S. K. Dharmalingam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Dr. S. K. Dharmalingam (1929 – 17 Julai 2006) merupakan pakar onkologi pertama Malaysia yang dikenali sebagai perintis rawatan kanser di Malaysia. Beliau ialah pengasas dan bekas Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang ditubuhkan pada 1966.[1] Beliau juga dikenali sebagai perintis dan penggerak untuk radioterapi dan onkologi di Malaysia.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dr Dharmalingam mengetuai jabatan radioterapi/onkologi Hospital Kuala Lumpur dari tahun 1962 sehingga beliau bersara pada tahun 1982, hospital itu berada dalam senarai terpilih untuk latihan Royal College of Radiology of Britain.[1]

Beliau menubuhkan Pusat Pemeriksaan Mamografi pertama di Asia Tenggara dan memperkenalkan pemeriksaan kanser rahim. Dharmalingam juga merupakan presiden pengasas Persatuan Onkologi Malaysia, Naib Presiden Persatuan Onkologi Klinik Asia-Asia dan presiden pengasas Persatuan Radiologi Malaysia.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dharmalingam meninggal dunia pada 19 Julai 2006 akibat serangan jantung pada usia 77 tahun.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Malaysia's first oncology dies" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. 19 Julai 2006. Dicapai pada 14 Mac 2013.
  2. ^ "Dato' Dr. S.K. Dharmalingam – the driving force in the early days of Radiotherapy and Oncology in Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Research Gate. Dicapai pada 13 Mac 2018.