S. Kumaahran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
S. Kumaahran
Maklumat peribadi
Nama penuhKumaahran a/l Sathasivam
Tarikh lahir (1996-07-03) 3 Julai 1996 (umur 23)
Tempat lahirPulau Pinang, Malaysia
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniPulau Pinang FA
Kerjaya remaja
2013Piala Presiden Pulau Pinang
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2014Harimau Muda C
2015Harimau Muda
2016–Pulau Pinang FA
Pasukan kebangsaan
2014-Malaysia B-20
2015-Malaysia B-22
2015-Malaysia1(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga Disember 2015.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga Disember 2015

Kumaahran a/l Sathasivam (lahir 3 Julai 1996) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai penyerang untuk Harimau Muda, yang kini akan bermain untuk kelab Pulau Pinang FA dalam Liga Super Malaysia.

Karier[sunting | sunting sumber]

Karier awal[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Ogos 2011, Kumaahran telah menjalani kem latihan bersama pasukan Brazil, Cruzeiro Esporte Clube selama satu bulan. Dalam satu temu bual bersama Goal.com, jurulatih Kumaahran, Jaino Matos, berkata: "Cruzeiro sangat berminat untuk membawa Kumaahran untuk satu lagi kem latihan, dan kita patut berbangga untuk itu.[1] Pada tahun 2012, Kumaahran dan B. Sanjef Dinesh dijemput untuk berlatih bersama Cruzeiro kali ini selama dua bulan.[2] Kumaahran memulakan kariernya dengan bermain untuk pasukan Piala Presiden Pulau Pinang pada musim 2013. Dia kemudiannya diserapkan ke pasukan Harimau Muda C pada tahun 2014.

Harimau Muda[sunting | sunting sumber]

Selepas semusim bersama pasukan Harimau Muda C, dia diserap ke Harimau Muda yang akan beraksi dalam S.League pada musim 2015.

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Kumaahran dinamakan dalam skuad Malaysia bawah 19 untuk Kejohanan Bola Sepak Remaja Beijing-Hyundai 2014.[3] Ketika perlawanan persahabatan menentang Uzbekistan bawah-16, Kumaahran menjaringkan gol hatrik untuk membantu Harimau Muda C menang dengan keputusan 4-0.

Kumaahran dipanggil ke pasukan Malaysia bawah-22 untuk Piala Emas Bangabandhu 2015. Dia menjaringkan gol ke atas Singapura bawah-22 untuk membantu Malaysia layak ke perlawanan akhir.[4] Dalam perlawanan akhir, dia menjaringkan gol kedua Malaysia untuk meraih kemenangan ke atas Bangladesh 3-2.[5]

Gol antarabangsa bawah-22[sunting | sunting sumber]

No Tarikh Venue Lawan Jaringan Keputusan Kejohanan
1 5 Februari 2015 Stadium Daerah Sylhet, Bangladesh Singapura B-22 1–0 Menang Piala Emas Bangabandhu 2015
2 8 Februari 2015 Stadium Nasional Bangabandhu, Bangladesh Bangladesh 3-2 Menang Piala Emas Bangabandhu 2015

Rujukan[sunting | sunting sumber]