Rusuhan kaum Tulsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bangunan berderet di Greenwood, Tulsa yang terbakar akibat rusuhan oleh kelompok orang kulit putih sana.

Rusuhan kaum Tulsa (Tulsa race riot atau Tulsa race massacre) berlaku apabila suatu gerombolan kulit putih menyerang deretan rumah kedai milik orang kulit hitam Afrika serta para penghuni bangunan dari 31 Mei hingga 1 Jun 1921[1][2][3][4] di wilayah Greenwood, bandar Tulsa, Oklahoma[5] sebagai tindak balas terhadap dakwaan bahawa seorang remaja lelaki kulit hitam dikatakan telah menyerang atau merogol seorang perempuan kulit putih.

Kejadian ini merupakan antara rusuhan kaum paling dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat.[6]

Faktor penyebab[sunting | sunting sumber]

Bandar Tulsa di negeri Oklahoma membangun pesat pada ketika ini hasil keuntungan daripada industri pelombongan minyak sana. Perkara ini telah mengkayakan banyak penduduknya serta menarik perhatian orang ramai dari serata Amerika Syarikat untuk menetap di sana bagi mencuba nasib di sana. Orang kulit hitam merupakan antara masyarakat yang tertarik kepada pembangunan di kawasan ini - kekayaan yang melimpah ruah dipilih banyak orang yang pakar dan kaya dalam kalangan kaum tersebut. Suatu kawasan khusus yang diuruskan dan dihuni masyarakat yang serba kaya ini muncul di mana kedai serbaneka, kedai gunting rambut, panggung wayang dan kelab malam banyak ada di kawasan ini - kepesatan tempat ini sering diberi jolokan sebagai "Negro Wall Street" atau "Black Wall Street".[7] Kawasan ini menjadi diperincikan dan disempadani secara tetapnya dengan pelaksanaan undang-undang pengasingan kependudukan mengikut kaum antara masyarakat kulit-kulit putih dan hitam pada 4 Ogos 1916[8](pp1-42)[9]

Walau bagaimanapun, negeri Oklahoma mula menjadi begitu tegang dari segi sosial, ekonomi dan politik. Suatu pelarangan penghasilan dan pengkonsumsian minuman keras secara meluas di Amerika Syarikat yang dilaksanakan pada tahun sebelumnya (Prohibition) serta pengangguran berleluasa telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat setempat, terutamanya bekas askar yang baru sahaja tiba kembali selepas terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Ramai orang kulit putih tertarik kepada kumpulan supremasi kaum Ku Klux Klan atas rasa keterancaman tinggi terhadap kehidupan mereka yang dikhuatiri terhumban ke dalam kancah kemiskinan; sejak kemunculan kumpulan tersebut di negeri Oklahoma pada Ogos 1921;[10] satu anggaran mendapati sebanyak 3,200 daripada 72,000 penghuni Tulsa telah menganggotai kelompok ini.[10][11]

Kejadian utama[sunting | sunting sumber]

Hari pertama - Isnin, 31 Mei[sunting | sunting sumber]

Sebuah laporan polis dibuat oleh sebuah kerani di mana pada jam 4 petang seorang penggilap kasut kulit hitam bernama Dick Rowland (19 tahun) yang bekerja di Main Street memasuki sebuah bangunan Drexel Building di 319 South Main Street di mana adanya bilik air khusus untuk orang kulit hitam di tingkat atas. Rowland bertemu Sarah Page, seorang perempuan kulit putih (17 tahun) yang mengoperasikan lif tersebut. Kerani tersebut yang bekerja di sebuah toko pakaian di tingkat bawah bangunan tersebut terdengar seakan suatu jeritan seorang perempuan yang kemudian disusuli seorang lelaki kulit hitam (Rowland) yang bergegas keluar dari bangunan tersebut. Kerani ini meneumi Page dalam ekadaan cemas lalu dia menyangka Page diserang, maka kerani tersebut segera memanggil pihak berkuasa.[5]:37–102

