Pergi ke kandungan

Sébastien Izambard

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sébastien Izambard
Maklumat latar belakang
Juga dikenali
sebagai
Sébastien Sunting nilai ini di Wikidata
Kelahiran7 Mac 1973 Sunting nilai ini di Wikidata
Paris Sunting nilai ini di Wikidata
WarganegaraPerancis Sunting nilai ini di Wikidata
GenrePop Opera
PekerjaanPenyanyi, pemain piano, penerbit rakaman, penggubah, pemuzik, penyanyi-penggubah lagu dan penulis lirik Sunting nilai ini di Wikidata
Alat muzikGitar, piano dan suara Sunting nilai ini di Wikidata
Tahun aktif2000 Sunting nilai ini di Wikidata
Syarikat rakamanEMI Sunting nilai ini di Wikidata
Anggota bagiIl Divo Sunting nilai ini di Wikidata
Kegiatan berkaitanIl Divo
Pautan berkaitan
Pautan lainIMDB: nm1755739 IBDB: 495277
Twitter: sebdivo Instagram: sebdivo Youtube: UCw6qVEaYHoBAN5SddkPTfJg Spotify: 6ioq8ZBR5FD3nLZlVY0Y34 Deezer: 126137 Musicbrainz: 605db120-1d4b-4644-8e8f-a10c6dfd9c5d Discogs: 1789084 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sébastien Izambard berasal dari Perancis (lahir Mac 7, 1973) adalah ahli kumpulan pop opera 4 penyanyi, Il Divo. Izambard tidak pernah mendapat latihan asas untuk nyanyian opera. Walaupun beliau dikatakan mempunyai potensi untuk menjadi seorang tenor opera yang baik, suaranya hanya diklasifikasikan sebagai vox populi.

Sebelum menganggotai Il Divo, beliau adalah seorang penyanyi dan pemuzik pop di Perancis dan pernah merakamkan album berjudul Libre. Selain menyanyi, Sébastien juga adalah seorang penggubah yang berkaliber yang amat mahir dengan piano dan gitar. Beliau telah mencipta banyak lagu untuk ramai penyanyi Perancis. Beliau juga bercita-cita untuk mencipta lagu untuk kumpulannya, Il Divo dan menyanyikannya di dalam bahasa Perancis. Di dalam album Ancora, album ke-2 kumpulan ini mengandungi 2 lagu dalam bahasa Perancis iaitu Je Crois En Toi (duet bersama Céline Dion) dan Pour Que Tu M’aimes Encore.

Dalam tahun 2001, beliau berkesempatan untuk menghibur di Olympia Teater bersama Johnny Halliday sebagai penghibur undangan. Muzik beliau dikatakan didorong kuat dari corak muzik Jeff Buckley, diakui oleh ramai pendengar Perancis dan Kanada.

Beliau telah merakamkan 2 videoklip dan berkerjasama di dalam projek amal seperti Noël Ensemble, sebuah rekod album yang mana ratusan artis-artis bergiat untuk mengumpulkan dana menentang AIDS. Sebagai ahli band Il Divo, beliau meneruskan kerja amal tersebut dengan sebuah badan yang dipanggil Assistance Médicale Toit du Monde (AMTM) untuk membantu kanak-kanak miskin dan terbiar. Beliau juga membuat kutipan amal bersama AMTM dengan menawarkan satu dari suit Armaninya.

Sébastien membuat persembahan di dalam drama muzik Richard Cocciante berjudul "Le Petit Prince", pada Februari 2002, dimana beliau memegang peranan sebagai "the Business Man". Sebelum menganggotai Il Divo, beliau juga pernah membuat teater drama untuk kumpulan “La Troupe”.

Beliau sedang membuat persediaaan album ke-2nya bersama Francis Madjouli dan Lionel Florence ketika mendapat tawaran menganggotai Il Divo pada tahun 2003.

Sébastien Izambard menganggotai Il Divo, pada December of 2003, bersama Urs Bühler (Switzerland), David Miller (Amerika Syarikat), dan Carlos Marín (Sepanyol). Sila pergi ke Il Divo untuk maklumat lanjut.