Rusuhan Sambas
| Rusuhan Sambas | ||||
|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada era pasca-Suharto | ||||
Lokasi kabupaten dalam provinsi Kalimantan Barat di pulau Borneo. | ||||
| Tarikh | 1999 | |||
| Lokasi | ||||
| Pihak terlibat | ||||
| ||||
| Korban | ||||
| ||||
Rusuhan Sambas ialah keganasan yang tercetus antara etnik di Indonesia, pada tahun 1999 di Kabupaten Sambas, Provinsi Kalimantan Barat dan melibatkan orang Madura di satu pihak dan pakatan orang asli Dayak dan Melayu Sambas di pihak yang lain. Orang Madura dan Dayak diilhamkan oleh tradisi keganasan masing-masing: carok untuk orang Madura dan ngayau atau pemburuan kepala untuk orang Dayak. Orang Dayak cuba menyelesaikan perselisihan terlebih dahulu dengan cara perjanjian damai dan hanya mengamalkan "ngayau" apabila diserang dengan ganas, namun orang Madura mengamalkan "carok" sebagai langkah pertama.[1] Dalam hal ini, orang Madura secara agresif telah membunuh beberapa orang Dayak dengan menggunakan sabit (celurit), lalu orang Dayak bertindak balas untuk mempertahankan diri. Bagi orang Melayu, mereka tidak mempunyai sebarang tradisi keganasan tetapi bersekutu dengan orang Dayak kerana gangguan terhadap pendatang Madura selama beberapa dekad.[2][3]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Rusuhan Sambas pada tahun 1999 bukanlah satu insiden terpencil, kerana pernah berlaku insiden-insiden keganasan antara Dayak dan Madura sebelum ini. Konflik besar yang terakhir telah berlaku antara Disember 1996 dan Januari 1997, dan mengakibatkan lebih 600 kematian.[4] Orang Madura pertama kali tiba di pulau Borneo pada tahun 1930 di bawah program transmigrasi yang dimulakan oleh pentadbiran kolonial Belanda, dan diteruskan oleh kerajaan Indonesia.[5]
Pembunuhan beramai-ramai
[sunting | sunting sumber]Selepas orang Madura membunuh orang Melayu Sambas di Parit Setia semasa keluar dari masjid tempatan selepas menunaikan solat Aidadha, orang Melayu Sambas hilang sabar dengan gangguan dan pembunuhan daripada pihak orang Madura. Oleh itu, mereka bergabung tenaga dengan orang Dayak untuk menentang serangan orang Madura di daerah Sambas.[6] Sehingga 3,000 orang Madura telah terbunuh, dan kerajaan Indonesia tidak banyak berusaha untuk menghentikan keganasan.[7] Sebahagian daripada tentera Indonesia yang dihantar untuk memadamkan rusuhan telah diserang oleh orang Melayu dan orang Dayak Sambas disebabkan oleh sokongan mereka terhadap orang Madura.[8][9][10][11][12][13]
Lebih banyak pembunuhan beramai-ramai
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2001, satu lagi konflik tercetus antara orang Madura dan orang Dayak yang mengakibatkan ratusan lagi kematian. Konflik ini dikenali sebagai konflik Sampit.[14]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Program Transmigrasi
- Konflik sampit
- Rusuhan Tarakan 2010, rusuhan berskala lebih kecil antara Dayak Tidung dan orang Bugis di Tarakan
- Kejatuhan Suharto
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Mengapa Tradisi Carok Dianggap Bergeser dan Tidak Lagi Jantan". Tempo (dalam bahasa Indonesian). 21 November 2024.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Parry, Richard Lloyd (22 March 1999). "Cannibal warriors feast on bodies of their victims". The Independent.
- ^ Hajari, Nisid (5 April 1999). "Days of the Long Knives". Time.
- ^ "Indonesia: The Violence in Central Kalimantan (Borneo)". Human Rights Watch. February 28, 2001. Dicapai pada 2008-08-13.
- ^ Tri Nuke Pudjiastuti (June 2002). "Immigration and Conflict in Indonesia" (PDF). IUSSP Regional Population Conference, Bangkok. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada July 11, 2010. Dicapai pada 2008-08-13.
- ^ Professor Timo Kivimaki (December 28, 2012). Can Peace Research Make Peace?: Lessons in Academic Diplomacy. Ashgate Publishing, Ltd. m/s. 24. ISBN 978-1-4094-7188-2. Dicapai pada March 20, 2014.
- ^ Aglionby, John (20 March 1999). "Renewed ethnic violence hits Indonesia as 62 die in Borneo". The Guardian.
- ^ "Violence in Indonesian Borneo Spurs the Relocation of Ethnic Madurese". Cultural Survival. April 2010. Dicapai pada 2014-03-17.
- ^ indahnesia.com. "The Sampit conflict - People - The Madurese and the Dayak - Discover Indonesia Online". indahnesia.com. Dicapai pada 2014-03-17.
- ^ Braithwaite, John; Braithwaite, Valerie; Cookson, Michael; Dunn, Leah (2010). Anomie and Violence: Non-truth and Reconciliation in Indonesian Peacebuilding. ANU E Press. m/s. 299. ISBN 978-1-921666-23-0. Dicapai pada March 20, 2014.
- ^ Hedman, Eva-Lotta E. (2008). Conflict, Violence, and Displacement in Indonesia. SEAP Publications. m/s. 73. ISBN 978-0-87727-745-3. Dicapai pada March 20, 2014.
- ^ Bowen, John Richard (May 29, 2003). Islam, Law, and Equality in Indonesia: An Anthropology of Public Reasoning. Cambridge University Press. m/s. 62. ISBN 978-0-521-53189-4. Dicapai pada March 20, 2014.
- ^ Dawis, Aimee (2009). The Chinese of Indonesia and Their Search for Identity: The Relationship Between Collective Memory and the Media. Cambria Press. m/s. 90. ISBN 978-1-60497-606-9. Dicapai pada March 20, 2014.
- ^ Aglionby, John (24 February 2001). "Jakarta's men watch as killers run riot". The Guardian.