Polis setempat ada menyiasat Page mengenai hal yang berlaku antara mereka dengan melakukan siasatan sulit, namun memutuskan kejadian yang berlaku tidak begitu buruk sehingga memerlukan siasatan lanjut; bahkan Page tidak juga ingin kemukakan tuduhan lanjut.[8] Namun begitu, Rowland risau akan implikasi kejadian itu terhadap sesetengah pihak yang ingin ambil kesempatan mengganas. Rowland segera melarikan diri ke kediaman ibunya di kejiranan kawasan Greenwood untuk berlindung di sana.[5]:37–102

Hari kedua - Selasa, 1 Jun[sunting | sunting sumber]

Pagi keesokan harinya, Rowland dikesan Detective Henry Carmichael dan Henry C. Pack - salah satu dua orang pegawai berkulit hitam yang ada di Tulsa;[8][halaman diperlukan] kedua-duanya menahan Rowland dan membawanya ke penjara Tulsa namun dipindahkan ke tingkat teratas Mahkamah Kaunti Tulsa setelah Pesuruhjaya Polis J. M. Adkison menerima suatu ugutan awanama terhadap Rowland melalui telefon.[12] Sementara itu, banyak peguam sangsi akan dakwaan terhadap Rowland kerana mereka mengenali perwatakannya semasa berkhidmat menggilap kasut mereka yang dilihat penuh budi pekerti.[13] Edisi petang akhbar Tulsa Tribune meliputi kejadian ini sebagai laporan utama hari tersebut dengan tajuk "Nab Negro for Attacking Girl In an Elevator" ("Negro ditangkap kerana menyerang perempuan dalam lif") selain suatu lidah pengarang yang memberi amaran terhadap suatu lynching yang berkemungkinan sebagai tindak balas insiden tersebut - namun akhbar ini diketahui cenderung melebih-lebihkan butiran cerita. Kesemua isu ini terlenyap daripada simpanan akhbar.[14][15][16][17][18] Berita ini cepat tersebar sehingga ratusan orang kulit putih berkumpul di bangunan mahkamah jam 7:35 petang.

Sheriff Willard M. McCullough segera bertindak memastikan keselamatan Rowland terjaga lagi-lagi bila jabatannya pernah mengalami keadaan sama - Roy Belton, seorang berkulit putih yang pernah disyaki dalam suatu pembunuhan sehingga disamun orang ramai tahun 1920.[19] Rowland diiiring ketat seberapa pegawai polis ke penjara kaunti semula[20] manakala enam orang pegawai lagi menaiki atap mahkamah dengan senjata dan seberapa pegawai yang tinggal menjaga puncak tangga. McCullough cuba menenangkan keadaan namun orang ramai menempelak dan mengejeknya.[5]:37–102

Sebahagian kerumun di Mahkamah Kaunti segera mendapatkan senjata mereka dari rumah, ada juga yang mahu menyerbu gedung senjata National Guard terletak dalam kota tersebut namun dihalang Mejar Rejimen Infantri ke-180 James Bell dan seberapa askar lain lengkap bersenjata yang menjaga gedung tersebut.[8][halaman diperlukan] Sebanyak hampir 2000 orang kulit putih kembali banyak bersenjata yang terpaksa dikawal keadaan oleh ketua polis dan paderi utama bandar tersebut[5]:37-102 Seberapa kelompok orang kaum hitam yang takuti keadaan Rowland mula bersenjata dan bekereta menuju mahkamah untuk tujuan mengintip dan mempertahankan diri.[5]:37-102 Keadaan ini segera menimbulkan kerisauan dalam kalangan warga kulit putih lagi-lagi dengan tembakan amaran yang diberikan kelompok ini.[5]:37-102

Hari ketiga - Rabu, 2 Jun[sunting | sunting sumber]

Suatu perintah tentera dikenakan Jen. Charles Barrett pada jam 11:49 pagi.[8][halaman diperlukan] Pihak tentera berjaya mengamankan keadaan pada waktu tengah hari.

