009 berlaku pada 6 April hingga 12 April 2009, mengakibatkan 4 kematian dan mencederakan orang lain/

Insiden[sunting | sunting sumber]

Polis rusuhan Moldova menawan semula pejabat Presiden dan Parlimen awal hari ini selepas dua bangunan itu digeledah sekumpulan penunjuk perasaan yang mendakwa pilihan raya Parlimen dimanipulasi. Seorang wartawan AP memberitahu, dia melihat kira-kira 100 polis rusuhan mengepung bangunan tersebut awal hari ini.

Penunjuk perasaan menggempur kedua-dua bangunan itu semalam, membakar perabot dan menghumban komputer ke luar tingkap serta mencuri peralatan elektronik. Polis semalam membiarkan bangunan tersebut dikuasai penunjuk perasaan. Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Ala Meleca, polis menahan 193 orang termasuk lapan remaja bawah umur atas dakwaan 'bertindak ganas dan merompak' ekoran bantahan terhadap kemenangan parti pemerintah, Parti Komunis pada pilihan raya hujung minggu lalu.

Beliau berkata, lapan yang ditahan ialah remaja bawah umur. Sebahagian mereka didakwa mencuri barangan di kedai-kedai di sini ketika kekacauan itu berlarutan hingga malam. Presiden Vladimir Voronin semalam, menuduh parti pembangkang pro Eropah sebagai dalang di sebalik bantahan itu yang menyaksikan lebih 50 orang cedera.

Parti Komunis pimpinannya, yang telah memerintah sejak 2001, menang kira-kira 50 peratus undi pada pilihan raya Ahad lalu. Penunjuk perasaan pada mulanya berhimpun awal pagi ini dalam satu tunjuk perasaan aman. Pihak berkuasa membersihkan jalan-jalan yang dipenuhi serpihan komputer yang pecah dan kerusi rosak dari Parlimen. Mereka turut membersihkan dokumen-dokumen yang terbakar serta serpihan kaca.

Semua tingkap di enam tingkat pertama bangunan Parlimen itu dipecahkan, sementara sebahagian tingkap di tingkat lebih atas di bangunan setinggi 11 tingkat itu turut pecah. Kekacauan itu bermula semalam, selepas sekurang-kurangnya 10,000 penunjuk perasan berkumpul di luar bangunan Parlimen, menuntut pilihan raya baru diadakan. Mereka turut melaungkan 'Jatuhlah Komunis' dan 'Kebebasan, kebebasan'.

Kumpulan penunjuk perasaan itu yang kebanyakannya disertai golongan muda yang membawa bendera Kesatuan Eropah (EU), Moldova dan Romania, turut merempuh pasukan polis. Voronin dalam satu siaran stesen televisyen berkata, bantahan itu telah dirancang, tanpa menyatakan siapakah perancangnya. Dalam satu kenyataan yang dibacakan pemberita televisyen Moldova, Voronin menyifatkan parti-parti pembangkang sebagai 'orang fasis' yang mahu merosakkan demokrasi dan kebebasan di Moldova.

Katanya, pihak berkuasa dengan tegas akan mempertahankan pilihan demokratik rakyat. Sementara itu, pemerhati antarabangsa berkata, pilihan raya itu adil, namun Datuk Bandar Chisinau, Dorin Chirtoaca berkata, ramai orang mengundi lebih dari sekali.[9]

Referensi[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan familiaunui tidak disediakan
  2. ^ (Romania) "Cadavrul lui Ion Ţâbuleac, mort în ziua de 7 aprilie, a fost aruncat în curtea Spitalului de Urgenţă", Jurnal de Chişinău, April 14, 2009. Accessed 2009-07-22. Archived 2009-07-31.[pautan putus]
  3. ^ Ziarul de Gardă » Încă un tânăr decedat: Soroca e în doliu
  4. ^ UNIMEDIA » COMUNIŞTII RECUNOSC: Valeriu Boboc a murit în urma unor lovituri dure
  5. ^ (Romania) [1]
  6. ^ "Police retake Moldova parliament", BBC online, April 8, 2009
  7. ^ (Romania) "Steagul României, arborat pe sediul Preşedinţiei moldovene", Cotidianul, April 7, 2009
  8. ^ (Romania) Ole, ole, Basarabie!, Ziua no. 4507/8 April 2009,pada 9 April 2009
  9. ^ Laporan Rusuhan Moldova 2009

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Laporan Rusuhan Moldova 2009