S. Chanturu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
S. Chanturu
Maklumat peribadi
Nama penuhChanturu a/l Suppiah
Tarikh lahir (1987-12-14) 14 Disember 1987 (umur 31)
Tempat lahirKulim, Kedah, Malaysia
Ketinggian1.68 m (5 ka 6+18 in)
Posisi permainanPemain sayap kanan
Maklumat kelab
Kelab terkiniMelaka United
Nombor23
Kerjaya remaja
2007Telekom Malaysia FC
2008Kuala Lumpur
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2009–2010Pulau Pinang6(1)
2010–2012Kelantan46(10)
2013Perak3(0)
2013–2014Sarawak21(6)
2015–2018Johor Darul Ta'zim31(3)
2018–Melaka United (pinjaman)15(0)
Pasukan kebangsaan
2010Malaysia B-233(2)
2012–2016Malaysia13(1)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 13 Mac 2016.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 13 Mac 2016

Chanturu a/l Suppiah merupakan pemain bola sepak Malaysia yang beraksi bersama Melaka United sebagai pemain sayap kanan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Chanturu dilahirkan pada 14 Disember 1987 di Kulim, Kedah tetapi tidak pernah beraksi bersama pasukan Kedah FA sebagai pemain bola sepak professional. Dia memulakan kerjaya sebagai pemain bola sepak pada tahun 2007 dengan pasukan Piala Presiden Pulau Pinang sewaktu berusia 19 tahun. Kemudian dia diserapkan untuk beraksi bersama pasukan utama setelah menunjukkan prestasi yang cemerlang.

Sewaktu perlawanan Liga Super 2009 antara pasukan Pulau Pinang bertemu Kelantan FA, persembahan yang ditunjukkan oleh Chanturu telah memikat hati jurulatih Kelantan FA ketika itu, B. Sathianathan untuk membawa Chanturu ke skuadnya. Pada musim 2010, dia telah secara rasmi menandatangi kontrak bersama Kelantan FA. Bersama Kelantan, dia telah memenangi Piala Malaysia 2010, Piala Sumbangsih 2011, Piala Liga Super 2011, Piala FA 2012, Piala Liga Super 2012 dan Piala Malaysia 2012. Sewaktu di Kelantan, beliau telah digelar "Kelantan Express" oleh penyokong The Red Warriors itu.

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Chanturu juga merupakan pemain kebangsaan Malaysia dibawah kendalian Datuk K. Rajagobal sejak 2010. Dia telah bermain sewaktu perlawanan persahabatan menentang Filipina dan Singapura.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Pertandingan Pasukan Catatan
2010 Liga Super Malaysia Kelantan Kelantan FA Naib Juara (Format Liga)
Piala Malaysia Kelantan Kelantan FA Juara
2011 Piala Sumbangsih Kelantan Kelantan FA Juara
Piala FA Kelantan Kelantan FA Naib Juara
Liga Super Malaysia Kelantan Kelantan FA Juara (Format Liga)
2012 Piala Sumbangsih Kelantan Kelantan FA Naib Juara
Piala FA Kelantan Kelantan FA Juara
Liga Super Malaysia Kelantan Kelantan FA Juara (Format Liga)
Piala Malaysia Kelantan Kelantan FA Juara

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Chanturu menerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 43 pada 11 November 2012. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]