Perintah tentera ini akhirnya ditarik balik tengah hari Jumaat pada 4 Jun 1921 di bawah Field Order No. 7.[21]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Nyawa[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya 2001 membuat suatu himpunan ada kiraan nyawa yang berpincang:

  • D. Goble anggarkan sekitar 100–300 orang (100 didakwa namun tiada sesiapapun ditahan),[5]:13
  • J. H. Franklin dan S. Ellsworth menganggarkan sekitar 75–100 orang terjejas paling sederhananya.[5]:23
  • C. Snow dapat sahkan 39 orang lelaki yang disahkan terkorban - 26 orang berkulit hitam dan 13 orang berkulit putih - namun 4 orang tidak dapat dikenalpasti.[5]:114 13 orang putih ada yang berasal sejauh luar Oklahoma[5]:115-6 dimasukkan ke hospital.[5]:117 manakala hanya 8 orang sahaja yang dapat diberi rawatan hospital[5]:117 - hal ini kerana hospital diasingkan antara kaum pada ketika itu dan salah satu dari dua hospital khas kulit hitam iaitu Frissell Memorial Hospital dibakar habis tinggalnya Morningside Hospital.[5]:116 Ratusan orang turut didapati cedera.[5]:116

Pihak Palang Merah yang terlibat merawat mangsa-mangsa rusuhan ini pula menerbitkan laporan dari sudut pandang tersendiri: 183 orang dirawat luka kebakaran dan tembakan, 531 orang diberikan bantuan kecemasan dan 8 kes keguguran; 19 orang mati akibat luka dialami antara 1 Jun dan 30 Disember.[22]:Condensed Report: p. 20

Kemusnahan[sunting | sunting sumber]

Panorama kawasan yang habis diranap api berikutan berlakunya rusuhan ini dari atap Booker T. Washington High School: jalan yang merentasi gambar ialah Greenwood Avenue, Easton di sebelah kiri dan Frankfort di sebelah kanan.

Keseluruhan bahagian komersil Greenwood habis musnah termasuk 191 buah perniagaan,sebuah sekolah tinggi atas, beberapa buah gereja serta satu-satunya hospital daerah tersebut. 1,256 buah rumah dibakar serta 215 buah lagi dijarah - sebanyak 10,000 orang yang banyaknya berkulit hitam hilang tempat tinggal akibat kebakaran besar yang berlaku; lebih USD1.8 juta ($22 juta ikut inflasi 2016) dituntut para penduduk yang terjejas sebagai pampasan pada 6 Jun tahun berikutnya.[8][halaman diperlukan]

