S-45A

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
S-45A
Satelit S-45 sebelum dilancarkan
PengendaliNASA
Jenis misiIonosferik
Roket PembawaJuno II
Kawasan PelancaranKompleks Pelancar Stesyen Tentera Udara Cape Canaveral 26
Tempoh misiGagal ke orbit
Jisim33.6 kilogram (74 lb)
Unsur orbital
Keadaanorbit amat eliptik (dirancang)

S-45A merupakan satelit Amerika Syarikat, yang hilang semasa kegagalan pelancaran pada tahun . Satelit ini bertujuan untuk beroperasi dalam orbit amat berelips, dari mana ia sepatutnya memberikan data mengenai bentuk ionosfera,[1] dan mengenai medan magnet Bumi.[2] Ia merupakan sebahagian dari Program Penjelajahan ("Explorer program"), dan akan dinamakan Explorer 12 sekiranya ia sampai ke orbit. Ia merupakan yang kedua bagi dua dari satelit yang sama untuk dilancarkan; satelit yang pertama, S-45, turut hilang akibat kegagalan pelancaran, sebelumnya pada tahun yang sama.[2]

S-45A dilancarkan menggunakan roket Juno II, nombor siri AM-19G. Ia merupakan penerbangan terakhir Juno II.[3] pelancaran berlaku di Kompleks Pelancar 26B di Stesyen Tentera Udara Cape Canaveral pada 19:48:05 UTC 24 May 1961.[3] Sistem yang bertujuan bagi menghidupkan tahap kedua gagal berfungsi.[4] Roket tersebut gagal mencapai orbit.[5]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Explorer S45A". NSSDC Master Catalog. NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-12. Dicapai pada 14 July 2010.
  2. ^ a b Wade, Mark. "P-14". Encyclopedia Astronautica. Dicapai pada 14 July 2010.
  3. ^ a b McDowell, Jonathan. "Launch Log". Jonathan's Space Page. Dicapai pada 14 July 2010.
  4. ^ Krebs, Gunter. "Explorer: S-45". Gunter's Space Page. Dicapai pada 14 July 2010.
  5. ^ "Explorer Program". Mission and Spacecraft Library. NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-27. Dicapai pada 14 July 2010.