S. Krishnasamy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Datuk Krishnasamy Sithan (lahir 5 Oktober 1946 - 11 Januari 2008) merupakan seorang ahli politik Malaysia berketurunan Tamil. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tenggaroh dan juga Naib Ketua MIC Negeri Johor. Pada 11 Januari 2008, beliau ditembak mati di Bangunan MIC negeri di Jalan Sengget, Johor Bahru.

Kerjaya sebelum politik[sunting | sunting sumber]

Sebelum menceburkan diri di dalam politik, beliau merupakan seorang kontraktor.[1]Kemudian, selepas tahun 1995, beliau menceburkan diri di dalam politik dan meninggalkan kerjayanya sebagai kontraktor.

Beliau berkahwin dengan Datin N. Sornavalli dan mendapat empat orang anak iaitu Rani, Raj Kumar, Rathika dan Raven Kumar.[2]

Kerjaya selepas politik[sunting | sunting sumber]

Beliau mula menceburkan diri di dalam politik pada tahun 1995. Mula bertanding atas tiket Barisan Nasional, beliau bertanding dan menang di kawasan Tenggaroh. Menurut Ketua Putera MIC, P. Kamalanathan, yang merupakan kawan baiknya, Krishnasamy merupakan ahli politik yang paling lantang bercakap mengenai program-program remaja di dalam parti dan di Johor.[1]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Krishnasamy bertanding di Tenggaroh buat kali ke-3 dan menang. Beliau menewaskan calon PAS , Sheikh Abdullah Said Salleh dengan majoriti 8,281 undi. Krishnasamy meraih 10,412 undi dan Shekh Abdullah 2,125 undi.

Ditembak mati[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Januari 2008 jam 2.30 petang, semasa beliau memasuki lif di Bangunan MIC Johor di Jalan Segget. Beliau ditembak mati di kepala[3] oleh suspek yang dikenalpasti[1] oleh polis adalah berketurunan India. Seorang pemandu motosikal Yamaha RXZ merah bergegas menuju ke Jalan Wong Ah Fook. Mayatnya ditemui di dalam lif oleh Ketua MIC Johor R. Vithiya Mohan.Dia telah menerima ancaman bunuh beberapa minggu sebelum itu. Motif pembunuhan masih tidak diketahui.

Krishnasamy baru sahaja tiba di ibu pejabat parti untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa . Pembunuh itu dikatakan mengekori beliau dan melepaskan tembakan semasa mereka berada dalam lif.[4]Mayatnya dikebumikan di perkuburan Hindu Tangkak, Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Hussin Ismail berharap agar suspek tidak berjaya meloloskan diri ke luar negara . Polis telah menahan 13 orang dan merekod 56 kenyataan. Suspek dikatakan lelaki 30-an, berbadan sederhana besar, berkulit sederhana gelap dengan ketinggian 1.3 meter (5 kaki 4 inci).Fotofit suspek disiarkan dalam media massa.

Anaknya Raj Kumar (32) berharap sebarang spekulasi dihentikan segera.

Pada 12 Januari 2008, Presiden MIC ,Datuk Seri S. Samy Vellu memberitahu bahawa Krishnasamy ada menerima beberapa panggilan telefon tetapi tidak mengambil serius tentangnya. Orang lain hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga kerana tarikh pemilihan MIC semakin hampir. Pengawal keselamatan tidak ada semasa kejadian itu berlaku.[5]

Suspek masih bebas[sunting | sunting sumber]

Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff selaku Ketua Polis Johor mengarahkan DSP Kalwan Singh menemui Ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh untuk mendapat maklumat 'motif politik' yang dimaksudkan beliau. Pada 14 September 2008, seorang pemimpin muda MIC (36 tahun) ditahan semula dibawah Seksyen 3 (1) Ordinan Kecemasan 1969.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]