S. Hamid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
S. Hamid
KelahiranSyed Hamid bin Ahmad bin Mohammad bin Abdullah Alkaff
1933
Meninggal dunia7 Februari 2015
Singapura
Sebab kematiankomplikasi dari penyakit diabetis
DikebumikanSingapura
WarganegaraSingapura
Nama lainSyed Hamid bin Ahmad bin Mohammad bin Abdullah Alkaff
Pekerjaanpenyanyi, tokoh agama
Terkenal keranatokoh agama
Anak8

S. Hamid merupakan seorang penyanyi Melayu era 50-an, 60-an dan 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di Radio Malaya (kini Radio Televisyen Malaysia) dan kemudiannya merupakan seorang dan tokoh agama yang dihormati di Singapura. Nama penuh beliau ialah Syed Hamid bin Ahmad bin Mohammad bin Abdullah Alkaff. S. Hamid adalah biduan pertama yang menjadi pasangan duet Saloma (Salmah binti Ismail) dalam rakaman piring hitam. Lagu nyanyian mereka Jika Tak Berjumpa adalah saduran lagu Arab dengan lirik tulisan Wanchu. Rakaman dibuat pada akhir 1954 dan diedarkan bersama lagu "Pandang Kaseh" nyanyian Salmah Ismail. Orkes pengiring: Al Aishu Wal Meleh pimpinan S. Omar Bagushir.

Antara lagu-lagu terkenalnya termasuk ‘Cenderawasih’, ‘Laila’ dan ‘Kasih Ibu’. Lagu ‘Cenderawasih’ nyanyian beliau kemudian dinyanyikan ramai penyanyi lain seperti A. Halim dan Jamal Abdillah. Sebagai pelakon filem, beliau pernah berlakon di samping P. Ramlee dalam filem Putus Harapan, Bakti'’, serta beberapa buah filem Cathay Keris.

Selain menyanyi beliau pernah berlakun dalam beberapa filem, bertugas sebagai askar dalam angkatan bersenjata Republik Singapura, seorang guru agama dan dalam sebuah syarikat yang mengurus jamaah haji dan umrah dari Singapura. S. Hamid dilahirkan di Singapura dan meninggal dunia pada tahun 2015 berikutan komplikasi dari diabetis.

Beliau juga pernah menjadi imam dan khatib bagi Masjid Hang Jebat selama 35 tahun, selain bergiat aktif sebagai pendakwah di Masjid Darussalam dan Masjid Hang Jebat. Beliau sering dijemput menyampaikan ceramah di Malaysia dan Indonesia dan juga sebagai pembimbing haji dan umrah terkenal.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal di Singapura pada 7 Februari 2015.[1] Jenazah Allahyarham Ustaz Syed Hamid selamat dikebumikan, selepas disolatkan di Masjid Sultan tengah hari selepas waktu Zohor. Solat jenazahnya turut dihadiri oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam (Singapura), Dr Yaacob Ibrahim yang menyatakan.

“Saya rasa dari segi kegigihan Allahyarham terus menyumbang, selama 38 tahun di Masjid Hang Jebat, menunjukkan kesedaran dan keikhlasan beliau untuk menyumbang, dan saya rasa itu adalah satu ciri yang kita harus ikuti, dan kalaulah kita buatkan ini salah satu ciri dalam masyarakat kita, saya rasa ini akan terus meningkatkan masyarakat kita,” [2]

Allahyarham meninggalkan lapan anak, 12 cucu dan beberapa orang cicit. Kedua-dua isteri Allahyarham sudah meninggal dunia.

Lagu-lagunya[sunting | sunting sumber]

Antara lagu-lagu yang dipopularkan oleh S. Hamid :

  • Mengenang Budi
  • Angan Bahagia
  • Bunga Hati
  • Cenderawasih
  • Jauh di Mata, Dekat di Hati
  • Junaidah
  • Laila
  • Maimunah
  • Pilihan Mata
  • Pujaanku
  • Gara-gara Gadis Moden
  • Kata Mengata (dengan Julia)
  • Tukang Cacat (dengan Rokiah)
  • Jika Tak Berjumpa (dengan Salmah Ismail)(1954)
  • Saya Suka Kamu/Gelora Cinta (dengan Supatry, P. Ramlee & Momo Latif)(1953)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.