S. Rohani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
S. Rohani
Nama lahirRohani binti Sheikh Isnin
Kelahiran1957 (umur 66–67)
Malaysia
Berasal dariMalaysia Malaysia
PekerjaanPenyanyi,
InstrumenVokal
Tahun aktif1972-1989
Laman sesawang

S. Rohani atau nama penuhnya Rohani Sheikh Isnin sering mendendangkan lagu-lagu dari Indonesia seperti Aku Tak Mahu Dimadu dan Pegang-Pegang Tali (berduet dengan S. Ahmad) yang dirakamkannya semula pada tahun 1972.

Pembabitan dirinya dalam bidang seni berlaku secara kebetulan apabila dia dibawa oleh seorang rakan ke Studio MMI di Shah Alam. Penyanyi S. Ahmad yang sedang mencari rakan duet untuk rakaman albumnya memilih dirinya sebagai pasangannya.

Album pertamanya S. Ahmad dihasilkan pada tahun 1972 berjudul Lagu-lagu Duet. Dua lagu di dalamnya iaitu Pegang-Pegang Tali dan Aku Tak Mahu Di Madu menjadi lagu pujaan ramai. Mereka diiringi oleh kumpulan The Wanderers.

S. Rohani juga turut popular dengan lagu ciptaan Datuk Ahmad Nawab, Usah Kau Rayu Padaku Lagi melalui filem Sumber Ilham Ku lakonan Rosnah Abdul Rahman, Latif Ibrahim dan Sharifah Aini pada tahun 1980.

Rohani yang merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik itu pernah menyertai kumpulan The Kilohana Five sewaktu di kampung Jalan Semabuk, Melaka. Rohani juga pernah menimba pengalaman sebagai penyanyi kelab malam dari tahun 1981 hingga 1991, paling lama dia menyanyi di kelab D’Attap, Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Drama pertama lakonannya ialah Lambaian Kaabah pada tahun 1986 bersama Allahyarham Abdullah Chik yang diarah oleh Datin Rosnani Jamil.

Kini beliau hidup bersendiri sejak tahun 1989. Dilahirkan pada tahun 1957.

Album[sunting | sunting sumber]

  • Lagu-lagu duet

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Pegang-Pegang Tali
  • Aku Tak Mahu Di Madu
  • Usah Kau Rayu Padaku Lagi - ciptaan Datuk Ahmad Nawab 1973.

Kugiran pengiring[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]