Ruzzlan Abdullah Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Lam.
Ruzzlan Abdullah Shah
Meninggal dunia21 Disember 2018
Sebab kematianKanser
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kampumg Kemensah, Hulu Kelang, Selangor
Nama lainLan Cina, Roslan Lam
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2012 - 2018

Ruzzlan Abdullah Shah (lahir Roslan Lam) atau lebih dikenali sebagai Lan Cina merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya lakonan dengan memegang watak pemilik bengkel dalam Evolusi KL Drift: The Series arahan Syafiq Yusof dan Rizal Ashreff.[1]

Kerjaya filem beliau bermula dengan filem seram pecah panggung Munafik arahan Syamsul Yusof. Beliau memegang watak sebagai Shah, seorang penggali kubur.[2]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 21 Disember 2018.[3] Punca kematian beliau dipercayai akibat kanser.[4] Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampumg Kemensah, Hulu Kelang, Selangor.[5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2013 Kahwin 5
2016 Munafik Shah
Radhi Rudy Bin Dadu
Juvana 3: Perhitungan Terakhir
2018 Makrifat Cinta
KL Special Force Inspektor Kevin
The Leakers Police Commissioner Keung

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012-13 Evolusi KL Drift: The Series Pemilik bengkel TV2
2013 Metro Skuad (Musim 2) Ah Boon Episod: "Samseng"
Roda-Roda Kuala Lumpur Episod: "Drifter Samseng"
2018 Gerak Khas Detektif Wong

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Siti Kamilah Mustapha (4 Oktober 2012). Evolusi KL Drift The Series versi Syafiq, Rizal Kosmo! Online. Dicapai pada 5 Oktober 2012.
  2. ^ Nor Akmar Samudin (10 Oktober 2016). "Munafik atasi penonton filem baru". Harian Metro. Dicapai 14 Oktober 2016. 
  3. ^ Pelakon Gerak Khas, Detektif Wong meninggal dunia Free Malaysia Today (21 Disember 2018). Dicapai pada 23 Disember 2018.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (22 Disember 2018). Allah lebih sayangkan ‘Detektif Wong’ Harian Metro. Dicapai pada 23 Disember 2018.
  5. ^ Syafiqah Jalal (22 Disember 2018). "Ramai hadir solatkan, iringi jenazah..." - Pelakon Gerak Khas, Detektif Wong meninggal dunia Astro Gempak. Dicapai pada 23 Disember 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]