Pergi ke kandungan

S. Kadarisman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
S. Kadarisman
Kelahiran
Shadat Kadarisman bin Raden Deswaren Ambiak

(1922-05-12)12 Mei 1922
Meninggal dunia17 Februari 1989(1989-02-17) (umur 66)
Singapura
Sebab kematianPenyakit kencing manis dan serangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusara Aman
Nama lainShahadat Kadarisman, Pak Kadar
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis skrip
Tahun aktif1942–1974
Majikan
Terkenal kerana
Karya
Filemografi
PasanganFatimah Khairuddin
Anak-anak10
SaudaraSalbiah Harun

Shadat Kadarisman bin Raden Deswaren Ambiak atau lebih dikenali sebagai S. Kadarisman (12 Mei 1922 – 17 Februari 1989) merupakan seorang pelakon lelaki Singapura, yang berasal daripada keluarga yang berbakat besar dalam bidang seni. Huruf 'S' dipangkal nama Kadarisman membawa maksud Shadat iaitu keturunan nenek moyang beliau. S. Kadarisman dilahirkan di Singapura[1] dalam keluarga wayang bangsawan. Datuk beliau, Hussain Golpan merupakan pengasas bangsawan. Ibu beliau pula merupakan seorang primadona bangsawan.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Glam dan Rangoon English School, Victoria School sebelum memasuki sekolah aliran agama di Sekolah Arab Alsagoff di Singapura.

S. Kadarisman mula berlakon dalam filem Menantu Durhaka terbitan syarikat di Indonesia. Di Malay Film Productions, beliau merupakan salah seorang anggota dalam Majlis Penapis Cerita. Serba boleh di dalam apa jua peranan. Cerita-ceritanya telah diterima oleh P. Ramlee untuk diarahkan. Diantaranya filem Antara Dua Darjat, Ali Baba Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Tiga Abdul.

Beliau telah meninggal dunia pada 17 Februari 1989 berusia 66 tahun akibat penyakit kencing manis dan jantung. Jenazahnya dikebumikan di Pusara Aman, Singapura.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]