Tulsa Real Estate Exchange menganggarkan kerugian hartanah mencecah setinggi USD1.5 juta dan kerugian persendirian sebanyak $750,000 i[5]:189 (bersamaan jumlah $28 juta tahun 2016).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Day, Meagan (September 21, 2016). "The history of the Tulsa race massacre that destroyed America's wealthiest black neighborhood". Timeline. Dicapai pada February 27, 2019.
  2. ^ Editors, the; White, Walter F. "Tulsa, 1921 – The Nation" – melalui www.thenation.com.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  3. ^ Rao, Sameer (May 31, 2017). "It's Been 96 Years Since White Mobs Destroyed Tulsa's Black Wall Street – Colorlines".
  4. ^ "Monica Moorehead, U.S. ethnic cleansing: The 1921 Tulsa Massacre". www.hartford-hwp.com.
  5. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p Oklahoma Commission (28 Februari 2001), "Final Report" (PDF), Oklahoma Commission to Study the Tulsa Race Riot of 1921, Tulsa, Oklahoma, dicapai pada 20 Jun 2018
  6. ^ Scott Ellsworth, "Tulsa Race Riot", The Encyclopedia of Oklahoma History and Culture, 2009; accessed 31 December 2016
  7. ^ Davidson, Carla (13 September 2006). "A Find of a Lifetime - A Lost African-American World on Film". American Heritage. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2007. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  8. ^ a b c d e f Hirsch, James S. (2002). Riot and Remembrance: The Tulsa Race War and its Legacy. Houghton Mifflin Company. ISBN 978-0-618-10813-8.
  9. ^ Rothstein, Richard (2017). The Color of Law: A Forgotten History of How Our Government Segregated America. Liveright Publishing Corporation, A Division of W.W. Norton & Company. ISBN 9781631492853.
  10. ^ a b Charles C. Alexander, Ku Klux Klan in the Southwest (Lexington: University of Kentucky Press, 1965)
  11. ^ Tulsa History: Urban Development, Tulsa Preservation Commission
  12. ^ Krehbiel, Randy (April 29, 2011). "Tulsa Race Riot legacy still felt in the city". Tulsa World. Dicapai pada November 30, 2011.
  13. ^ Franklin, Buck Colbert (2000). Franklin, John Hope; Franklin, John Whittington (penyunting). My Life and An Era: The Autobiography of Buck Colbert Franklin. Louisiana State University Press. m/s. 195–196.
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan commission tidak disediakan
  15. ^ Scott Ellsworth, Death in a Promised Land (LSU Press, 1992), ISBN 978-0-8071-1767-5, pp. 47-48 (excerpt available at Google Books).
  16. ^ Alfred L. Brophy, "Tulsa (Oklahoma) Riot of 1921" in Walter C. Rucker & James N. Upton, eds., Encyclopedia of American Race Riots (Greenwood Publishing Group, 2007), ISBN 978-0-313-33302-6, p. 654 (excerpt available at Google Books).
  17. ^ Sam Howe Verhovek, "75 Years Later, Tulsa Confronts Its Race Riot", New York Times, May 31, 1996.
  18. ^ "1921 Race Riot:Tribune mystery unsolved". Randy Krehbiel, Tulsa World, May 31, 2002. Dicapai pada February 29, 2020.
  19. ^ Walter F. White, "The Eruption of Tulsa", The Nation, June 29, 1921., Digitasl Prairie
  20. ^ "How The Big Fight In Tulsa Started". The Guthrie Daily Leader. 1 Jun 1921. m/s. 1. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  21. ^ "Barrett Commends Tulsa for Co-operation With the State Military Authorities". The Morning Tulsa Daily World. June 4, 1921. m/s. 2.
  22. ^ Willows, Maurice (31 December 1921). "Disaster Relief Report Riot 1921" (PDF). Tulsa Historical Society & Museum. American Red Cross. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Januari 2017. Dicapai pada 14 February 2020.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Brophy, Alfred L. (2002). Reconstructing the Dreamland: The Tulsa Race Riot of 1921, Race Reparations, and Reconciliation. New York: Oxford University Press. ISBN 0195146859.
  • Scott Ellsworth, Death in a Promised Land: The Tulsa Race Riot of 1921, Baton Rouge, LA: Louisiana State University Press, 1992.
  • Rudia H. Halliburton, Tulsa Race War of 1921. San Jose, CA: R and E Publishing, 1975.
  • James S. Hirsch, Riot and Remembrance: The Tulsa Race War and Its Legacy, Boston, MA: Houghton Mifflin, 2002.
  • Rob Hower, 1921 Tulsa Race Riot: The American Red Cross-Angels of Mercy. Tulsa, OK: Homestead Press, 1993.
  • Hannibal B. Johnson, Black Wall Street: From Riot to Renaissance in Tulsa's Historic Greenwood District. Austin, TX: Eakin Press 1998.
  • Tim Madigan, The Burning: Massacre, Destruction, and the Tulsa Race Riot of 1921. New York: Thomas Dunne Books, 2001.
  • Lee E. Williams, Anatomy of Four Race Riots: Racial Conflict in Knoxville, Elaine (Arkansas), Tulsa, and Chicago, 1919–1921. Hattiesburg, MS: University and College Press of Mississippi, 1972.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]